Pages

0

Terengganu, i'll be back!!

Sedang mengira hari untuk kembali ke Terengganu. Walaupun bukan untuk bercuti mahupun melawat. Aku ade kursus induksi nih, tapi jiwa happy.haha. Sebab rindu sangat kat Terengganu. Rasa cuak nak packing barang pun kejap2 je ada, sebab rasa rindu mengatasi segala. (macam ade pakwe kt Terengganu jer bunyik nye. Mane aderrr). oit..nak induksi nih. serious sket!!

Dalam aku happy2, ada orang lain yang takde kena mengena ngan kursus aku nih cuak jugak. Aku bakal tiada di opis selama 2 minggu. Siapakah? Aku rasa nak gelak terkekek2 jer masa aku dengar opismet aku kata,

Ila : Kak, En. R tak tau eh, kita nak g Induksi?
Aku: Eh..Ha'ah, tak sempat bagitaw.
Ila : En. R kata susahlah saya EyZan takde nanti.
Aku : Haha..Ayok..Taktaw. (gelak besar)

En. R adalah pegawai G41, bos aku. Umur beza 3 tahun, so kami agak senang berbincang macam adik beradik. Dia memang supporting lah. Best. Tapi kadang2 dia suka buat aku pening kalau tibe2 mintak laporan A.S.A.P. Serabut aku. Tapi, yelah. Semua maklumat aku pegang. Kadang2 kalau aku dah bagi report kat dia pun, dia lupe letak or simpan mana. PAstu mintak kat aku balik. Hehe. Kadang2 rasa cam PA pn ade. Uiks..Penolong Pegawai jadik PA? Boleh ke? Ade dalam Fail Meja ke? Hahaha. Dia selalu cakap "Tak tau lah saya kalau kamu tak ade". Wah, Kembang kejap. Usaha kita dihargai. 

Ni aku takde 2 minggu, rasanya agak susah kot. Kot2 ade kes ke, orang kuat Menteri datang ke. Aku pun rasa2nya nak prepare lah dokument2 yang dia bole access kalau perlu kat PC aku nih. Letak siap2 shortcut kt desktop. Kang kalo dia bukak aku punye Dick D, mau pening. Aku sorang jer paham. (Padahal dalam dick D tu penuh gambo.) Hahaa. Syyhh~
0

Happy Birthday, Mak....cik!!!

Hari ni 11 Mei 2011.
Jam 10 pagi, reminder dalam henset Nokia aku berbunyi.
"Bufday Mak W** 54"

Rasa cam nak singgah umah makcik, nak wish bufday, sebab saya memang berkampung kt tengah bendang dekat ngan umah makcik ari ni. Tapi, tak mungkin la sangat. Kenal idak, tibe2 datang nak wish bufday. Hahaha. Mereng.

So, saya taip mesej kepada anak makcik.

Selamat Hari Lahir buat mak incik W***o yea. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimudahkan sgla urusan, berbahagia selalu.

Allah selamatkan makcik. Selamat Hari Lahir.



Ikhlas,
Menantu-tak-jadi

*Sila tuntut hadiah besar2 dari anak bujang makcik. Hehe.
*Cepat2 dapat menantu yea, makcik.
0

Kawan Yang Baik Untuk Aku Tapi Bukan Kamu

Hampir 5 bulan aku dan dia tidak berhubung. Dulu kalau tak berhubung selama ni pun, aku tak terlalu terasa. Aku pikir dia sibuk dengan aktiviti2nya yang padat sepanjang minggu. Aku tau dia baik2 saja. Tapi kesepian hubungan kami kali ini terselit dengan peristiwa pahit. Bak kata pepatah, ‘Kerana Mulut, Badan Binasa’. Yelah. Betol lah tu. Mulut aku nih memang tak makan saman kalau bergurau dengan kawan2. Maaf  sgt. Aku tak berniat jahat pun, apatah lagi mahu menyakiti. Cuma mungkin waktu itu, gurauanku tak kena pada masanya. Aku tuli dalam menilai situasi dia pada waktu itu. Aku tak serius tatkala dia benar2 serious. Dan ini bukan kali pertama aku buat silap seperti ini kan? Maaf. Aku seperti tidak pernah belajar dari kesilapan kan?

Aku benar2 tersentak saat terpandang keretanya di tepi jalan minggu lepas. Sebak. Dan aku mengurut dada berulang kali. Supaya tenang dalam pemanduan. Hanya mampu berdoa dibawa angin lalu, semoga dia baik2 dan sihat2 selalu.

Semalam, aku memberanikan diri memancing reaksinya di FB. Aku tak nyatakan nama, hanya nombor pendaftaran keretanya. Aku rasa tulah satu2nya nombor pendaftaran kereta kawan2 yg aku ingat. Sebab tu aku dapat cam keretanya walaupun ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke kampong. Kenapa ya? Ntah. Hehe. Aku juga ingat tarikh dia bagitau aku dia sudah memiliki kereta itu (sebab aku save tarikh itu dalam henset. Macam ape kan).

Aku tak jangka dia menghantar mesej dahulu, walaupun aku masih teragak2 mahu menghubunginya. Aku takot. Seram pun ade. Sebab kami pernah berselisih faham dulu, dan aku di’bom’ oleh ayat2nya. Jadi kalau boleh aku nak dia benar2 sudah tenang tatkala aku menghubunginya kembali. Tapi aku mana tahu dia sudah ok, sudah tenang? Sebab tu aku pancing dia di FB.

Mesejnya aku balas setelah pulang ke rumah. Sebab henset Nokia ku yang sangat byk berjasa tu dah habis bateri. Terkejut mendapat mesejnya yang dimulai dengan “Awak ni kenapa?”.  (Kata ganti Aku Kau dah bertukar kepada Saya Awak sejak tahun lepas. Tapi hanya dalam mesej. Jika bersua, masih selesa ber’aku kau’. Kadang2 terbabas Saya Awak jika tergedik sedikit.huhu). Aku tersenyum. Tapi masih takut. Aku tak tahu apa yang aku takutkan untuk membalas mesejnya. Mungkin takut kerna salah?

Dia banyak merendah diri dalam mesejnya. Oh, kawan. Aku tak pernah terniat untuk memperkecilkan kamu. Aku yang patut berasa begitu. Kerna kau tahu perangai ku. Kau boleh baca gerak geriku hanya melalui mesej. Kau memahami aku tapi aku? Jauh sekali memahami situasi kamu. Aku adalah spesies kawan yang kurang belajar memahami kawan. Cuma yang aku tahu, jika kau marah, harus dibiarkan tenang dahulu. Sebab kau macam periuk api, tak bole diusik.huhu. Sebab tu aku mendiamkan diri melihat kamu dari jauh. Dalam hati, aku keliru bagaimana harus aku meminta maaf dari kamu.

“Awak tahu, setiap kali saya habis solat, saya berzikir. Seperti yang awak sarankan, saya berzikir 5x sehari. Bukan lagi hanya ketika solat maghrib yang selalu saya buat. Setiap kali habis solat, saya teringat awak. Sebab saya rujuk nota photostat yang awak bagi pada saya itu. Terima kasih. Saya harap sangat awak dapat saham/percent dalam doa2 yang saya baca. Berharap Allah melimpahkan hidup awak dengan Rahmat-NYA selalu”.

“Awak kata kawan2 awak memang suka buat awak marah. Mungkin hanya saya seorang yang buat begitu. Mungkin ke saya perlu menjauhkan diri supaya tiada orang yang akan buat awak marah lagi? Tiada orang yang akan menyakitkan hati awak. Sebab dah berulang kali saya buat begini. Saya rasa, 2 tahun sekali kita mesti berselisih faham. Saya mesti akan buat awak marah. Buat awak tak mahu berhubung dengan saya lagi. Buat awak merajuk hati. “

Awak kawan yang baik buat saya tapi mungkin…saya bukan kawan yang baik buat awak. kan?
I'm Sorry, i just miss you.
0

Suprise Bufday Party untuk Mak (pakej 3 in 1)

2hb Mei adalah tarikh keramat tuk mak. Ayah plan nak wat suprise. Serius, mak memang tak perasan sebab kami buat 1hb.hehe. Tapi dia dah bajet2 kami nak ajak makan luar. Yea, itu sesuatu yang normal tiap kali tiba bufday ahli keluarga. Bucuk plak g gatal mulut pegi tanya mak, "malam ni kita makan luar ke?". Aku dah buat muka kelat. Budak nih!! 
*Bucuk-baru darjah 3

1hb Mei-Pagi Ahad
Awal2 pagi mak dah keluar sebab ade majlis Komuniti Bestari kat Padang. Mak aku memang seorang yang aktif. Ayah pn sama. Anak2 beliau? Semuanya aktif2 belaka..aktif memerap dalam rumah.haha. Kalau dipaksa2 oleh mak, baru la nampak muka kami ni kt padang atau dewan.sambil buat muka blurr.kih3
Tugas aku adalah menyediakan 'menu utama'. Nasi Lemak Ayam. Yumm2. Sudah tentu bukan aku yang masak.hahaa. Kantoi lah nak masak kat rumah. Kami harus berlagak normal. Dan sudah tentu dalam seumur hidup, aku belom pernah buat Nasi Lemak.kih3. Takkan tibe2 dapat petunjuk nak masak Nasi Lemak sedap2? Tak mungkin. Target aku, upah Makcik aku yang memang berniaga Nasi Lemak di Pekan Tanjong Sepat. Setel.

Pagi2 (takde la pagi sangat pn. Pukul 10.30 pagi baru tekedek2 pegi market) dh keluar rumah.Line memang clear sebab mak takde. Yang harunya, bole plak ayam habis. (ingat ayam2 tu nak tunggu ko ke? bangun lambat!!). Market Batu Laut, habis. Market Tg. Sepat, habis. Kedai Wak Sajad, pn habis. Last2, aku tepon ayah. Ayah g carik ayam.hehe. Sumber telah dijumpai. Terus hantar beras, ayam, minyak, cili kering, timun, kacang tanah dan ikan bilis ke rumah makcik aku. Tenkiu, Acik Sorep!!

Petang
Adik aku Cik Ezza dan hubby Wak Akim g Banting, amik order satay 300cucuk dan kek. Tapi satay siap lambat. Masak!!. Aku kemas bahagian depan rumah senyap2. Sorok tong air dalam bilik. Sorok Box Ais dalam bilik pengantin. haha. Semua sorok. Baeekk punya.

Malam
Pas maghrib, aku dah gelabah. Nak keluar amik Nasi Lemak. Mak time nih dah siap2 nak g Marhaban (waktu malam pun mak aku aktif jugak). Beliau bajet2 pas habis Marhaban, baru kami akan sama2 makan di luar. Memang dh pakai cantik2 pn. Tup2 wak aku yg sulong iaitu abang mak aku sampai, Wak Songkreng n Wak Sarah. Time ni beliau dah pelik dah.hehe. Aku terus mendesup menghilangkan diri ke arah kampung sebelah. 

*sebab terlebey layan corner, plus berisi nasi tergolek di dalam kereta. Wawawaa.. Suku nasi berada di atas seat belakang. Rugi sungguh. Satu pembaziran. Aku garu2 kepala nak bersihkan kereta. Baru hantar carwash lah!!

Jam 9.00 malam
Semua tetamu dah sampai. Sedang menantikan kepulangan pengantin baru cik Ezza dan Wak Akim. Satay dan Kek. Kek tu yang penting. Ayah kata nak letak kt tengah2. Baru lah Wak Songkreng bole start baca Doa. Mak dah tergelak2. Kecoh bercerita yang beliau tak tahu apa2. Ayah pn bercerita gaya2 poyo aku menyorok membersihkan tong air. Hahaa..tak payah la cerita bab tu. 

Lebih kurang jam 9.15 malam 
Majlis bermula. Wak Songkreng selaku yang paling tua memulakan majlis. Doa selamat untuk kesejahteraan dan kesihatan mak. 2hb Mei adalah bufday mak. Kami sambut dengan Hari Ibu sekali. Dan disekalikan Ulang Tahun Perkahwinan Encik Abarsah dan Puan Muedah yang ke 28 pada 3hb Mei. So pakej 3 in 1 la kan?
Satay habis dulu. Kek pun habis jugak. Secret Recipe. Nasi lemak ade berbaki. Kami bungkus untuk pakcik makcik. Gula2, coklat dan sumi di bahagi sama sepupu sepapat yang kecik2. Jibah suka sangat main ngan sumi. Chomel.

Jam 11.00 malam 
Majlis selesai. Semua dah kenyang. Wak Makon dan Wak Nor yang balik paling lambat. Borak2 di depan rumah. Gelak2. layan Jibah.  




*Ayah suap kek kt mak guna pisau pemotong kek. Kelihatan sangat kejam.Hahaa. Kami anak2 hanya memerhati dari jauh sebab menyerahkan semuanya kepada Ayah. (padahal dah penat nak pikir. Janji majlis berjalan lancar dan semua cukup makan).
*dapat makan kek beberapa suap. 1 cucuk satay yang dirembat dari adik lelaki aku. Bantai nasi lemak ngan ayam 2 ketul. 
*anak buah bernama Fatin Najibah sudah sangat comel. sibuk mengambil gambarnya saja.hehe
*Pengantin baru kena kemas semua. Padan muka. Aku masuk tidur dulu. kih3 




Back to Top