Tiada guna mengingat semua kisah sedih yang pernah aku lalui. Sebab aku percaya, bukan aku seorang sahaja yang mengalami nya. Dan aku juga percaya apalah sangat ape yang aku lalui ini jika dibandingkan dengan mereka yang lebih menderita, sengsara atau didera etc. Jadi, tak perlu lah kot mengambil masa yang lama untuk terus memendam rasa. Aku perlu teruskan hidup dangan semangat baru.
Kepada en. IR12 yang pernah berkongsi cerita suka duka selama 4 tahun lepas, terima kasih untuk segalanya. Kamu menjadikan aku lebih berani untuk berdikari. Kamu pernah buat aku tersenyum dikala aku mahu menangis. Aku temui kelebihan dalam kekurangan kamu. Aku temui persamaan dalam perbezaan kita. Namun, andai jodoh kamu dengan ‘dia’, andai ape yang aku lakukan selama ini nampak sia2 tiada makna, aku berundur demi kebahagiaan kamu dengan dia. Aku percaya, dia akan lebih menyenangkan kamu, memudahkan urusan mu, lebih memahami kamu dan setaraf dengan kamu.
Walau hati kuat memberontak mahu menagih semua janji2 kamu, aku kuburkan semua seperti kamu tak pernah mangungkapkannya.
Semoga kamu berbahagia dengan dia. Aku tunggu kad kalian dalam masa terdekat ini.
Yg sentiasa mendoakan kamu,
Eyzan
0 comments:
Post a Comment