Pages

0

Pengedar Eskayvie Kawasan Kuala Selangor dan Kuala Langat


Assalamualaikum wbt
Bissmillahirrahmanirrahim~


Kat sini nak promote sikit. Bagi siapa2 yang berminat nak mengenal dengan lebih dekat produk keluaran Syarikat Eskayvie Sdn Bhd, boleh rujuk kepada saya.

Antara produk-produk keluaran Eskayvie:
  1. Redianze (Solusi anti penuaan)
  2. Reverse (Solusi keanggunan wanita)
  3. Nutrelle (Solusi Detok dan rejuvinasi)
  4. Afeeya Cafe (kopi premix bersama Ubi Jaga dan Tunjuk langit)
  5. Liniment Spray (Minyak sapu)

Produk ni dah dapat kelulusan HALAL JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keluaran BUMIPUTERA.

Saya boleh menghantar sebarang pesanan kepada warga daerah Kuala Selangor dari Isnin hingga Jumaat. Dan akan berada di Kuala Langat pada hari Sabtu dan Ahad. Insya Allah. 
 
Untuk maklumat lanjut tetang produk Eskayvie, boleh email kepada saya : ezzan2003@gmail.com. Atau di FB: Ezzana Ezan.  
 
 
 
0

Suatu Catatan 3 Tahun Lepas

22 Julai 2009

Bermula langkah ku sebagai salah seorang warga Jabatan. Seorang Penolong Pegawai. Entah kenapa sejak kecil, padi dan sawah bendang dekat di hati aku. Satu keseronokan dan keterujaan bila menjejakkan kaki ke bendang. Sehingga membawa pulang serumpun padi untuk kenangan. 

Semasa di sekolah menengah, aku mengambil subjek Sains Pertanian tanpa banyak fikir. Hanya mengikut arus kawan - kawan yang rata - rata mengambil subjek tambahan. Aku tertarik dengan penternakan haiwan, yang aku dapati agak unik dan menarik minat. 

Lantas tanpa berfikir panjang, semasa memohon UPU, meletakkan DKHP (Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan) sebagai pilihan pertama dan DP (Diploma Pertanian) di pilihan kedua. Rezeki ku dengan DP juga. Walaupun ibu kurang senang dengan pilihanku yang dilihat susah mendapat kerja dan tidak glamor. Aku laluinya dengan keputusan yang sangat baik setiap semester, pada firasat ku.

Hampir-hampir aku menukar tempat latihan praktikal di Barat Laut Selangor semata-mata untuk ke IPAH @ Pejabat Haiwan di Johor untuk menunaikan hajat hati bersama haiwan. 

Tapi jodohku memang di sini. Di daerah Kuala Selangor ini. Berkampung selama 4 bulan, benar-benar mendekatkan aku dengan nya dan membuat aku rindu jika lama tak bertandang ke daerah ini. 

Nah, sekarang. Aku benar-benar akan berkampung untuk seumur hidup aku di sini, di daerah Kuala Selangor ini, bersama sawah bendang yang selalu dirindui. Insy Allah. Semoga Allah sentiasa membantuku menguruskan kehidupan di sini dan memudahkan urusanku. Amin

*Terjumpa catatan ni masa kemas laci meja. (^_^)7


0

Aktiviti Sekitar Jun 2012

~Assalamualaikum~
~Bismillahirrahmannirrahim~


Ok la. Tak berapa ada banyak masa nak update. Modem demam, so sekarang online guna henset. Ni pun menumpang pc opismet sebelah. Dia pakai Wifi Booster, tarik line wifi dari pejabat seberang jalan. Line excellent plak tu. Dasyat2.

Berbalik kepada aktiviti di bulan Jun lepas. 


 16 Jun 2012, Sabtu.
Program Cinta Masjid TV Al Hijrah di Masjid Negeri Selangor, di Shah Alam.


  17 - 21 Jun 2012, Ahad - Khamis.
Berkursus selama 1 minggu di Parit Buntar, Perak.

22 Jun 2012, Jumaat, aku cuti, balik kampung. Aktiviti di kampung adalah, pergi ke Butik Pengantin D'Ella. Survey baju. Hehe. Konon nak kaler hijau tapi mak tak berkenan. Kat mata beliau yang lawa adalah berwarna Pink Belacan. Baik lah, ibunda ku~~


sedang keliru. huhu


Back to Top