Akhirnya, September dah sampai ke hujung. Bulan yang selalunya
dipenuhkan dengan aktiviti menutup rasa. Tapi tetap, hujung September tiba
dengan emosi yang kaku.
Hari ini berjalan perlahan. selesai sarapan, merenung
dicelah pintu. Pandangan ke laman. Hari ni tak terlalu terik. Cukup untuk buat
kain jemuran kering. Aku putuskan untuk singgah sebentar ke blog yang dah lama
dibiar sepi. Hehe. Kot boleh datang wahyu untuk menaip sikit. Alhamdulillah.
Hari ni juga selain siapkan hal-hal rumah, perlu juga pulang ke kampung. Sambil
perlu singgah ke kedai borong cari stok air mineral kecik. Nk bubuh dalam beg
goodies pengantin. InsyAllah, 6hb Oktober, si bongsu lelaki nk nikah. Minggu
depannya, majlis di rumah pula.
Walau banyak tak clear pasal nk kenduri ni,
dengan kewangan yang tak tau dari mana, konfius nk rewang ke katering, bilangan
hantaran juga warna tema rombongan. Haha. Yang nak nikah tu laki, yang tak amik
tahu hal-hal majlis kenduri. Nak dibiarkan, lebih kepada kasihan kepada mak.
Makanya, sibuk lah kakak-kakak nya. Itu pun yang banyak function pun si kakak
nombor 2. Aku? 10% je lah kot. Banyak meriahkan je. Huhu. Banyak faktor tak
dapat tolong banyak. Jauh di utara Selangor, uruskan family sendiri. TokLaki
pulak bukan jenis reti ringan tulang. Lagi-lagi hal kenduri, memang bodoh-bodoh
alang. Tau makan tidur je lah nanti.
Sampai kampung nanti, singgah kubur AYAH
sekali. Genap 2 tahun ayah pergi. Rasa macam baru lagi. Ulang alik amik turn
hantar ke IJN, jenguk di Hospital Banting, hantar barang kt HTAR. Setiap kali
lalu depan HTAR teringat detik- detik terakhir hantar ayah masuk emergency dan
bawa pulang ayah yang dah dimandikan.
Ayah.
I'll be the best version of you.
InsyAllah kita jumpa lagi.