Pages

0

Dapat Perhatian Sebab Zedzaidi nak kahwin

Ramai yang maklum kot, aku minat giler ngan Zedzaidi. So, biler keluar cerita yang Zedzaidi nak kahwin, haruslah mereka ingat kat aku.hehe. Terima kasih kt kawan2 yang perihatin. Terharu plak sebab korang siap wish "Jangan sedey2..kumbang bukan seekor". "kitorang care kat ko, tanak ko sedey sorang2". Macam ape plak kan??

Yelah..secara jujurnya, hati aku macam retak. *cewah. Sikit lah. Tangan gigil2 nak balas komen. Tapi aku dah bersedia dengan berita nih. Dah lama incik Zed berbasabasi dalam fesbuk nak kahwin. Hantaran la, dewan mane best, hadiah ape yg cool.. Dan aku seronok bila dia share semua tu. Bersyukur jugak sebab Allah dah makbulkan doa dia masa dia pegi Umrah dulu. Alhamdulillah. Tahniah incik Zed. Dipertemukan juga akhirnya dengan pasangan hidup. Cepat2 dapat baby taw. Kate suke budak2. (^_^)


Masa wat Umrah tahun lepas.

Suke budak2. (^_^)

*memasang angan2 mahu menunaikan umrah juga, namun belom dipilih menjadi tetamunya. InsyAllah, suatu masa nanti. 
*Yang makin harunya, Incik Zed dah nak melangkah ke alam perkahwinan, alam rumah tangga. Aku plak? Huuhuu. Incik Zed, saya dah takde geng single. Nape tinggal kan saya sorang2? huk2 
0

Patah Jiwa Sebentar - Bila Zed Mau Kawen

Mungkin ade yang dah maklum dengan berita ni. Terima kasih kepada bekas teman sebilik semasa di UMT dulu sebab bagitau aku news yang telah menggegarkan jiwa raga ku ini. Seriusly, tatkala aku membalas komen2 di fesbuk, jari jemari ku menggigil, ketar. Mengapakah?

Sebab mereka berkenalan di FB. Sweet okee kad nih.
Sumber :Qimie.com


i want one. aku nak g wedding zed.huhu

Incik Zedzaidi pujaan hati nak kawen dah. FB dia memang agak sepi beberapa bulan nih. Blog dia lagi la. Naik bersawang dah aku rase. Last update pun last birthday dia bulan June. Nak dekat 1 tahun dah tu. Giler rindu nak bace entry2 dia yang sangat sempoi dan santai. Takde cover2, macam share cerita ngan kawan2. Kadang2 gelak sorang2 depan PC. Ni la salah satu sebab 'Kenapa Saya Suka Zedzaidi?'.hahaa.




Selamat Pengantin Baru Buat My Kekasih Hati Alam Mimpi, Encik Rozaidi Abd Jamil a.k.a Zedzaidi dengan pasangan Natalia Mustafa Kamal. Mereka akan bernikah pada 29 Mei 2011 ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan majlis berjalan lancar. Aku selaku kekasih gelap mendoakan kebahagian Encik Zed dan pasangan, Natalia berkekalan hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. BarakAllah. (^_^)
Pasni takde la emo2 lagi yea, Incik Zed? 



*Incik Zed..beliau selalu buat aku tersenyum cair di depan TV. Kadang2 dahi yang berkerut2 terus kendur sesaat melihat dia. Terus senyum sorang macam orang agak sewel. Selepas ni, akan wujud lagi kah perasaan yang sama? (v_v)

*Sape nak teman g Wedding Zed 7 Mei ni di Dewan Perdana Felda? Aku seriusly mau pegi. Anyone? 

2

MariMar Macam Aku? eh, terbalik

Aku yang macam MariMar.hehe. Ni Makcik2 aku yang cakap. Sebab? Mula2 aku pun kompius, nape diorang cakap camtu. Yelah, mane de masa nak layan cite MariMar tu. Sejuta Cinta Marshanda tu pun dapat layan 10 minit jer.hehe. So tak tau la story line dia.

sebab MariMar suka bawak anjing dia.
Rupa2nye, yang sama nye sebab kami suka bawak binatang ke mana-mana. Ni mesti mak aku ringan mulut pegi cerita kat makcik2 aku nih. Bile masa tah. Aktiviti aku yang suka angkut kucing pergi balik kampung tu diorang dah tau rupenye. hehe. *Yelah wak, kite bukan ade laki nak teman balik kampong. Kucing pun jadi lah.huhuu*


Wak Nor: Ko ni dah macam MariMar la wak tengok.
Aku: Eh, Nape pulak?
Wak Nor: Yelah. MariMar tu, Pegi mana2 bawak anjing. Ko pun bawak anjing jugak, tapi anjing kecik.
Aku: Yeke..Jadi orang ni kira macam MariMar la kan.. Cantik pun macam MariMar jugak kan? Kan? Wak nak cakap macam tu kan sebenarnye? Hahaha
Wak Nor: Yelah2. Macam Marimar jugak lah tu.
Aku: Hahaa. *Gelak nakal. Berjaya usik Wak aku.hehe 

(Susah kalau dapat anak buah yang kuat perasan nih.)



Bole ke aku chantek cam MariMar nih? Dalam mimpi lah!!

8

Fizikal je yang Letih tapi Hati Sihat Ceria

Hohoo..fizikal memang letih, penat. Sabtu lepas rumah buat kenduri tahlil. First time. Sebab dulu rumah kecik, tak muat nak buat kenduri. Selalu gi umah makcik2 ngan pakcik2 yg lain.hehe. sekarang, Alhamdulillah. Dah bole buat Tahlil di rumah. Dan aku penat.huhuu. Baru 1 hari kenduri, Tahlil jer pun. Tapi rase tak larat.huhu. Minggu depan nak Kenduri Kahwin. Lagi lah. Aku tak bole nak bayangkan penatnye macam mane.huhu. Dah la aku ni kuat tido. Sayang ngan mata nih.hehe. Harap semuanya baik2 sahaja masa majlis tu nanti. Aminn.

sekarang ni pun mata mengantok.pedih pedih.hehe. Kerja harus diselesaikan semua. Sok hari last keje, pastu nak cuti lama. (kalahkan pengantin plak). 

Semalam on the way balik Tg Karang, singgah ke  Klang. Melawat si kecik Nurdiana Najwa. Suda bulat la dia. Aku sampai umah, dia ngah tido dalam buai. Alaa..tido plak. ingat nak main2.huhuu. Makcik ajak makan nasi lemak dan serawa durian. Kenyang sungguh. Pakngah ajak teman gi carik wallet dia yang hilang@ tercicir. Tah cam mane bole cicir. Gi tanya kt tokey kedai makan kt pekan Sg. Udang tu. Innalillah, memang takde. (Pakngah takde ic..dia kata kalau Polis tangkap, diorang hantar balik Denmark. Ceh! Perasan!)

Balik ek umah Pakngah, dengar najwa nangis. Hajar kata Najwa mandi. Owh..patut la nangis. Najwa pandang aku, wat2 muka sombong. Hoo..sombong eh Najwa. Comel dia pakai baju kelawar. Ade jugak baju kelawar tuk budak2 eh. Mak dia (Kak Ti) nak sikatkan rambut, dia marah. haha.. najwa..najwa.. Dia dah sebok ngan bola2 dia (anak ayah betol. Ayah dia @ Along memang kaki main Futsal). Elok2 Najwa amik bola tu, terus ke pangkuan aku. Eh? Saje nak test market la tu. tadi buat2 sombong eh. Geram.

Najwa dan Beca yg Atok buatkan. Pakai baju yg aku hadiahkan masa 1st Bufday

Najwa panggil baju aku 'Yeyek'. Aku terima sebagai Cantik.haha.. Bukan ke 'yeyek' tu cam jijik? hehe. Tapi Najwa maksudkan cantik kan? kan? kan? Nanti suruh Ibu belikan eh. Kalau tak pun, Wan bole belikan. Nak pau Maksu pun bole. Kan selalu buli Maksu? hehe

Najwa dah pandai buat muka. Bila Wan dia kata "Najwa, senyum". najwa senyum.tapi more macam sengih la. Chomel. "Najwa, geram". Uih..geram betol muka dia. Aku gelak bersungguh. Pandai tol Najwa. "Najwa, cebik". Haa..ni palilng best. Siap kerut2 dahi. Kelakar betul. Faham plak Najwa nih. Anak Bijak!!. Bila Wan dia kata "Siapa Nurdiana Najwa, angkat tangan!!". Terus Najwa angkat tangan. Pandai nyeeee. Geram lagik. Elok plak tu duduk sebelah aku.
 
Muka cebik Najwa. Siap kerut dahi.
Ibu dia lagi la. "Najwa, gi cubet  Wan". Tangan Najwa dah geram2 nk cubet orang. Tapi tak jadi nak cubet. "Gi cubet dada Pakngah". Hahaa.. Mau Pakngah lari. "Najwa cubet sakit taw". 

Agak lewat gak aku gerak balik dari rumah Klang tu. Macam tak mau balik, sebab ngah seronok melayan Najwa. Pakngah plak beria suh aku sambung cuti terus, suruh aku temankan dia gi Putrajaya sok, nak buat IC baru. Weekk..orang ta mau teman. Adik Hajar kan ade. Nanti Makcik cakap ape plak. Debik kang? 

Sampai Tg Karang pukul 10 malam. Badan memang dah letih. Takde hati nak tengok Mentor ke, hape. Aku just  humban baju2 kotor dalam washing machine, pastu tido. Tido dalam senyuman. Sebab seronok dapat habiskan masa di Klang, main dengan Najwa, buli Pakngah depan mak dia.hehe. (^_^)


*Pakngah = Incik S



5

FW: Surat Untuk Kekasih Baru Kau



 Aku baru pas bace Entry nih kat blog TerFakTab.

Peh. Aku suka giler surat nih. Terbaek dari ladang.hehe 


Jiwa aku tiba tiba nak tulis surat ini untuk awek bekas kekasih aku. Dah lama sebenarnya aku nak tulis. Cuma tu lah lama sangat aku biarkan entri ini bertajuk tanpa isi. Btw, surat ini hanya rekaan semata mata seperti mana Surat Untuk Bakal Suami Aku. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Jadi ayuh kita mulakan ok?

Kepada kekasih baru Ahmad (bukan nama sebenar),

Awak apa khabar di sana? Saya harap awak bahagia bahagia dengan Ahmad sekarang ni. Walaupun baru sebulan kami berpisah. Jangan risau. Saya sudah mula move on. Tak tahu lah dia dah move on ke belum. Cuba check dompet dia, ada lagi ke tak gambar cun saya dalam tu. Kalau ada tandanya dia masih rindu dengan saya. Tapi jangan risau. Nanti awak tukar lah senyap senyap gambar saya tu kepada gambar awak tu ok?

Untuk pengetahuan awak, saya yang dump budak Ahmad tu. Tahu kenapa? Sebab dia main kayu tiga dengan awak kat belakang saya masa sedang kapel dengan saya. Tapi tak mengapa. Saya dah lupakan semua tu walaupun awak membina kebahagian bersama dia di atas air mata saya. No more tears lah now. Saya harap awak jaga lah Ahmad tu baik baik. Yela. Takut dia main kayu tiga empat lima enama kat belakang awak pula lepas ni. Takut karma is hit you back my dear. Lagipun dia kan terkenal dengan sikap playboy dia tu. Baik awak hati hati ok?

Walaupun saya dah berpisah dengan Ahmad, saya harap awak jangan lah menghalang dia daripada bersahabat dengan saya. Dosa tahu tak kalau awak cuba rosakkan persahabatan orang lain demi kepentingan diri awak sendiri. Siapa kata dah berpisah tak boleh berkawan kan? Sebab itu saya tak pernah remove Ahmad daripada Twitter atau Facebook including Myspace dan Friendster. Eh. Awak mana tahu dia masih main Friendster sampai sekarang tahu. Awak kan urban. Mana nak pandang Friendster tu.hehe.

Kasihan Ahmad hari hari kena paksa dengan awak supaya remove saya dari semua social networking. Jangan lah begitu sayang. Kalau Ahmad betul betul remove pun. Saya tak kisah sangat. Setakat itu sahaja awak mampu buat. Sebab awak tak mampu nak padamkan semua memori cinta saya bersama Ahmad dalam minda Ahmad lain lah awak hentak ketuk kepala Ahmad kat dinding sampai dia hilang ingatan ye tak? Tapi saya tahu awak tak sanggup nak cederakan Ahmad sebab awak sayang dia kan =">

Kalau boleh. Saya mahu berkawan dengan awak. Mula mula memang lah saya marah dengan awak sebab awak jadi pihak ketiga dalam hubungan kami. Tapi sekarang saya dah ok. Saya rasa kita boleh tahu jadi kawan baik kalau kena dengan caranya. Tu lah. Awak masih tak sudi balas salam perkenalan saya. Takut sangat ke saya rampas Ahmad dari awak tu? Ke awak rasa bersalah dengan saya eh? Jangan risau lah. Saya tidak akan membina percintaan di atas air mata perempuan lain. Saya tak perli awak. Ini prinsip saya :)

Saya tahu awak masih suka stalk saya kat Facebook. Nak tengok apa yang saya dengan Ahmad bualkan kat sana. Padahal perbualan kami biasa sahaja. Mana ada main kata kata sayang macam awak buat kat Ahmad dulu masa dia masih lagi in a relationship dengan saya. Awak mungkin tak perasan status hubungan Ahmad kat Facebook sana masa tu kan?

Ahmad yang cerita kat saya. Katanya awak melenting gila bila hari tu saya ajak Ahmad pergi tengok wayang kat Facebook. Mungkin awak tak tahu. Ini tengok secara beramai ramai lah. Bukan berduaan dengan dia. Ada reunion sekolah. Tak kan awak tak tahu saya dengan Ahmad dulu satu sekolah dan satu kelas selama 5 tahun dari Form 1 sampai Form 5 kan.

Apa yang saya mahu. Saya harap awak akan lebih memahami perasaan Ahmad daripada saya. Saya harap awak akan tunjukkan pada saya yang you're worth it with Ahmad than me. Jangan pula nanti Ahmad yang kembali menagih kasih saya semula. Saya tak mahu itu terjadi.

Semoga awak bahagia dengan Ahmad tahu.

There are a huge space between me and him.
I hope you will occupy the space for him :')


*senyum-senyum sendirik bace entry nih. Xp 
2

Kekasih Hati

Kekasih Hati di alam mimpi dan fantasi.hehe


Beberapa hari yang lepas, aku terpandang ayat ini. ‘Buat Kekasih Hati’. Sweet. Kalau ade orang yang tulis kad kecil dan bagi pada aku, rasa-rasanya mata aku akan berkaca-kaca.huhuu

Sangat mendalam maksud ‘Kekasih Hati’ ni. Tapi rasanya aku tak punya satu. Dulu ada, tapi kini dah jadi kekasih hati orang lain. Harap dia lebih bahagia berada di dalam hati yang baru itu. Senyum. Tapi pastinya senyum aku akan jadi lebih ikhlas jika aku lihat mereka akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Kenapa eh? Mungkin sebab aku akan rasa puas hati bila pengorbanan aku mengalah menyatukan mereka. Bukan pengorbanan yang sia-sia, mungkin.  (setiap kali berhubung kembali, aku seperti berlakon menjadi kuat dan tabah di depannya. Bahawa aku baik-baik saja sendiri di sini. Hipokrik? Tak lah. Aku benar benar kuat dan tabah, tahu!!)

Walaupun ade beberapa orang teman yang sudah maklum dengan hubungan ‘Teman tapi Mesra’ aku dengan incik S, aku sendiri tak pasti dengan status hubungan ini. Kami amat la jarang bercerita tentang perasaan. Kalau bermesej pun, selalunya bercerita pasal kerja atau family (terutama anak buahnya yang comel dan ganas – NurDiana Najwa). Adakah kerana factor umur? Hahaa. 27 tahun. Sudah terlalu tua dan malu untuk meluahkan perasaan sendiri? Tak seperti di waktu umur 22 tahun? Mungkin la kot. Hehe. (aku sudah tua, ok. Tapi perangai tak melambangkan umur. Masih seperti remaja baru lepas SPM. Hahaa!! Wake up, please. Matang sikit.)

Kekasih Hati.
Saat ini belum betul-betul merasai. Bila disemak-semak balik, memang ade satu sudut ruang kosong dalam hati ni, perlu di isi dengan jawatan ‘Kekasih Hati’. Menunggu detik incik S mengisi kekosongan jawatan itu? ada sedikit harapan. Mungkin dia? Tapi aku tak nak mengharap tinggi sangat. Aku dah kapok dengan berharap yang indah2 dahulu. Akhirnya, aku perasan sendiri. Lalu di madukan. Hoi!! Jangan ingat lagi, bole tak??

Kepada bakal ‘Kekasih Hati’, sikit masa lagi kita berjumpa ya. Tapi aku tak pasti la bila. (percaya janji Tuhan, setiap manusia diciptakan berpasangan). 

~Allah SWT menangguhkan sesuatu perkara itu kerana kasihNYA dan semua itu berada di bawah perancangan dan pengetahuanNYA.~ 



*Hero kecilku dah tido. Aku bentangkan selimut di tepi tilam dan terus letaknya di situ. Sedang aku kusyuk menaip, dia dah terlelap dengan posisi tidur nya macam-macam. Jam pun dah pukul 11, memang dah sampai waktu dia tido.

Back to Top