Pages

0

Wake Me Up When September Ends

September, 2023. 

Akhirnya, September dah sampai ke hujung. Bulan yang selalunya dipenuhkan dengan aktiviti menutup rasa. Tapi tetap, hujung September tiba dengan emosi yang kaku. 

Hari ini berjalan perlahan. selesai sarapan, merenung dicelah pintu. Pandangan ke laman. Hari ni tak terlalu terik. Cukup untuk buat kain jemuran kering. Aku putuskan untuk singgah sebentar ke blog yang dah lama dibiar sepi. Hehe. Kot boleh datang wahyu untuk menaip sikit. Alhamdulillah. 

Hari ni juga selain siapkan hal-hal rumah, perlu juga pulang ke kampung. Sambil perlu singgah ke kedai borong cari stok air mineral kecik. Nk bubuh dalam beg goodies pengantin. InsyAllah, 6hb Oktober, si bongsu lelaki nk nikah. Minggu depannya, majlis di rumah pula. 

Walau banyak tak clear pasal nk kenduri ni, dengan kewangan yang tak tau dari mana, konfius nk rewang ke katering, bilangan hantaran juga warna tema rombongan. Haha. Yang nak nikah tu laki, yang tak amik tahu hal-hal majlis kenduri. Nak dibiarkan, lebih kepada kasihan kepada mak. Makanya, sibuk lah kakak-kakak nya. Itu pun yang banyak function pun si kakak nombor 2. Aku? 10% je lah kot. Banyak meriahkan je. Huhu. Banyak faktor tak dapat tolong banyak. Jauh di utara Selangor, uruskan family sendiri. TokLaki pulak bukan jenis reti ringan tulang. Lagi-lagi hal kenduri, memang bodoh-bodoh alang. Tau makan tidur je lah nanti. 

Sampai kampung nanti, singgah kubur AYAH sekali. Genap 2 tahun ayah pergi. Rasa macam baru lagi. Ulang alik amik turn hantar ke IJN, jenguk di Hospital Banting, hantar barang kt HTAR. Setiap kali lalu depan HTAR teringat detik- detik terakhir hantar ayah masuk emergency dan bawa pulang ayah yang dah dimandikan. 

Ayah. 
I'll be the best version of you. 
InsyAllah kita jumpa lagi.

 
0

RAYA 2023

 

Oter seluar raya anak bujang

20 April 2023. 12.45 pm.

Masih di rumah kuaters. Haha. Baju pun baru siap asing, belum masuk beg lagi. Teringat yang seluar baju melayu si bujang tu belum oter. Alkisah gendut, memang kena cari baju saiz besar dari umur. 

Dah gosok baju raya, teringat si kakak takde tudung raya. Hadeih. Pakai tudung ibu je boleh tak. Malas tul nak cari dah. Huhu.

Baju ibu is baju kerja. Yang baru siap jahit. Kena timingnya, maka tak payah la cari baju raya. Haha. Baju dari hasil beli kain hitam kat Jakel Tanjong Karang dulu, beli zaman bujang simpan dalam kotak. Nasib elok lagi kainya walau dah lebih 10 tahun peram. Haha. Matching dengan kain batik Kak Suhaili bagi saguhati pergi Indonesia. Done. My 2023 baju raya. 

Apa apa pun, memang keperluan anak yang didahulukan. Setel part diorang, lega dah. Dan bila dah penat buat setelkan semua, selalunya mood untuk kelengkapan raya sendiri dah terus off. Sebab tu kita pakai apa yang ada. Baki bonus buat simpanan bernafas dimasa depan, InsyaAllah.

*Kasut raya pun kasut kerja. Lantok ler pakai high heel boot cover. Skema habis. Memang ku gasak kan kasut British Polo tu. Jenis setahun sekali beli kasut, pakai sampai lunyai. 😜

Back to Top