Pages

0

Hobi Baru

Bosan bila lama tak menulis. Lappy pun rosak. Kabel internet kena gigit ngan tikus plak. Haish. Sabar jer lah. Tapi memang agak bz 2 3 minggu ni. Pagi petang keluar kawasan, berkampung di sawah. Dan dapat hobi baru.



note: picture ni bukan dari koleksi. tapi lebih kurang begini.


Hobi baru itu adalah, ambil gambar langit. Cantik. Dengan sedikit sawah padi memberikan rona warna hijau kekuningan (dalam koleksi henpon), awan berarak dan langit yang membiru. Subhanallah! Aku sudah jatuh cinta dengan ciptaan tuhan yang satu ini. Mengetahui bahawa betapa kerdilnya kita, luasnya langit yang tak tercapai dek tangan.

Langit yang biru itu masih kekal biru dari dulu. Kerna tak mampu di usik oleh tangan-tangan manusia. Lihat kepada bumi. Yang dulunya hijau, sudah bermacam-macam warna ia bertukar. Coklat, merah, oren, dan macam-macam. Yang dulunya tinggi, sudah rendah ditarah. Yang dulunya subur, sudah tercemar lalu mati. Percaya atau tidak, tanah-tanah di bumi sudah banyak yang mati, tak berpenghuni. Tak percaya? Cuba korek tanah, masih mampukah jumpa cacing seekor dua? Cuba lah. 

Langit masih tetap biru, walaupun ozon sudah semakin menipis.
Back to Top