Pages

0

Monolog di Pejabat Agama dan Syariah

Pelik.
Jika sepasang suami isteri bercerai, yang paling sibuk adalah si isteri. Kenapa? Yelah, dia perlu ke pejabat agama untuk ambil borang dan daftarkan penceraian. Nak harap si suami yang pergi daftar di pejabat agama? Boleh harap ke?
Isteri yang sibuk pergi balik pejabat agama. Manakala si suami hanya duduk goyang kaki tunggu surat panggilan mahkamah. Apakah? 
Siapa yang melafazkan cerai sebenarnya? Kalau si isteri yang minta, agak patutlah. Kalau si suami? Isteri jugak yang daftarkan penceraian? Ke memang dalam prosedur, si isteri yang daftarkan penceraian?

Kawan : Yelah, lelaki mana nak mengaku buat salah.

Dah lafaz cerai, pastu wat bodo? Takpe lah. Mungkin banyak lagi perkara yang si suami harus fikirkan. Mereka kan golongan yang 'bertanggungjawab'. 'Tanggung' di dunia, 'jawab' di akhirat.



*Sepagi aku keluar masuk pejabat agama kerana satu urusan, membuat aku bermonolog dengan diri sendiri. Haish. Ya Allah, lindungilah diri ku, ahli keluarga ku, saudara ku, sahabat ku dari perkara yang paling dimurkai oleh MU ini~ (.u_u.)
0

Melupakan Zedzaidi?

Sape ade tengok 'Nona' yang pasal 'Cinta Muka Buku'? Ade Zedzaidi kan? Aku awal2 dah tercongok depan tv tunggu mereka keluar. Hehe. Sangat fanatik dengan beliau. Kenapa tah. Dan akan terus senyum, tersengih2 sendiri. Agak sewel. Haish. Mengapakah?

Tapi tatkala melihat telatah Zedzaidi dengan isterinya, hati aku terdetik. 'Ah, jika begini, harus melupakan Zedzaidi'. Bukan aku cemburu. Bukan. Bukan. Aku suka Zed sebab telatahnya, sikap humornya dan kematangan. Dan bila dia dah kahwin, aku tetap suka kan dia. He's so sweet masa layan isterinya. Like sangat. Namunnnn.........

Telatahnya itu mengingatkan aku kepada seseorang.

Raut wajahnya, mimik mukanya, gayanya persis seseorang. Seseorang yang pernah aku sayang, rindu.  Zedzaidi mengingatkan aku pada nya.


Harus lupakan Zedzaidi?



Payahnya keputusan ini. Huhuhuhuuuuu~ (T_T")7
0

Februari oh Februari

Bulan Februari ni jadual pack sehingga pertengahan bulan. Aku harap pastu back to normal task. *tak mencabar la hidup normal macam tu je, kan?

5hb Join Perarakan Mulidur Rasul anjuran UMNO Parlimen Tanjong Karang. Seronok juga sesekali berarak. Berselawat ke atas Nabi Muhammad saw beramai2 mengelilingi pekan Tanjong Karang. Paling seronok tengok gelagat kanak2 Sekolah rendah yang join. Sangat bersemangat berselawat. Dan yang tak dapat kontijen kami lupakan, ADUN Parlimen Tg Karang, merangkap our BIGBOSS-Menteri Pertanian tumpang berarak bersama. Teruja masing2. Hehe.

8hb akan ada mesyuarat persedian untuk mesyuarat 9hb. Aku perlu bentangkan slaid tuk perbincangan dan buat pembetulan mana yang patut. Oh, Bos. Please, jangan suruh saya yang present utk 9hb tu. Nanti meting tu akan berlangsung selama 10minit sahaja. Huhu. Bos pun tau saya suka baca slaid laju2. Huhu. Please la, Bos~

9hb meting bersama syarikat2 pengeluar swasta. Harap2 semua akan berjalan lancar dan misi tercapai. InsyAllah, aminn~

10hb aku kena kemaskini data kursus pegawai dalam AgrIs GeoPortal. Dapat surat dari Kak Deno HQ minggu lepas. Haish, time sibuk2 ni la, semua nak repot. Nasib dah kemaskini hujung tahun 2011 masa nak wat SKT. Semoga line internet dan sistem ok pada waktu itu. Kuatkan lah semangat. InsyAllah.

13hb-16hb akan berada di ILPP Serdang. Kursus Train the Trainer. Sungguh tiada mood untuk berkursus. Kursus pengucapan awam plak tu. Aiyark. Aku tau bos memang nampak kelemahan Penolong2 ni semua. Sangat tidak pandai mengendalikan ceramah. Asik nak harapkan 41 ngan 48 je. Huhu. Baiklah, kami menurut perintah. Semua ni untuk kebaikan kita bersama kan? Huhuuu~ 



p/s: Harap Februari cepat berlalu? Erk?!!?!
0

Nak Promote. Konvensyen Bidadari Dunia 2012, 24 - 25 Mac di PICC

Nak promote sikit nih.
Meh kawan-kawan pakat pegi.
Aku rasa program ni best.

KONVENSYEN BIDADARI DUNIA


Tarikh : 24 - 25 Mac 2012 (Sabtu Ahad)
Tempat : PICC Putrajaya
Yuran : RM 200 (Daftar sebelum 1 Mac - RM100 je)

 Antara penceramah:
Prof Dr Muhaya *(opkos la aku nk pegi, kan?) 
Dr Syarifah Hayati
Dr Nikki Syuhada
Wardina Safiyyah
Fatimah Syarha
Dato' Siti Nor Bahiyah
Dr Rubiah
Ummi Ros
Catriona Ross
Dr Harlina Hafizah
Nora J
Irma Hasmi 
 

Cara nak Daftar, Maklumat program, Tentatif Program, Kemudahan dan sebagainya, boleh la lawati laman web http://www.bidadaridunia.com 



p/s: Azam 2012 aku adalah rajin hadir Majlis Ilmu macam ni. Harap korang pun begitu juga. (^_^)v 
0

Ape korang dengar masa memandu atau dalam kereta?

Setiap minggu, menjadi rutin bagi aku untuk pulang ke kampung yang jaraknya lebih kurang 200km, 3 jam perjalanan. Sebab dah selalu sangat balik, perjalanan 3 jam ni takde lah jauh mane. Sudah sangat biasa. Tapi makcik2 aku semua wat muka pelik kalo tau aku balik tiap2 minggu. Bagi mereka jauh agaknye.Hehe.

Dan dalam perjalanan selama 3 jam tu (mestilah sorang. mane de partner nak teman balik. huhu), mestila kita dengar radio, pasang CD, lagu dari USB dsb nye lah. Tengok pada jenis radio masing2lah. Radio PakTam standart je. Plastik pun tak bukak lagi. Haha. 

Normally aku dengar Hot.fm. Kalau bosan sikit, tukar ke Era.fm atau Muzik.fm. Tapi pas aku dengar satu ceramah, (tak ingat ceramah apa? bila? dan di mana?) terfikir kejap. Selama 3 jam aku drive tu, ape aku buat, ape aku dapat? Aku mengisi masa atau buang masa? Aku ingat akhirat atau ingat dunia? Kalau tibe2 tengah syok nyanyi lagu 'Lady Gaga' *erk? tak layan pun*, tibe2 aku mati. Cane? Lagu-lagu ni semua bawa aku ke mana? Korang rase?

Then, start from that, aku mula pasang radio IKIM.fm. Time pasang IKIM.fm ni, terdengar plak satu slot ulangan 'Islam itu Indah'. Memang menarik betul slot tu. Sambil drive tu bole dapat ilmu, boleh motivasi kan diri yg agak basi. lemau nih. Serius. Pastu ada plak selingan zikir, sirah2, sabda nabi dan macam2 lagi la. 

Sekarang, aku mula berkenalan dengan IKIM.fm. Antara rancangan fevret, Slot 'Islam itu Indah' setiap Rabu jam 10 pagi dengan Dr. Muhaya, ulangan Sabtu 7 pagi. Slot 'Mukmin Profesional' oleh Ustaz Pahrol setiap Isnin , ulangan Ahad. Sambil pasang tu, dengar la jugak zikir2, ceramah2 yg lain macam slot 'Kaunseling Keluarga'. Tapi kalo part promote barang, aku tutup dulu. Tunggu lebih kurang sejam slot tu dah abis, baru aku on balik IKIM.fm. Haha. Malas nak dengar. 

Sekurang2nya 3 jam aku terisi dengan sesuatu benda yang bukan sia-sia, aku harap. Memandu sambil memuji Allah, memuji Nabi Muhammad s.a.w. (aku ngah gian lagu Law Kana Bainana), ingat mati, ingat dosa. 


Sekarang aku ngah admire sangat kt Prof Dr Muhaya nih.  



Note: Dulu time belajar, aku pasang IKIM.fm waktu malam. Tu pun sebab nak tido. Kan ade bacaan Al-Quran. Sebab takut tidor lewat, baru la pasang IKIM.fm. Padahal sebelum tu, duk layan lagu merapu2 dari stesen radio lain. Haih. Zaman jahil kot. Hmmm~  

Back to Top