Pages

0

Tragedi 6 bulan

Asslamualaikum wbt~
Bismillahirahmanirahim~

Kembali lagi dengan segmen ibu mengandung. Hahaa. Opss.. Over suda. Hehhh~

Semalam nak dijadikan cerita, aku ber'symposium' di Agensi Nuklear Malaysia kat Bangi. Bangun jam 5 pagi dan keluar rumah jam 6. Azan subuh pun belum berkumandang. Dah bos kata kena kumpul kat opis kul 6.30 pagi. Huhuhh. Gelap lagi jalan.

Perjalanan ke Bangi amik masa lebih kurang 2 jam. Dekat jam 9 pagi sampai la kat Agensi Nuklear tu. Ketat jugak peraturan nak masuk. Polis cek nama bagai. Huii.. Selama ni duk lalu lalang je, semalam dapat masuk. BATAK kejap. Hahaa. Tu pun sebab dapat jemputan ke symposium...ape eh..namenye panjang nor. So aku simpulkan, Symposium on irradiation and nuclear to improve crop production. Hahh. Ade kena mengena ngan pertanian, ok.

Masa Coffea break, aku ke toilet membuang hajat kecil. Tapi.....jeng3.. ade bleeding 2-3 drop. Huhuuu. Cuak saya!! Darah merah, cair kt bowl tandas. Allah! Kenapa ni? Makanya, aku cuci darah tu sket dan keluar tandas. Tapi tak puas hati, aku masuk lagi toilet. Check lagi. Takde dah darah keluar. Waktu lunch break, aku ke toilet lagi. Alhamdulillah, takde.

Aku kol kawan baik yg kerja nurse klinik desa, ape kena buat. Last2 kena marah bila aku cerita Khamis n Jumaat lepas aku g Pangkor, snorkling, berenang ngan berkayak bagai. Hahahaa..kandungan dah besar cam ni pun tak leh lasak2 jugak eh, adah? Dia suh aku cek g klinik. Masalahnye aku kt Bangi, bukan kt Tanjong Karang. Ikutkan hati, rase nak balik je time tu. Huhuu. Tapi aku positifkan diri. Baby takde pape kot sebab si kecik masih aktif bergerak kiri kanan.

Gerak dari bangi jam 6 petang, sampai opis jam 8 malam. Suami ku yg perihatin lagi penyayang yang super duper cute tuh dah tunggu aku kt Tg. Karang. Makanya, malam tadi balik kerja suami amik. Bestnye. Hehee. Terus ke Klinik Nurul Huda di Sg. Besar. Doctor scan, baby ok. Jantung ok. Mungkin ada koyak sket masa dalam kenderaan  nk ke Bangi. (driver bwk agak laju walaupun naik Toyota Fourtuner, tetap bergegar2. Huhuu)

Hari ni patut kena ke Bangi lagi. Symposium tu habis hari ni tapi aku terpaksa memontengkan diri. Walaupun diri nak sangat pergi, sebab suka dengan ilmu baru yg didedahkan, tapi demi si kecil dan arahan incik suami, maka nya hari ni duk opis. Ramai staff tanya "eh, Cik Ejan tak pegi Bangi ke?". Aku dengan bangganya menjawab "Saya ponteng. Lalaaaa" Hehee.

Tadi pun ibu mertua ku kol. Risau dia bila incik suami bagitau aku bleeding. Beliau pesan jalan pelan2. Hahaa. Sebab beliau pernah nampak aku berlari kejar kucing, main rebut2 ngan Najwa. Hehee. Baik mak! Zana jalan malas2 je dah nih. Baju kotor yg melambak tu pun rasa nak hantar dobi je. Hahaa.

Monolog bersama si kecik.
"Sorry sayang. Ibu kadang2 lupa bawak awak ke sana ke mari.
Awak pun baik2 duk dalam tu taw.
Ayah ngan Ibu sayang awak dunia akhirat, wahai anak soleh/solehah.
Semoga Allah sentiasa melindungi diri mu, syg."


Wassalam~

2

5 bulan, dah bengkak kaki?

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~

#Bila dah mengandung ni, entry pasal ibu mengandung je lah yea. Hehe

Semalam, aku dengan rilexnye menggodek tab sambil makan kepek ubi pedas di depan tv. Tak dapat nk tengok tv sebab incik suami main game xbox. *Huh, mentang2 baru beli. Semangat je ek.. Nasib baik awak ade tab. Takde la bosan tengok orang main game je. Hehe*

Suddently, incik suami toleh kt aku. Tak tau macam mana dia boleh perasan, dia terus pegang kaki aku sambil picit2.

"kaki ayang dah bengkak. Sakit tak?" katanya sambil terus memicit.
"eh, bila masa bengkak ni. Tak perasan. Eh, tak awal sangat ke dah bengkak ni? Huhuu. Ayang dah gemok." kata ku sambil memandang di kawasan buku lali ku yg dah nak tenggelam dek bengkak di kawasan tu.

Makanya hari ni aku menggoogle untuk tau sikit2 pasal kaki aku yg dah start bengkak nih. so far, insyaAllah takde bagi efek yg buruk. Ade jugak beberapa tips nak kurangkan bengkak kt kaki macam tinggikan kaki bila duduk kt kerusi, tidur mengiring ke kiri, bersenam sikit, dan minum banyak air.

Nak tanya nurse, tunggu minggu depan lah. Dah start 2 minggu sekali g klinik sebab HB atau tekanan darah aku rendah masa check up minggu lepas. Huhu. Ni sebab aku tak makan ubat dia yg warna coklat tu, tuk tambah darah. Ubat tu buat aku muntah. Huhu. Tapi sekarang, kena makan jugak. Maka alternatif aku adalah, makan ubat dengam air oren. Hehe. Alhamdulillah. Selamat masuk dalam perut. hehe.



Back to Top