Pages

0

SPBA dan Taman Botani Putrajaya

Semalam semua kakitangan Jabatan area Selangor, Putrajaya KL dan Negeri Sembilan berkumpul di Dewan IP Serdang. Dan seperti yang dijangkakan, memang terlalu ramai staff dan dewan tu tak muat pun. Ramai yang bertaburan di luar dewan, kat parking lot. Bersembang2 dengan kawan2 yang mungkin dah lama tak bersua. Taklimat SPBA? Yang dalam dewan jer lah yang dengar dan faham. *Faham ke?* Hehe.

Aku sempat jugak jumpa kawan2 lama time diploma dulu. Ramai yang jadi pegawai a.k.a. pangkat bos kat aku la. Cerita pasal tanggga gaji yang baru, gred kami dan termasuk lah kenangan zaman Dip. * Ko perasan eh Shah? Suke2 je cakap aku hampir2 jadi GF ko dulu. Bukan Su ke? Hahaha. But motor modenas ADW ko tu aku  akui memang banyak berjasa la kat aku. Hehehh*

Dan bila berkumpul beramai2 ni, mesti la Incik S pun ade juga. Sampai agak lewat, dengan madu kedua aku si Zul. *Madu pertama, Kime. Ni la kawan2 yang asik berkepit je kemana pegi. Tengok wayang pun berdua. Pantang lepa.* 
Siap sain borang SPBA, aku dan Ila follow Incik S, balik naik kereta dia. Hehe. Bagitaw kat driver Ford jabatan dulu, kang tercarik2 pulak. 
Incik S mengoffer kalau nak singgah mana2. Aku plak ternampak signboard 'Taman Botani', tempat kerja Incik S dulu. So kami pun singgah la kejap kat situ. *Tempat aku double dating zaman belajar kt UPM. Sekali jer pun gi sini*

4 orang penjawat awam, dengan 3 orang daripadanya memakai baju korporat berwarna biru dan hijau beserta logo Jabatan bersantai dengan yakinnya pada tengahari buta di Taman Botani Putrajaya. Hahaa. Tah pape. Incik S mengimbau zaman2 dia kerja, macammana dia handle rombongan pelajar2 sekolah, bagi taklimat dan hafal nama2 pokok. Macam rombongan budak sekolah gak aku rasa time tu sebab dia tunjuk macam2. Bunga paip la, letopkan bunga letop2 la, cari biji buah saga la, jam suria dan tidak ketinggalan cerita2 yang kurang sedap dicerita waktu itu. Cerita angker lah. Terutama kat Buaian Bourgainvilla Tunnel. Aku akui memang agak seram tempat tu. tapi buaian tu dah dicabut dah. Mungkin sebab taknak buaian tu 'terbuai' sendiri kot? Huhuu.

Ila ngan Zul (dua2 dah kawen) yang berjalan belakang aku ngan Incik S dah perli2. 

"Yelah, belom kawen, boleh la jalan2 macam ni." 

Kekeke. yekot. Nak harapkan Incik S bawak jalan? Aku rase ni baru 1st time jalan2 kat taman. Haha. Dia pun rajin potpet2 terang pokok sana sini. Mungkin teruja kembali ke tempat kerja lama. *walaupun baju dah basah ngan peloh*

Baliknya, kami singgah solat di masjid Kuala Selangor. Tup2 selesai solat, isteri Zul dah park kat sebelah kete Incik S, nak amik laki kesayangan dia. Hehe. So jadilah kami berlima. Time tu pukul 3 petang dah, baru nak Lunch. Memang lauk dah abis la. Last2 makan kat Warong SOTO pasir Penambang. 1st time jugak makan sini. Sedap jugak la Soto dia, macam soto kat Warong Ibu kat Tanjong Karang yg masuk JJCM tu. Tapi tak boleh lawan Soto kat pasar kampung aku. Tu yang terbaik. Hehe.

"i will promise you~ jumune dakosa nananteee~" -ni ringtone lagu korea OST Drama He's Beautiful kat HP aku. Aku tak tau lirik. Haha

Hp aku berbunyi. Lupa yang hari ni kena buat pengesahan penuaian padi. 

"Opp..kena balik opis sekarang. Kerja. Kerja." sambil tersengih memandang Incik S. Sila biasakan diri dengan situasi kerja your-future-wife ni yea. Hehee.

Ber'muah'2 dengan isteri Zul, akmal, kami teruskan perjalanan pulang ke Opis di tanjong Karang. Thanks sebab tumpangkan kami, Incik S. Sampai opis, terus amik beg yang dah ready semua barang (Cop rasmi, borang senarai lot dan borang pengesahan) bergegas berjumpa wakil syarikat. Huhu

Tired but happy with it. (^_^)7


0

Sambil Key-in Hrmis, sambil update blog. Boleh?

Waktu yang sangat kemuncak kini. Semua kakitangan awam ngah sibuk mengemaskini maklumat SKT. *Skema giler ayat*

Lama betul tunggu benda-manusia-buat nih. *Bukan benda-allah, kan? huhu*. Line internet opis ni pun bukan laju sangat. Nak tukar yang lagi laju pun, orang Telekom bagitaw kawasan sini takde coverage lagi. Yelah, kampung. Redha lah. kena berusaha dan lebih sabar nak mengisi maklumat dalam Hrmis nih. Plak tu, cuma PC kat unit Pentadbiran dan Promosi je yang ok, sebab ade internet. Kebanyakan PC ade kat Unit aku, Pengeluaran. Tapi kabel internet kena gigit dengan Cik Ti. Hampir 2 bulan dah ni. *sebab tu lame tak update blog. selama ni guna line opis. kih3* 

Tahun ni bertambah sket keje bila masuk musim SKT. Dulu aku just hantar kat bos, Incik R. Tahun ni, aku kena nilai beberapa staff sebab ngah memangku kerja pegawai. Kena la buat kerja2 dia juga. Haish. Sabar. Sabar. Makin banyak kerja, makin banyak cabaran, makin banyak ganjaran pahala. InsyAllah. Bersangka baik dengan Allah.

Hari ni dateline kena hantar kat Incik R. Silap hari bulan, kena duduk opis sampai malam nih. 




P/s: Jadi la lepas rindu kat blog. Dah lama sangat tak menaip karangan. Selalunya build repot dalam excell je. Huhu.

Note: Sabtu lepas join Kejohanan Futsal Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Sungai Burong FC (Team aku) dapat JOHAN. Sampai sekarang sakit peha dan betis masih berbaki. Paling kronik kat tapak kaki. Diorang kata berjalan dah macam orang dalam pantang. Oh, macam ni ke? Hahahaa.
Back to Top