Pages

0

Selamat Pengantin Baru, Azie~

Sesungguhnya memang agak kecewa bila tak dapat nak menghadiri wedding teman se-rempit, se-bilik di rumah sewa, Azizah Samsudin @ Azie. Apetah lagi aku pernah stay di rumahnya selama 2 bulan kerana buat internship degree dekat dengan rumahnya. Ya Allah, Azie. Tuhan sajalah yang tahu betapa aku nak sangat pergi wedding ko. Jumpa dengan mak ayah ko. Ni lah masa nya aku nak melawat kedua mak ayah ko, family ko. Huhuu. Sangat sedih. Bila lagi aku ade peluang nak turun Pengerang, Kota Tinggi tu? Jauh nak sampai. Hujung peta semenanjung. Hanya alasan ko kahwin je lah yang boleh buat aku melangkah ke sana. Tapi siapa tahu, Tuhan mempunyai percaturan yang lain buat diri ini. Huhu. Aku harap punya kesempatan untuk ke sana juga suatu masa nanti, InsyAllah. Apa2pun, doa ku sentiasa bersama mu.

Selamat Pengantin Baru, semoga menjadi Isteri Cantik Yang Solehah yang diidam2kan. Bahagia hingga ke akhir hayat kalian. InsyAllah, amin. (^_^)


Memori Johor, 2007.

Azie berbaju biru. Berbaju merah, Ummi, student praktikal dari UTM.

* Picture ni melepak kat tempat pengumpulan sawit dari lori. Kengkonon nak tolong buat angkat buah sawit ni, tapi berat sangat. Serahkan pada yang pakar sajalah. Hehe.

2

Komunikasi Lelaki Vs Perempuan

Kelakar rasanya bila diingat balik kejadian malam Selasa lepas. Kesian juga pada bakal adik ipar yang berada ditengah2. Haha. Mnjadi saksi pergaduhan kecil ala-ala manja. Haha. Tah pape.

Malam tu tolong bakal adir ipar pindah dari rumah sewa ke rumah abang kesayangannya itu, Incik S. Takde lah banyak sangat barang cuma beg yang aku bawa agak berat sebab ada buku2 tebal. Rumah sewa nya pula 2 tingkat (rumah kampung). So kena la turun tangga. Incik S hanya tunggu dalam kereta, PakTam. Walupun berat, selamat juga sampai ke lantai. Huh. Terus memandang Incik S yang di dalam kereta. Main game kat hp Samsung Galaxy nya. Huh. 'Tak nampak ke orang bawak barang berat ni?'

Aku merapati kereta sambil buat muka. Incik S terpinga2.
"Bukak bonet."

Bonet dah terbuka. Incik S terus duduk dalam kereta. Manakala aku menanti dengan penuh harapan. Berharap dia akan keluar dari kereta dan ambil beg yg aku pegang tuk dimasukkan ke dalam bonet.

~cengkerik berbunyi~ *perlu ke? hehe

Harapan tinggal harapan. Aku dengan muka tak puas hati, angkat beg tu dan masukkan ke dalam bonet sambil mengomel sendiri. " ish, geramnye lah!! Geram!!"

Incik S terpinga2. Ya, memang muka dia macam orang yang tak faham apa2. Bertambah geram aku tengok muka seposen dia. Adik ipar pula dah tergelak2 sambil berkata sabar. Haih. 'Apalah angah kamu ni.'

"Eh, kenapa? Apesal? Apesal?"
"Geramnye lah!!"

Incik S hanya gelak2 dan bertanya kenapa bila semua dah dalam kereta dan bergerak ke rumahnya. Waktu ini aku seperti mahu tepuk dahi sendiri. Bukan sebab Incik S yang tak paham2 tapi sebab salah aku sendiri. Aiyaa~ Aku terlalu emosi sampai tak berjaya membuat Incik S terasa diperlukan. Salah arahan dan ayat yang keluar dari mulut aku. Haih. Dah baca buku 'Men are from mars, Women are from Venus' pun tak faham2 lagi aku ni. Bukan tak faham tapi waktu tu aku lupa betul. Emosi sangat. Tepuk dahi sendiri.

Bila aku dah cerita kenapa aku geram, Incik S gelak. "La, kenapa tak bagitau tadi. Ingatkan tak berat. Cuba cakap, Yang, beg ni berat la. Tau la I nak bawakkan. U tak cakap, mana I tau". Pek. Kena sebijik lagi.

Waktu ni aku memang mengaku salah sendiri. Huhu. Lupa pada satu bab dalam buku tu. Huhu.

Komunikasi Lelaki dan Perempuan.
Lelaki tak tahu apa perempuan nak, melainkan perempuan beritahu atau minta. Tapi Perempuan mengharapkan lelaki akan faham bahasa tubuh mereka yang mengharapkan bantuan. Hohoh. Pastu si perempuan terasa seperti tak disayangi, manakala lelaki terasa seperti tak diperlukan atau hangin bila si perempuan tiba2 merajuk. Si perempuan merajuk dengan harapan si lelaki akan memujuk tapi si lelaki buat tak tahu sebab dia tak tahu sebab apa si perempuan merajuk atau perlu dipujuk. Pastu pendam. Pandam. Pendam. Meletopp!!. Aiyark~ *perlu ke?

Tapi Alhamdulillah dengan Incik S, walaupun kadang2 aku terlajak kata, agak mudah bagi aku mengakui kesalahan sendiri. Mungkin sebab aku dah aware dengan perkara2 ni dan Incik S tak terasa hati sangat. Dia pun positif orangnya, terbuka tapi lawyer buruknya lebih. Kami boleh bincang tajuk2 dalam buku tu bersama dan dia bersetuju. Di tambah dengan gelak tawa, pergaduhan kami selalunya diselang seli dengan mimik muka yang buruk tanpa segan silu, kisah teladan nabi atau para sahabat dan masalah selesai. Aku beritahu apa yang aku mahu dan dia tahu apa yang dia perlu buat.

Tapi lepas ni, aku akan mula belajar meminta tolong daripada Incik S. Beritahu. Cakap. Bukan harap dia faham sendiri. Huhu.

Note: Selepas makan malam bersama, Incik S buat suprise. Selepas aku masuk rumah, tak tahu bila dia U-turn, senyap2 letak teadybear kecik ngan kad kat viper PakTam. Sedap tengok TV, Incik S mesej ade posmen lalu depan umah, suh tengok kat luar. Mahu menangis tengok kad ngan teady tu terselit kat viper. Huhu. Terima kasih sebab bring up sweet memories masa kita dalam ikatan pertunangan ni, Incik S. Sayang U dalam2. Erk? Jiwang jap. Ngeh3. (>_<")
4

My New Year Event - 1hb Januari 2012


Gambar from mak adam. (^_^)

Selamat Bertunang Incik S. Hehe.
Back to Top