Pages

2

Rindu

Assalamualaikum~
Bismillahirahmanirrahim~


Rindu.
Banyak perkara yang tiba-tiba datang bertandang.

Rindu.
Tengok gegurl merempit, teringat zaman merempit. Dengan motor Yamaha SRX yang tak boleh nak bawak laju tu la, aku berpanas, berhujan dan basah kena simbah lopak. Rindu dengan outfit bila nak merempit. Jaket jabatan, sarung tangan putih, topeng muka dan kasut sukan. Hah. Sayang kulit oiii!. Pernah sekali tak pakai sarung tangan, hambekk. Tangan merah terbakor. Yelah, perjalanan amik masa 3jam, mau la terbakor yop! Memang feeling lone-ranger betul mase merempit. Boleh singgah Jusco Bukit Tinggi, g tengok wayang sorang2. Mak aku pun pelik. Boleh pulak buat perangai macam tu, kan? Anak sulung yang main hentam je ikut suka dia nak buat apa. Hehee

Rindu.
Zaman bujang seharusnya. Ya, bebas nak ke mana-mana. Bebas maksud aku, kalau nak pergi program mana-mana, dengan hati yang senang ajak kawan-kawan. Dan tak kisah jika balik lambat atau malam. Paling rindu, outing dengan Adah. Asal balik kampung, mak dah tau aktiviti wajib aku. Keluar dengan Adah. Kalau tak, aku duk rumah je. Tak pun jadi driver mak ayah gi kondangan @ kenduri. Seronok jugak. Bila lagi nak habiskan masa dengan parent.

Rindu.
Nak balik kampung selalu. Lepak bertapa dalam rumah, tengok tv dan tidur. Hahaa..Nikmat sungguh!!

Rindu.
Pantang nampak Kancil Merah Turbo. Terus tersenyum. Lagi-lagi kalau dia keluarkan bunyi berdesit time pecut. "Chinggg!!" . Bunyi berdesit tu la yang selalu suami buat bila lalu depan rumah mase time ngorat2. Hehe. Alahai, rindunye kat BoiFreNd. Sampai sekarang masih boleh tersenyum lebar bila nampak.

Rindu.
Nak dating lama2. Rindu zaman dating. Nak bercinta to the full-lest. Hah. Sebelum kahwin, more to kawan tapi mesra, so tak de la dating beria sangat or sms, gayut berjam. Ingat pas kahwin, boleh la dating beria santak, tapi badan aku plak tak larat sebab dah berbadan dua. Hahaa.


*entry ni dah lama taip tapi tak publish. Hehe*
*Tapi memang rindu pun*



0

Tiada tajuk

Assalamualaikum wbt~
Bissmillahirrahmanirrahim~

*Aci dak buat tajuk entry gitu? hehe

Sebenarnya tak tau nak story-mory apa. Kepala macam serabut je. Tak tahu lah sebab nak isi HRMIS ke, kehilangan bos ke, jiwa kacau ke, cuak ke,.. Ntah ler. Hehee.

Oh ye. Unit aku baru kehilangan bos. Huhu. Bos naik pangkat G44, berpindah ke Shah Alam, Unit Racun. Hilang la satu-satunya bos lelaki dalam opis kami ni. Hilang la kumbang penyeri (selalunya bunga penyeri). Bos yang supporting dan happy-go-lucky. My 1st boss. The greatest boss. Huhu.

Chief Inspector of Paddy Seeds. Cewah!!

Last minit punya adea, bagi sijil penghargaan untuk boss. Unit ade bagi hadiah tapi hadiah tu sampai lambat. Sebagai backup semasa majlis perpisahan, aku come out dengan sijil nih. Sudah tentu pakcik Google punye idea kasi cedok. Hehe. Dan sijil ni disokong oleh staff yang lain. They totally agreed dengan penghargaan ni. Syukur, mereka suka. Maklumlah, kebanyakkan staff dah seusia dengan ayah. Takkut tak menepati selera je ataupun kata macam poyo je. Hehe. 


Trusted Brand!!
(Nanti gantung dalam bilik baru tau, Boss!!)

Dulu Pn. Herny. Sekarang En. Rizal. Dua2 boss yang best. Will miss them.

All The BEST, En. Rizal. Selamat Maju Jaya!!             -ur naughty staff/aao/pa-

*eh, tiba2 ade topik nak story. Hehe*
*sedang berkira2 nak pindah juga. Unit Kelapa. Bukan naik pangkat, cuma lebih dekat dengan rumah. Oh, jiwa ku di sini*

Back to Top