Pages

0

Aku Yang Baru

Bismillahirahmanirahim~
Assalamualaikum wbt~

Terasa masa makin cepat berlalu dan aku terpaksa menyusun aktiviti harian dengan cepat, tepat dan laju. Hah. Yup. Lagi2 dengan ada anak kecil yang suka sangat tagih perhatian, haruslah membuat segala urusan dengan cepat tatkala si kecik pejam.

Mostly sekarang aku banyak habiskan masa di meja sendiri. Terikat dengan jadual makan, kudapan dan yang paling penting, jadual mengepam. *eh, takde kena mengena dengan kerja ke duk meja kerja nih? Hahaa. Tibe2 kerja jadi aktiviti sambilan pulak. Hamboih2! 



Sekarang berkawan baik dengan pam duo jenama Rumble Tuff. Mula2 pakai pam adik aku, brand Autumz tapi dia ni single pam. Macam lambat la nak collect susu, amik masa nak tukar kiri kanan. Jadual pam sekarang jam 9.00 pagi (kadang2 10 pagi sebab gi sarapan dulu.hehe), sesi ke-2 jam 12.30tghri dan sesi ke-3 jam 4.15ptg. Setiap sesi aku amik masa 30minit. Mostly sekarang bole dapat 10-12oz sehari. Paling banyak 12oz lah. Selalunya kurang sebab aku kadang2 terlajak waktu pam, pam dalam keadaan kelamkabut nak cepat. Orang kata ia akan mempengaruhi collection susu jugak. Hehee. Stok pn sebenarnya dah habis sebab masa cuti aku 'tersangat' rajin buat stok dan susu pun paling banyak dapat 2oz. So aku stress. Malas pam. Hahaa. Jangan tiru aku.

12oz tu pan sebenarnya tak cukup sebab Deya minum 16oz sehari. Sekali minum 4oz, sehari 4kali. Pam hari ni untuk esok. Alhamdulillah masih cukup dengan berbekalkan baki stok frozen EBM. Topup sikit2. 

Mulut aku pun sekarang tak lekang dengan makanan. Air sudah semestinya. 


Beg purple tu brand jingle2 ke ape, dapat dengan Rumble Tuff, pakej. Dalam tu aku isi botol air 2liter, beg pink (cooler bag Autumnz), 2 pam, 3 botol milk storage dan sticker. Ni dah jadi beg kedua aku selepas handbeg. Plastik putih tu plak roti wholemeal yang aku makan dengan cheesedale. Wat minum pagi dan petang. 

Dalam laci hujung tu tersimpan segala harta karun....MAKANAN! haha. Stok biskut oat, air kotak vsoy multigrain, Air kotak susu dutchlady, 3-in-1 choc oat dan mcam2 lagi. Hahaa.(air merah tu mirinda strawberry dan air laici dalam tin tu dapat hamper. Serius aku dah lama tak minum benda2 ni. So, aku letak je atas laci, tunggu diorang basi. eh? bole ke? Hehee. Suke2 hati

Hidup aku memang makan je sekarang. Motif? Nak banyakan susu semata2. Sebab tu berat aku tak turun2 sejak dari bersalin agaknye. Deya 1bulan, aku 58kg. Deya 4bulan, aku 57kg. Hahaa. Saya suka! Saya suka!

"Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang,
Dulu ku slim, sekarang ku dah kembang,
Dulu, dulu, dulu ku biasa saja, sekarang aku BAHAGIA~"

*aci dak bole buat lagu? Hahaa.*

Wassalam~
Back to Top