Pages

2

Currently...

Currently berat aku dah naik ke 51.6 kg..
Gembira. Terkejut. Bole jugak cecah berat nih. seumur hidup belum pernah mencapai berat sebegini. Terlebih makan kah?
Muka dah tembam. Harus Diet kah?
Emmm. Nanti lah. Nak menghayati hidup 51.6 kg. (tah2 dh 52 kg kot)

Currently aku belajar menghargai hidup.
Jika ade jalan untuk TERSENYUM, mengapa dipilih jalan untuk BERSEDIH?
Jadi, senyumlah dan redha atas segala yang berlaku. Terus merancang kehidupan supaya menjadi lebih baik dan berserah kepada Allah untuk menentukan segalanya. Percaya DIA memberikan yang TERBAIK untuk umatNYA.

Currently aku dah tak berdebar masuk ke kampung SS.
Aku telah pulihkah? Alhamdulillah. Perasaan aku neutral semasa masuk ke kampung itu.

Currently aku happy dan bersyukur dengan hidup.
Aku masih ade Mak Ayah yang percaya kat anak sulong dia nih.
Aku ade Merah yang sangat manja dan kuat membebel.
Aku ade Paktam yang sangat 'fuel saving'.
Aku ade kawan2 yang menyokong dan menceriakan hidup.
Aku ade kehidupan sederhana yang memberikan ketenangan dan kebahagiaan.
Aku ditemukan dengan Incik S yang layak diberi gelaran 'Mr. Suprise'. Sesuai sangat ngan 'S' tu.

Terima Kasih, Allah swt. Kerana masih memberikan nikmat2 ini. Permudahkan lah segala urusan ku, ahli keluarga ku, sahabat handai ku, semua muslimin dan muslimat. Amin.




Hidup Baik - Baik. (^_^)
7

Lagu 'I Do - Colbie Cailat'


It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew to that you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm old and sit next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you



1st time dengar kat radio, suka dengan tempo dia. Rancak. Cam nk joget2 dalam kete. Heheh. Melampau. 
Incik S, sila cari lagu ngan lirik lagu ni cepat2 yea. Saya dah tujukan lagu nih khas tuk awak. Sila hayati. Heheh. ;p
2

Memori Indah Kulit Ayam bukan hanya di UMT

Kulit ayam hanya akan mengingatkan aku time2 study kt UMT..Pegi pasar malam tepi KUSZA, cari Nasi Kerabu yang amat best tu (RM1.50), Apam balik planta meleleh (RM1.30), Coconut Shake (RM1.00) ngan beli kulit ayam goreng (beli 50 sen je.tanak banyak2). Pastu kena bebel ngan kawan aku, katenya carik penyakit. Kolestrol banyak. Kulit ayam + Apam balik planta meleleh. Memang tahap giler banyak kolestrol dia. Kalo tiap2 minggu bantai, memang carik penyakit.hehe. Selalu aku selang2. Kalo tak Apam balik, aku beli kulit ayam. Peh..nikmat hidup. Makan Nasi Kerabu kosong ngan kulit ayam tu. "Indahnya saat itu.". Huhuu. Best.

Setelah hampir 3 tahun meninggalkan bumi Terengganu, aku tak bole lupa kegilaan aku ngan kulit ayam. Setiap kali g pasar malam, tercarik2 kulit ayam, kot2 ade jual. Hmm...tadek. Tapi ade la jumpe Nasi Kerabu yang sedap, cam pakcik kt pasar sebelah KUSZA tu jual. So, setiap kali beli Nasi Kerabu, aku ingat kt pakcik tu. Eh? Hahaa.

Minggu lepas, aku dapat beli kulit ayam. Ade jual kt pasar malam area Kg. Delek, Klang.
Minggu ni dapat makan jugak.
Suprise dari Incik S. Terkezut i.huhuu

Mula2 dia kata nak belikan kulit ayam tuk aku sebelum dia balik ke Sg. Besar tapi dia lupa nak singgah pasar malam. So, aku cakap "Takpe lah, janji ade ingat nak belikan. Ingat pun dah kira ok la tu.". Tak berharap ape2.
Tup2, 1 1/2 jam kemudian, time dia singgah umah, tuk keluar minum kejap, ade bungkusan kt seat depan. "I belikan kulit ayam.". "Serius nih?". Laju jer aku bukak n terus ngap beberapa ketul. Makan sambil pejam2 mata. Hahahaa. Nikmat. Macam hape!! "Makan tak ingat orang sebelah.". Hik. Sape suh beli..Hahaa. 

Tenkiu, Incik S. Suprise U nih walaupun nampak kecik, sangat besar maknanya pada I. Buat la selalu yea tapi tukar barang lain la. Pasni jam tangan ke? Handbag ke? Perfume ke? Handphone ke? Wahahaa..suke2 ati. =p
2

Bermanja dengan Merah dalam kereta

*Muka stress duk dalam sangkar 3 jam.

Sebenarnya..time ni Kak Maz ngah kt sawah, wat rekod penuaian padi. Kunci umah kt Kak Maz. Sambil boring2 tunggu Kak Maz balik, aku manja2 ngan Merah dalam kereta. Dia pun memang dh lama tak kena belai ngan aku. Sian Merah, asik kena tinggal kt kampong. Pastu, kt kampong x aman plak. Asik kena marah ngan Comot n Hitam. Muka Stress je aku tengok.huhuu
4

Untuk sekian kalinya, air mata itu untuk dia

Kenapa bukan untuk kedua ibu bapa? Kenapa bukan kerana adik beradik tersayang? Entah. 

Tutur katanya buat jiwa yang aku bina supaya teguh di depannya, runtuh satu persatu. Luluh. Kenapa diungkit kisah lama, diingatkan janji2 setia yang tak bisa tuk dikotakan? Sungguh mahu melupakan semua janji2 manis dulu. Jadi tolong jangan ungkit kisah lama di depan ku. Mulutku tersenyum namun hati retak kembali bila bersua kamu. "berjumpa kawan lama". Hati aku menjerit, menguatkan diri. Aku sudi berjumpa kamu, berborak, bercerita seperti biasa, lagak teman lama. Namun, jangan ungkit kisah dan janji2 lama, ya? Ceritalah tentang hal semasa dan masa depan.

"Maaf, sebab tak dapat buat seperti yang dirancang".

Owhh...hati yang degil, keras kononnya, mencair sedikit demi sedikit. Kononnya serius dalam pemanduan, tapi muka terpaling ke kanan tingkap kereta. Ah, jangan. Dan dia terus berbicara, bertutur segala rasa. Cuma aku yang tak mampu luahkan semua rasa. Hanya mampu senyum. Begitulah aku sejak dulu.

Perlis. Tempat yang akan mendekatkan aku dengan dia. Peluang kali ini digunakan untuk meluahkan segala rasa yang terkumpul, saling maaf bermaafan, menerima takdir yang telah tertulis, mendoakan yang terbaik untuk diri masing2, berusaha bermula semula seperti kawan lama yang terputus hubungan. InsyAllah, kita akan berkawan seperti biasa.

Dan dari pengalaman ini, aku temui dia yang serasi dengan dunia ku. Yang aku perlukan, yang sederhana namun cukup memuaskan hati. Yang biasa2 namun menyenangkan hidup. Ceria. Gurau senda. Tegur menegur. Biasa biasa. Sederhana.

"Jaga diri baik-baik."

Ya. Kamu juga. Dan air mata itu tumpah lagi. Yang dulu ku anggap sudah cukup kering untuk diri kamu. Rupanya masih ada baki. Namun, ia bukan air mata kesedihan, kekecewaan. Ia air mata pengharapan. Berharap hidup kamu bertambah baik dengan pasangan yang sudah tertulis buat kamu. Buatlah yang terbaik dalam hidup kamu. Allah berikan yang terbaik buat hamba Nya. Percaya itu. InsyAllah kamu dan dia akan jadi pasangan yang lebih baik, di dunia dan akhirat. Jangan mengeluh, Jangan putus asa, tau. Sama2 kita jadi lebih baik, ya? Saya mahu lihat kamu menjalani hidup yang bahagia. Sama-sama BAHAGIA. InsyAllah.



* Terima kasih bawak gi jalan ke Duty Free Padang Besar. 
* Tak dapat g Gua Kelam sebab ngah renovate.
* Tak dapat rasa Mangga Harumanis. Habis. Huhuu
* Tak dapat beli Ikan Puyu Pekasam tuk Incik S sebab habis jugak. (Aik, semua tak dapat?)

0

.Baby Qalish, Klang, Bufday, i-City dan Kulit Ayam.

Sangat banyak cerita yang mahu aku simpan dalam memori blog ku. Simpan satu persatu.
5 Jun 2011. Banyak memori yang tak terjangka.

Ada 2 walimatulurus yang perlu dihadiri. Satu di Morib, teman satu sekolah. Aku hadiri bersama kawan jururawat ku, Misi Adah. Kemudian, meneruskan perjalanan ke Kapar. Walimah teman sekuliah di UMT. Berjumpa dengan seorang handsome boy, Qalish. Berusia 8 bulan. Anak kepada Abang Shidi yang merupakan rakan se-diploma pertanian (kampus Bintulu) dan sekuliah di UMT. Kena panggil Abang sebab dia tua setahun. Terus dapat pangkat abang.haha. Qalish sangat chomel dan yang paling best tu, dia hanya nak aku pangku. Dengan orang lain dia tamau. Sebab? Sebab spek aku lebih kurang ngan Mummy dia, Kak Shada. So, Qalish ingat aku ni mummy dia.Hehe. Best main ngan Qalish. Terkekek2 dia gelak. You so cute la, Qalish.

Selepas ke Kapar, aku pulang ke Klang untuk amik Incik S. Kami akan pulang ke Tg Karang bersama2 sebab kami kongsi kereta. Seperti yang disarankan oleh kerajaan. Eh? Haha. Sedang berehat2 sambil menonton filem dari CD, dapat berita bahawa 5 Jun adalah bufday ibu Incik S. So, Hajar (adik Incik S) mengajak membeli kek tuk ibunya. Kami bersiap2 ke Jusco Bukit Tinggi. Usha kek di Secret Recipe dan La Boheme. Incik S bersungguh2 nak kek Black Forest. Yelah2, kita beli Black Forest. Eh? Bufday sape plak ni? Haha. Selesai tang kek, pening tang hadiah plak. Pikir punya piker, last2 kami decide beli hadiah Purse. Kebetulan Jusco ngah sale. Sangat bagus punya timing. Usha2, berkenan ngan Swiss Polo. Memang cun. Diskaun plak tu. Best giler. Haha. Aku pn terasa nak beli purse jugak time tu. Tengah sale tu. Huhu. Sabar. Sabar. Sabar.

Malam tu sambut bufday ibu Incik S. Ada aktiviti suap menyuap antara anak beranak. Aku pun tak terkecuali. Aiyak. Malu plak. Hik2. Dalam kul 9.30 malam baru kami gerak balik Tg Karang. Padahal sebenarnya, aku ngan Incik S plan nak peg i-City, Shah Alam. Huk2. Baru nak claim hadiah bufday bulan 3 ri tu. Dah nak masuk 3 bulan dah. Huk2. Tapi tak pe lah. Dapat makan kek bersuap. Hehe. Kita pegi lain kali yea, Incik S. Jangan lupa yea.

Sebelum balik, kami singgah di Pasar Malam Kg Delek. Mencari kulit ayam. Nasib baik ade lagi. Best betul. Seronok sangat dapat makan kulit ayam. Aku makan sambil tersenyum di dalam kereta. Haha. Macam ape. Kulit ayam tu memori indah aku semasa belajar di UMT.  Incik S gelak2 tengok aku makan kulit ayam. Tuk mengelakkan dia terus menggelakkan aku, aku sumbat kulit ayam dalam mulut dia jugak. Hambik. Pastu dia kata “Nanti kalo laki gemok, complain. Padahal, diri sendiri yang sumbat makanan kt mulut laki.”. Hahahaa. Salah aku ke? Lalalalaaaaa. Hik.


Kesimpulannya: Walaupun tak dapat g i-City, hati aku penuh ngan bunga-bunga di taman sebab dapat makan Kulit Ayam. Lalalaaa~
0

Copy: Kau Sayang Dia Lagi Ke?

Copy dari Blog Cikgu Kimia Shaza

Istilah sayang, suka dan sebagainya memang sukar mahu ditelah sebenarnya. Kalau kita suka seseorang, kadangkala bukan bermaksud kita mahukan dia sebagai teman istimewa. Kita mahu dia sebagai kawan sahaja. Ya, kawan yang memahami serta boleh duduk berbual dengan kita.

Tapi, itu yang kita selalu fikir. Malangnya bukan semua orang mampu merentas diri mereka sendiri dan lihat apa yang mereka mahukan dalam hidup. Lebih rela mencanang dan merencana benda lain sehingga terlupa apa sebenarnya kemahuan dalam hidup. Aneh-aneh sahaja manusia kan?
~Kadangkala hidup ini macam muzik. Tak semua yang kita dengar kita suka. Ada yang kita terpaksa dengar sebab perlu, dan ada yang kita tinggalkan sebab kita tak tahan. (Shafaza Zara, 2011)~


Aku ada terbaca dalam kicauan burung di Twitter.

"When your ex asks if you can still be friends right after a break up its the same thing as having a kidnapper tell you to keep in touch."

Jujurnya aku senyum membacanya.
Senyum dalam erti kata, setuju dan tidak setuju. Bergantung kepada keadaan juga kan? Tidak semestinya terus putus perhubungan bermaksud terus tiada istilah berkawan dan sebagainya. Tetapi itulah, bak kata seorang kawan aku, orang yang pernah kau sayang dan kau cintai, adalah hampir kepada negatif kemungkinan untuk berkawan selepas itu kecuali hati betul-betul kuat. Sekali lagi aku nyatakan, itu semua bergantung bagaimana peenrimaan kita sebagai manusia.
Mungkinlah.

Kawan : Aku baru lepas buang semua benda yang dia bagi. (aku x buang.pulang balik je)
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku dah tiada apa-apa lagi dengan dia. (hanya mau ingat kenangan sebagai kawan)
Aku : Kau buang, nanti kau ambil balik.
Kawan : Lupa nak cakap yang aku dah bakar sekali semua benda.
Aku : Kau kumpul abunya?
Kawan : Nak buat apa?
Aku : Mana tahu kau simpan dalam balang, letak atas meja.
Kawan : Tak adalah.
Aku : Kau sayang dia lagi.
Kawan : Tak. (sayang. sebagai orang yg pernah aku sayang. tak lebih)
Aku : Kalau kau tak sayang dia kenapa kau cakap pasal dia lagi?
Kawan : Aku kena bercakap dengan orang, kalau tak aku gila nanti.
Aku : Sebab itu aku kata masih ada terselit rasa sayang.
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa diam?
Kawan : Betul, kau betul. Aku memang sayang dia lagi.
Aku : Kau cakap dengan aku hari tu yang kau boleh kawan dengan dia lagi.
Kawan : Aku ingat aku boleh. Rupa-rupanya tak.
Aku : Kenapa?
Kawan : Macam aku je yang cari dia, macam aku je yang ingatkan dia lagi. Rasa bodoh pula.
Aku : Sebab kau betul-betul sayang dia.
Kawan : Tak juga aku rasa lepas berpisah tu. Cuma sebab dah terbiasa dengan kehadiran dia. (memang terbiasa)
Aku : Sebab rutin kan?
Kawan : Mana taknya, bangun BBM dengan dia, sepanjang hari pun BBM. Sebelum ada BBM, memang sentiasa SMS atau telefon.
Aku : Takpe. Rutin kau boleh ubah. (mengubah rutin dgn menjauhkan telefon)
Kawan : Aku baru sedar sesuatu.
Aku : Apa dia?
Kawan : Cara untuk rasa terluka, dilukai dan dikhianati hanya satu. Kekal bujang.
Aku : Itu kesimpulan yang kau dapat?
Kawan : Kenapa? Salah ke?
Aku : Bob Marley pernah berkata bahawa kenyataannya semua orang akan melukai kita, cuma kita perlu tahu yang mana lebih menyakitkan dan membawa lebih banyak sengsara.
Kawan : Boleh tak kalau aku pura-pura benda ni semua tak pernah terjadi?
Aku : Tujuan kau?
Kawan : Semoga ia tak menyakitkan aku lagi.
Aku : Pura-pura sesuatu benda itu tak pernah terjadi tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia akan membuatkan kau ada masalah untuk diselesaikan di kemudian hari.
Kawan : Habis apa aku nak buat ni?
Aku : Tukarlah rutin kau. Buat benda lain.
Kawan : Aku dah cuba. Ni pun aku tengah berusaha minta tukar ke cawangan lain. (rase nak apply tukar negeri lain)
Aku : Susah bersama dengan dia bawah satu bumbung?
Kawan : Sebab aku tahu aku akan sentiasa suka dia, maka itulah caranya yang aku dapat fikir. Jauhkan diri.
Aku : Semoga berjaya.
Kawan : Aku nak sangat berjaya.
~Mungkin kenangan itu patut disimpan sahaja. Dikeluarkan kalau perlu melihat apakah yang boleh kita belajar daripadanya. (Shafaza Zara, 2011)~ (setuju)


Satu benda yang aku belajar dalam hidup ini adalah, jangan pernah mudah mengalah.
Sebab selagi kita terus berusaha, selagi itulah jalan masih terbuka luas untuk kita tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukankah telah dinyatakan bahawa manusia itulah sendiri yang mampu mengubah nasib dirinya?

Kita semua berubah.
Tiada siapa mampu mengubah kita.
Dan kita mungkin boleh berubah disebabkan seseorang.
Dan itu lebih baik kalau kita berubah untuk diri kita sendiri.

Sayangi diri kita sendiri dahulu.
Itu sahaja.


* Yang kaler pink, aku jawab sendiri dlm hati. hik.
* Tak mahu terlalu membenci sebab menyakitkan diri sendiri. Cukup sekadar melayannya seperti kawan lama. Dan perlu tukar kata ganti nama. owh..please stop gelar diri sbgai 'Abg' lagi. and stop calling me 'ayang'. Kita kawan je kan skrg? Kalo tunang awak dengar cane? Mau meletop berapi2 beliau. Hahaa.
* Sungguh masih sayang. Sayang sebagai seorang kawan. Mahu lihat awak berjaya, bahagia dengan jalan yang awak pilih, jalan yang ditentukan olehNYA. 
Back to Top