Pages

0

Cerita Orang yang tak pernah ke Ekspo Perkahwinan. Huhu

.::Assalamualaikum wbt::.
.::BismillahirRahmannirRahim::.
.::Segala puji bagi Nabi Muhammad S.A.W::.


*Fuhhhh (Hembus keyboard PC yg ade di rumah sewa nih).
Hehe. Agak lama aku tak sentuh PC yang duduk terperuk dalam bilik tidur nih. Nak kata sibuk, takde lah sangat.

Waktu ni, baru je habis tengok 30 minit Bersama Ustaz Don di TV Al-Hijrah. Topik malam ni kelas Tajwid. Fokus pada Mad Wajib dan Mad Jais. Ya, perkataan yang selalu disebut masa belajar di sekolah rendah agama dulu. Teringat plak kat ustazah2 dan ustaz yang mengajar.
 “Ustazah, Ustaz, saya masih ingat ajaran kalian dan akan saya amalkan seumur hidup saya. InsyAllah” ;’)

Ape mau story eh? Macam takde sangat.

Hmmm.. Nak cerita pasal Ekspo Perkahwinan dam Fesyen, Putrajaya yg dianjurkan Akhbar Utusan.
Sebenarnya aku takde plan langsung nak ke ekspo nih. Cuma kebetulan aku join Konvensyen Bidadari Dunia yang diadakan di PICC masa tu. Ekspo tu kat Hall A PICC manakala Konvensyen tu kat Plenary Hall (tingkat atas).

Hari pertama (Sabtu), aku dan kawan2 tak sempat nak turun cuci mata ke Ekspo Perkahwinan tu. Waktu rehat agak suntuk dan terkejar2 nak solat. Bayangkan lah. 3000 peserta Konvensyen Bidadari Dunia serbu Cafeteria dan Dewan Solat. Dah buka bilik khas tuk jemaah musimah pun terpaksa bersesak2 nak solat. Tapi aku happy dan tak rasa susah pun. Mana ada susah sangat kalau nak dibandingkan kat Afrika ke, Syria ke, Mexico ke, Thailand ke. Ye dok? Bersyukur dengan segala kemudahan. Dah cukup senang dan selesa dah ni.

Aku hanya sempat curi masa ke Ekspo Perkahwinan tu hari Ahad. Waktu rehat tengahhari sebab urusetia bagi rehat awal.

Huihhh.. Rambang mata tengok kad kahwin cantik2. Serius, aku tak pernah tengok. Selalu view dalam pakcik Google, gambar tak real kan? Ni bole pegang, belek2. Hehe. Agak teruja dan BATAK jugak lah. Pastu dengan pakej2 menarik. Peh, geram rasa. Tangan plak laju je ambik flyers yang syarikat2 kad ni bagi. Kumpul wat reference la kononnye. Hehe.

Paling aku berkenan dan terbayang2 sampai sekarang adalah kad Kahwin Theme Facebook. Haha. Nak tiru Zedzaidi, boleh tak? Harga RM0.87/kad if order 1000pc. Dapat 2 Bunting, 50pc kad hardcover, 1000pc kotak telur dengan deco yg sama dan 1000pc kotak goodies bag. If RM0.87 x 1000pc = RM870 sahaja. Ceh, SAHAJA lah sangat!

Tapi yang kelakarnye, time ni ade artis datang. Eh, tibe2 aku lupe nama pelakon lelaki nih. Yang kahwin dengan Diana Rafar tu sape namenye? Aiyark! Lupe pulak time2 macam ni. Haaaa!! Zamarul Hisyam. Haha. Fail betul ingat nama artis nih. Tapi aku dengan Kak Maz dan Ila sempat bergambar dengan dia nih. Gedik kan? Apehal tibe2 bergambar dengan artis plak? Ntah. Aku pun agak confius selepas bergambar tuh. Hahaa.

Habis round penuhkan beg kertas dengan flyers2 Kad kahwin dan pakej catering, kitorang pun keluar. Nak tunaikan solat Zuhur+ Asar. Kami Jama’ sebab niat sebagai musafir dari Tanjong Karang.

 
Pas Solat, naik semula ke Plenary Hall. Tup2 tengok Prof. Dr. Muhaya dengan Dr. Jamilah Samian ngah open table sessi menjawab soalan. Aik? Ni takde dalam tentative program? Kuciwa rasanya sebab tak dapat follow talk ni dari awal. Rugi sungguh. Sebab rasanya ada soalan nak Tanya kat Prof. Dr. Muhaya dan Dr. Jamilah tu. Huhuu. Maybe next time. I hope so. Makbul lah hendaknya. InsyAllah.



Note: Baru2 ni Mr.Ex kol bertanya khabar. Beliau agak terkejut bila tau aku pun ke Ekspo Perkahwinan tu. Beliau kata “Nasib baik tak bertembung”. Ape lah. Tah ape yang ditakutkan tah kalau bertembung. Hmmm..yelah, orang salah memang macam tu kan? Hehee. Peace yaww. (^_^)v

..::Wassalam::..
Back to Top