Pages

0

Bila Pam Tak Berfungsi

Khamis lepas dilanda ke'cuak'kan bila pam aku yang dipanggil 'Encik Taff' a.k.a. Rumble Tuff tak berfungsi.

1st session aku adalah sebelum pergi kerja, jam 7 pagi. Peh. Peh. Peh. Cik B dah bengkak sebelah, yang sebelah lagi Ammar baru je nyusu. Cuba untuk bertenang. Tapi terserlah jua bila hincik suami tanya kenapa. "Pam rosak." Sambil senyum tak ilkhlas. Huhuu. Aku hanya mampu marmet sekejap sebab dah lambat nak pergi keje, setakat tak nak bagi bengkak sangat. Dapat la 2oz. Normally 1st session dapat 4-5oz.

Kebetulan hari tu aku nak ke Shah Alam, pergi dengan suami. So berharap la sempat balik Klang pinjam pam kakak ipar tuk 2nd session. Sambil tu dah halo2 opismet nak pinjam pam sementara nak servis hincik taff.

Petang singgah Klang jap, kebetulan kak ipar pn tak kerja. Alhamdulillah, lega dapat pam susu semua. Hincik taff pn aku bawak, so saje try ngan power adapter Autumnz Bliss.

"Teeeeett"

Idop!

Hati punya la lega. Sebab maksudnye yang rosak hanya lah power adapter nye, bukan pam. Just beli wayar baru, tak perlu hantar pam utk servis. Syukur. Senyum.

Esoknye suami ke Shah Alam, kirim la pegi kedai One Baby World. Wayar Rumble Tuff tu berharga RM54.00. Boleh tahan regenye. Huhu. Bayor aje lahh. Wayar yang rosak tu pun dah 2 tahun umurnye. Layak ganti baru kot. Janji bukan pam yang rosak. Syukur. Senyum.

Alhamdulillah. ^_^


0

Nama

Hari ni dapat faks dari pertanian daerah. They used to call me Zana. Haha. Just like my in law will called me. Di office je geng panggil Ejan. Cik Ejan even dh 3tahun kahwin. Hehe. Fefeeling bujang giteww.

Nak diceritakan, aku pun amik la dokumen faks tu kat admin. Sambil balik ke meja sendiri, aku tengok la detail kat borang faks tu.

Maklumat penerima: Pn. Irzana.

WHAT THE??!!?

Dah biase jugak la diorang ni salah eja nama. Izana, Ezana, tu dah biasa. But....
Irzana? Why 'ir'? Adeh.

Aku tak tau nak gelak ke, nak senyum kambing ke, nak ape that time. Pastu sentap sendiri. Yang aku perasan sangat tu apehal? Hahaha. Sendiri kecoh. Kemon la ejan, jangan poyo sangat. Mihmihmihh.

Ir-zana was history.

Tq la akak yg anta faks sebab eja nama saya macam tu. Menusuk ke esofagus kak. Nak tercekik baca nama tu. Hehehee.

*kecoh eh. Bukan akak tu tau pun sejarah ko ngan 'ir' tu. Tunjal kepala sendiri*


0

First Week of November, 2015

Nampak?

Ecehh. Macam aku sorang je kerja banyak.
Dokumen untuk Audit Stor dan Stok baru 25% kot. Fizikal belum sentuh. Bertindih pulak dengan kursus. Nasib kursus kt opis je.

Pastu nak kumpul, kira data untuk SKT pulak. Buat last minit, insyaAllah boleh tapi data tu semua kongsi dengan staff2 yang lain. Kalau aku tak buat, diorang tak boleh isi SKT diorang. Hahaa. Kena buat cepat jugak.

Adeh. Semua dateline hari Jumaat ni nape??!?


0

November, 2015

Selamat datang November. 2015.

Bulan yang memerlukan tenaga tambahan. Awal2 bulan je dah penuh dengan hal2 tersendiri.
Audit Aset Stor.
Kursus Padi.
SKT.

Dan task baru oleh coach Susu Meriah Tanpa Suplimen. Cabaran 7 hari.
Allah. Macam tak boleh buat minggu ni. Jadual pack dalam minggu ni. Macam kena tunda minggu depan je. Huhu.

Bertabah lah hati. Serahkan semua kepada Allah. Allahu.


Back to Top