Pages

0

2 Teman Lelaki Kesayangan


~Assalamualaikum wbt~
~Bismillahirrahmanirahim~


Dalam ramai2 kawan lelaki, aku sayang dua orang ini. Sumpah benar, aku sayang mereka. Sorang berpangkat sepupu, seorang lagak seperti abang, tempat aku bermanja. Yet, I do love both of them very much. Keduanya dikenali sewaktu alam Diploma.

Tiada kata mahupun ayat yang boleh aku ungkaikan perasaan dalam hati jika berkaitan mereka berdua. Yang aku dapat rasa, Allah beri perasaan sayang kepada keduanya. Entah mengapa. Mungkin perasaan itu kuat kerana mereka berdua hadir tatkala aku memerlukan kawan yang agak ‘giler’. Dan Allah temukan aku dengan mereka yang terbaik untuk ku.

Sehingga kini, kami masih berhubung baik. Terutama An. Banyak ilmu kami kongsikan. A very-very best friend. Seorang yang rendah hati dan bersopan. Dengan Sya, agak lama menyepi. I'm sorry, Sya. Lama tak contact. Hey, i do miss you, ok? Tapi segan nak call or mesej. Huhuu. I don't know why. Segan. Ya, segan. Aku kan banyak buat hal dengan ko. Tiap-tiap tahun, ade je aku buat pasal kan? Pastu bile ko sound, gedik-gedik pujuk ko balik. Saje nak manja-manja dengan ko kan? Hehehh.

Terima kasih atas segala jasa, pertolongan dan kesetiaan mendengar tatkala aku dilanda sawan mahupun meroyan. Sahabat kamu yang sorang ni, kadang kala berlagak seperti Princess di apit dua bodyguard. Namun, kadang kala berlari mencari kalian dikala hati terluka dan tanpa segan, menangis teresak. 

Dalam diam, sahabat ini sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup kalian berdua. Dalam diam, menantikan berita gembira. Dalam diam, mendoakan kalian gembira. Dalam diam, mahu yang baik-baik saja. Dalam diam, diri seperti melupakan kalian. Dalam diam, diri sepi dari perkhabaran. Dalam diam, kegembiraan sendiri tidak lagi dikongsikan. Dalam diam, kita seperti berjauhan. Dalam diam, masing-masing kerinduan. Dalam diam, hanya doa yang sempat dititipkan.

To An and Sya...korang kawan lelaki yang terbaik sangat. I love you both. Semoga dirahmati, dilindungi Allah selalu, dapat bina keluarga bahagia dunia akhirat, dilimpahi rezeki yang halal. Semoga SilaturRahim kita ni akan berpanjangan hingga ke syurga. Aminn. 

#Mode: Saya rindu mereka. Saya sayang mereka.

~Wassalam~ 
0

Promote - Seminar Transformasi Ramadhan 2.0

Assalamualaikum wbt~
BismillahirrRahmanirRahim~


http://transformasiramadan.com/v2/

 Kat sini aku nak promote satu seminar sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba. 44 HARI SAJA lagi taw. 
      • Tajuk Seminar : Seminar Tarnsformasi Ramadhan
      • Tempat  : Dewan Kuliah Umum, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
      • Tarikh : 7 & 8 hb Julai 2012 (Sabtu & Ahad)
      • Yuran : RM150
      • Maklumat lanjut, boleh ke http://transformasiramadan.com/v2/

Matlamat

Seminar Transformasi Ramadan dilaksanakan untuk kita semua bersama-sama mempersiapkan diri dengan ilmu dan praktikal yang dapat membantu kita menjalani Ramadan dengan lebih sempurna


Aku nak sangat pergi, memang dah plan pun. Sebab tau jalan nak ke UM ni. Pastu boleh la singgahj jumpe family kawan aku yang berniaga di Kolej 11, family Laily. Peh, kepala dah plan macam-macam la. 

Pastu ade Prof Muhaya ngan Ustaz Hasrizal pulak. Both are my fevret motivator. Buku Ustaz Hasrizal (Aku terima Nikahnya) adalah buku ilmiah agama pertama yang mengetuk pintu hati aku. Sangat terkesan dan berterima kasih dengan penulisan Ustaz Hasrizal.

Tapi mungkin bukan rezeki nak pergi program ni sebab Incik S dah booking untuk Kursus Pra-Perkahwinan plak masa 7-8hb Julai ni. Huhuu. Miss sudah. So, bagi kawan2 yang berminat nak pergi, boleh la ke web yang tertera. Pastu share la info sikit2 masa pergi seminar ni yea. 


(^_^)/
~Wassalam~

0

Excited - 60 Minit Bersama Ustaz Don Daniyal


.:Assalamualaikum wbt:.
.:BissmillahirRahmanirRahim:. 


   

Program Mesra Petani dan Perlancaran Kempen Zakat Padi
di Dewan Sri Sekinchan, 6hb Jun 2012, 11.00 pagi.


Berdebar ok, nampak Ustaz Don dah sampai. Hahaa. Tah pape.
Alhamdulillah, berpeluang dengar Ustaz Don (kami sebaya kot.huhu) bagi talk secara LIVE, bukan lagi hanya dalam TV Al Hijrah. Sempoi jer beliau, kan? 

Tenkiu kepada Pusat Zakat sebab berusaha bawa Ustaz Don Daniyal ni turun ke pekan ceruk nih. Bukan senang nak jumpa para alim ulama yang femes serata Malaysia ni kat kampung2. Selalunya kita yang kena p cari depa ni. *Eceh, slang utara plak aih*  ;p


.:Wassalam:.  

Back to Top