Pages

0

Mood Yang Sentap


.:Assalamualaikum wbt:.
.:BismillahirRahmanirRahim:.

Sedang menaip dengan muka masam. Ya. Saya sedang sentap. 
Kenapa? Sebab perkara kecil je pun tapi ianya berjaya buat aku stress dan malas. Tau ape? 

Bila bos bagi kerja ad-hock. Kerja pun simple tapi hati bengkek. Bengkek sampai rasa nak jerit, "Bos, tak nampak orang lain ke? Asyik2 nama saya yang disebut. Orang lain rilek jek, main game, tengok TV. Tu pun nampak saya jer yang boleh buat kerja tu?"

Cuba sedapkan hati sendiri tiap kali diberi tugasan. Aku ni menyerlah sangat ke'supporting'an nye, kelincahan, ke'bolehharap'an, ke'cepat'an, ke'sedia'an, dan banyak lagi 'ke' dan 'an' yang aku tambah untuk sedapkan hati dan siapkan tugasan. 

Hai, lemahnya lah diri. Masih belum mampu mengawal hati sendiri. Kadang2 rasa nak protes, tanak buat. Tapi, at the end, buat jugak. (*Arahan bos kan). Ntah la. Syaitan dok berjoget-joget kat hati ni ha..menari hulahup.

.:Wassalam:.

*Malas nak ajak driver gi pekan, beli hamper. Balik nanti, drive PakTam, beli sendiri. Mood tiada dalam office hour nih. Sekian.
0

Pemikiran Pengarah Filem/ Drama sekarang kena Cuci kot?



~Assalamualaikum wbt~
~BismillahirRahmannirRahim~ 

Benda ni dah lama bermain dalam kepala aku. Sekarang pun dah jarang tengok Drama Melayu. Filem melayu pun jarang jugak. Kalau tengok filem pun, selalunya tengok filem genre Kartun. Sebab kurang sikit bab sensored2. Tak faham tah mana yang moden sangat kalau ade babak ranjang dalam sesuatu Drama atau Filem. Ntah la.

Paling selalu yang wajib ade dalam jalan cerita drama melayu ni, kena ada bab clubbing, perempuan2 seksi, joget2, arak dan karaoke. Seriusly, aku tak faham kenapa perlu ade babak dalam club dan segala aktiviti yang dibuat dalam tu? Kalau just scene keluar masuk club je, boleh tak? Aktiviti dalam club tu tak yah nak fokus sangat. Yang tengok drama tu pun orang yang dah boleh fikir dan tahu ape aktiviti dalam club tu. Tak payah nak detail kan. Dah jadi macam trandmark. 'Melayu ni mesti masuk club. Tu perkara biasa.'.

Sempit jugak pemikiran pengarah/penulis skrip ni eh? Asyik nak fokus kat scene tu dan harus berikan shoot yang terbaik. Ntah hape-hape lah.

Stress tengok drama/filem melayu sekarang. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Kaki Drama Melayu.

~Wassalam~ 

0

Mudahnya Berkata, Lagak Bajet Bagus?


~Assalamualaikum wbt~
~BismillAllahirRahmanirRahim~


Aku agak pantang bila dengar atau baca status2 FB yang berbau emosi negatif (boleh bau eh). Entah la. Aku pun tak pasti jika ianya datang dari rasa hati yang bajet bagus atau pandang rendah pada orang lain. Sukar juga mengawal kata hati yang sudah sebati dengan buruk sangka dan bajet bagus (eh, aku bagus sangat ke?). 

Banyak dengar ceramah oleh Prof Dr. Muhaya di ikim.fm. Selalu beliau ulang:
Jangan Bajet Bagus

Cara nak dapat Restu Ibu Bapa?

Assalamualaikum wbt
BismillahiRahmaniRahim

 (Salam Bulan Rejab)

Bulan Mei sudah tiba dipenghujung, tapi ni baru 1st entry aku tuk bulan ni. Hehe. Tak sempat nak jengok blog sebab line internet memang lah sangat2 slow. Kerja pun membataskan aku jengok lama2 kt blog. Kalau FB tu mampu la jugak aku jengok guna HP bila ada kt rumah. Mobile kan? Hehee.

Restu Ibu Bapa.

Baru-baru ni ade seorang kawan berpangkat adik tanya dalam mesej FB. Beliau ada masalah sedikit tentang pasangan yang tak dapat restu ibunya. Aku cuak jugak sebab part ilmu rumahtangga ni mana lah aku arif sangat. Belum kahwin plak tu. Kursus kahwin pun belum pergi lagi ni ha. Tapi kadang2 as a girl@women, kita memang nak share cerita dengan orang. Sekurang2nya rasa lega ada orang dengar. 

Aku cuma suggest pada beliau suruh the boy tulis surat pada ibunya. Kot boleh lembutkan hati. This thing ade orang terdekat ngan aku buat. And menjadi. So, aku cume share la pengalaman orang sekeliling. Usaha tu yang penting. Buat atau tak terpulang. Aku cume cadangkan. (^_^)

Bagi pihak kawan aku ni pulak, aku cadang beliau berdoa banyak2 dan kuat2. Kuat2? Hehe. Aku suruh beliau cuba masa selepas solat, berdoa kuat2 bagi ibunya dengar. Bukan nak menunjuk baik ke, alim ke, tak ikhlas berdoa ke. Ni salah satu taktik@phsyco nak lembutkan hati insan terdekat. Aku pernah join ceramah Prof Muhaya. Taktik ni beliau cadang buat kat suami dan anak2. Tapi kat ibu pun boleh jugak kot. Tak salah rasanya. Buat sungguh2 semoga Allah lembutkan hati Ibu. Then tawakkal. In sya Allah.

Kalau takde jodoh juga, ingat! Allah Maha Mengetahui. Yang penting kita dah berusaha. Bukan mengalah macam tu je. Allah suka dengan hambanya yg berusaha. Bukan Pasrah, tapi REDHA. Beza taw Pasrah ngan Redha tu.  
  
Restu Ibu Bapa ni penting. Lagi2 restu Ibu. Jangan pandang ringan. Aku ni dah mengalami sendiri. Betapa kuatnya restu Ibu tu. Kawan terdekat pun ada yg mengalami benda yg sama. Tanpa restu Ibu, hati ibu yang betul2 redha dengan jodoh anak, keluarga yg dah terbina 9 tahun pun boleh berpisah. Hanya kerana kurang restu ibu pada awalnya. Jadi, jangan risiko kan masa depan keluarga kalau hati tak cukup kuat@tak berusaha menangi hati ibu yang tak restu, hanya kerana cinta. Fikir masak2 dan jangan putus asa dalam berusaha raih kasih sayang mereka. 

Ibu2 pun kena doakan yang baik2 untuk anak2. Doa ibu kan mustajab. (^_^)



*Eh, tiba-tiba rasa entry ni sesuai ngan Hari Ibu. Hehee. 


..Wassalam.. 


Back to Top