Pages

0

Sedikit cerita "Konvensyen Bidadari Dunia 2012, PICC"

Assalamualaikum wbt..
Bismillah.

Sebenarnya, jari agak malas mahu menaip panjang2 time nih. Mood belom ada. Jadi, aku upload picture2 yg diambil masa berkampung di PICC selama 2 hari tu yea. More detail tentang slot2 dan forum, InsyAllah!! Aku harap diberi ruang waktu tuk menaip nanti. *(Mungkin masa mood tu datang, dah agak basi info aku nk share nih. Hehe) 

Gambar dekat, kan? So, maknanya aku duk depan la, kan? Hehe
Picture pertama. Awal pagi nih. Jam 8.20 am eh? Tapi sebenarnya, aku dan 2 lagi bidadari dah tercongok depan meja pendaftaran dari jam 7.30 pagi. Excited, ko!! Berdiri depan sekali. Hehee. 

Nak dijadikan cerita, 2 eskeletor *(eh, betul aku eja ni?) tak on masa kami nak naik ke tingkat 3 Plenary Hall tu. Korang bayangkan. Eskeletor tu tinggi, nak kena menapak 2 tingkat. Gigil kepala lutut. serius. Semua sisters mengah. Haha. Kelakar jugak time nih. But, aku amik secara positif. "Nak pergi ke Taman Syurga pun mengah macam ni tak bole tahan, Ingat nak masuk Syurga, lagi senang?" Erk??

Bila sampai atas, dah panjang rupanya barisan. Macam dah takde can nak dapat seat depan. Tapi alhamdulillah, rezeki kami. Jalan cepat2, turun dewan. Dapat seat tengah, line no.3. but then, rase tak selesa sebab kena mendongak nanti. So, kami berganjak amik seat no.6. terbaik lah. hehe.

*Eh, tibe2 aku menaip panjang kan? tadi nak share gambar je. Dah terpanjang plak taip nye. hehe. Sebenarnye line internet tak  berapa ok. Satu jer gambar yg lepas. Gambar yg lain nanti2 lah. hehe. Ni je yg boleh aku share buat masa sekarang. Hehe

Antara Slot dan Forum yang dibentangkan adalah

     1. Bidadari Dunia oleh Novelis Islamic terkenal-Fatimah Syarha (Sejarah wanita2 bidadari dunia)
     2. Cahaya Kemanisan Iman oleh Mantan Pengarah IKIM Ustazah Zawiyah (Menjaga iman)
     2. Wanita dan Kerjaya oleh Dr Hjh Niki Shuhada (Planning!!)
    3. Wanita Penyejuk Jiwa oleh Dato' Ustazah Siti Norbahiyah (Best. Huhuu. Best. Ustazah nampak kurus)
     4. Wanita dan Karisma oleh Datin Zaleha (Memang berkarisma betul!!)
     5. Forum Fesyen: Yes or No bersama panel2 - Wardina Safiyah,  Catriona Ross, Datin Zaleha
     6. Bahagia dan Menbahagiakan oleh My fevert motivator Prof Dr Muhaya
         *(Dapat bergambar dan sain 2 buku. Hoyeh2. Alhamdulillah!!)
     7. Ibu Luar Biasa oleh penulis buku parenting Dr Jamilah (Tips parenting)
     8. Sesuci Mawar Putih oleh Pengasas Raudatus Sakinah - Ummi Ros (Menjaga diri)
     9. Solehah itu Indah oleh Pengetua Ustazah Pilihan - Ummi Ustazah Rubiah (Best!!!!! TQ ummi)
    10. Wanita dan Dakwah oleh Doktor Pakar sakit puan - Dr Harlina Haliza (Semangat tuk berdakwah!!)
   11. Forum Titian Syurga oleh panel2 - Juara Ustazah Pilihan Firus, Juara Solehah, Irma, Isteri Sham kamikazi dan Nora


Seriusly, semua slot sangat membina diri, sangat menginsafkan, dan memberi kekuatan dalaman. TQ para penceramah selaku UMMI2 kami. Jelas terpancar kasih sayang mereka semasa memberi ceramah dan tazkirah. InsyAllah, kita akan sama2 menjihadkan diri di Jalan ALLAH menjadi Bidadari Dunia dan menjadi Bidadari di syurga di sana nanti. InsyAllah.

---Rindu balik dah kat Taman Syurga tu----
(.u_u.)


2

Gatal Tangan. ;p



Ni memang gatal tangan. Konon2 buat semalam, nak wat entry wordless wednesday la. tapi tak kesampaian. So, tunda ke hari ni. Hehe.

Picture ni capture sendiri guna camera compact biasa, Canon IXUS. Hak milik kerajaan. Hahaa. Pastu edit guna Photoscape. Cincai2 je, pastu MMS kat Incik S. Hehee. Memang takde kerja. ;p


Dah 2 bulan kita bertunang. Hehee. (>_<")
Back to Top