Pages

0

Dedicated Song

"Queen Of My Heart" - Westlife

So here we stand
In our secret place
With a sound of the crowd
So far away
And you take my hand
And it feels like home
We both understand
It's where we belong
 
So how do I say?
Do I say goodbye?
We both have our dreams
We both wanna fly
So let's take tonight
To carry us through
The lonely times

I'll always look back
As I walk away
This memory
Will last for eternity
And all of our tears
Will be lost in the rain
When I've found my way
Back to your arms again
But until that day
You know you are
The queen of my heart


Queen of my heart

So let's take tonight
And never let go
While dancing we'll kiss
Like there's no tomorrow
As the stars sparkle down
Like a diamond ring
I'll treasure this moment
Till we meet again

But no matter how far
(Matter how far)
Or where you may be
(Where you may be)
I just close my eyes
(I just close my eyes)
And you're in my dreams
And there you will be
Until we meet


Oh yeah
You're the
Queen of my heart
(Of my heart)
No matter
How many years it takes
(Queen of my heart)
I'll give it all to you
Oh yeah
(Queen of my heart)
Oh yes you are
The queen of my

 Time minat Westlife dulu, memang tau lagu nih. Tapi tak pernah hayati lirik. Xp


* Pandai Incik S pilih lagu. Time2 dia tengah sibuk dengan jadual Induksi, sempat lagi salin lirik nih, anta dalam msg. Jiwang jugak yea u, dalam malu2 tu. hehe. 
  (^_^) 
4

Jangan hubungi aku lagi. Cukup doaku dari jauh. The End.

Berjumpa dengan seseorang yang pernah rapat dan mesra. Atas urusan rasmi, tiada yang lain. Be professional. Seperti yang pernah ayah kepada Incik S tafsirkan diri ku pada saat kami pertama kali berjumpa. Walaupun tahu ada hati sedang bergetar. Diri dikuatkan dengan mendengar lagu dari CD Maher Zain sepanjang perjalanan menuju ke situ. Sambil berisytifar banyak2 dan menjana diri menjadi lebih positif. 

Diri ini melihat dia tidak tersenyum tatkala menggamit aku dari dalam kereta. Ah. Suka hati lah. Mengekorinya dari belakang seperti melihat seseorang sedang mengawal ketat insan yang dahulunya di hati aku. Bangga ya buat begitu? Tak malu. Terlalu sayang kot. Bahagia? Mungkin. Dan harap kalian terus bahagia.

Aku berfikiran positif untuk memulakan salam perkenalan dengan seorang insan yang pernah menjadi saingan. Tak salah aku rasa. Kita bukan dalam pertaruhan itu lagi. Aku dah berikan kemenangan itu. Cukup lah salam perkenalan sebagai ucapan terima kasih. Tapi nyata pemikiran kita jauh berbeza. Awal2 kau dah menyorok dalam kereta sambil siap sedia memasang gajet pada insan itu. Kelakar aku rasa. Geli perut dibuatnya. Serius. Ah, kau belom mengenali aku siapa. Aku professional, ok. Rilex la beb. Tak lari gunung dikejar sampai nak spy kami macam tu. Lawak betul lah.

Urusan kami hanya memutuskan talian yang pernah dikongsi. Tak lebih. Sukarkah kau nak percaya kepada insan itu? Mungkin lah. Jika tahun pun bukan jaminan insan itu untuk setia, apetah lagi dengan kau yang baru dikenali, kan? Bagus lah tindakan kau itu. 

Duduk di dalam kedai telekomunikasi tu, aku dan insan itu seperti orang asing. Sungguh. Aku di Barat, dia memilih untuk duduk di kerusi Timur. Dan dibelakang kami, di luar kedai, kau sedang memerhati ketat kan? Hati aku sangat geli. Mahu ketawa. Tapi di tempat awam. Lalu aku hanya tersenyum sambil menutup mulut. Senyum lama. 

Urusan ku di kaunter belom selesai, aku telah ditinggalkan sorang2. Insan itu memberikan jalan yang aku harus lalui untuk pulang dan dia terus keluar. Sepertinya semua sudah dirancang awal2 apa yang harus dibuat. Aku agak tersentap disitu. Aku bersusah payah datang ke tempat yang asing bagi aku kemudian di tinggalkan begitu saja? Kawan kah itu? 

Buat insan itu, dulu kamu kata jangan menbenci kamu. Aku tak benci pun. Aku berharap terus positif dengan semua yang telah terjadi. Tapi apa yang kamu lakukan membuat aku nekad. Cukup la. Jika kamu mahu aku anggap kawan, jadi lah kawan yang jujur. Kawan tak buat apa yang kamu lakukan. Aku tak dahagakan kawan begitu. 


Semoga hidup kalian lebih baik selepas ini. Selamat Berbahagia hingga ke hujung nyawa.




Aku percaya kita "Bertemu dan berpisah kerana Allah". Dari situ letaknya KEPERCAYAAN dan REDHA. (^_^)

2

tetibe moody dan stress

baru nak dapat tune siapkan keje-keje yang tertunggak. minit mesyuarat inspektorat baru siap semalam. bos baru betul kan tadi, so ingat ari ni nak buat correction dan bole submit kpd semua pegawai. pastu ni pun ngah siapkan minit mesyuarat agong kelab. sape yang gegatal cadang aku jadi S/U tu? siap angkat tangan dua2 eh? so, kalo minit lambat siap tu, sila bersabar yea en.rafee. resit bayaran ngan nombor ahli pun saya belom proses. dah elok saye nak siapkan ni, bos anta saya g kursus kt perak. pegi on the spot plak tu. sebab bos baru minit, pdhal kursus dh start ari ni. mentang2 felcra seberang perak tu dekat. huh. 

rekod hasil tuaian padi pn aku belom fully key in. tunggu masa je my beloved bos mintak repot. rasa nak nyorok kat mane2 je, biar bos tak dapat carik. haish. 

*malas giler nak kemas beg, okeyyy. sebab kena pegi tibe2 macam ni. tension!
0

Rezeki

Rabu petang dapat jemputan dari syarikat pengeluar Beras. (rase2 nye syarikat ape? heheh) Jamuan makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram. Aku bab makan mane pernah kata 'TAK'. semua boleh saja. Hehe. Dasar kuat makan. Yumm!!

Selepas jam 5 ptg, aku dan housemate Kak Maz bersiap. Terus Solat Asar di surau opis dan bergerak ke Jeram. Sampai agak awal jugak la. Diorang amik port kt tepi pantai. Peh, ni 1st time datang Jeram siang. Selalu makan malam. (dah selalu sangat. hehe). Kali ni datang dapat tengok pantai di waktu petang. Cantik sangat. SubhanaAllah. Tapi rugi sebab tak bawak camera. Kak Maz pun tertinggal HP canggih dia. Huhu. So, permandangan terindah diwaktu itu hanya tersimpan dalam memori kepala aku. Hehe.

Lauk yang ade terhidang - Butter Prawn, Kerabu mangga, Kangkung tumis, sambal sotong, sambal Ketam (my fevret), Tomyam, Ikan Terubuk (fevret En. Rafee) dan Ikan Jenahak Bakar dan Ikan Kerapu 3 rasa. 

Kerabu mangga dia memang best. Sedap. Selama ni takde order plak. Ni baru 1st time makan. Aku macam biasa hadap 2 ekor ketam. Penuh pinggan ngan kaki ketam. Heheh. Sedap. Pastu ngan Kerabu Mangga. Tomyam dia pun sedap. Seb baik tak order Tomyam Ketam. Kureng sket. Cuma agak kecewa sebab tak order sotong Goreng Tepung. Huhuu. Nak yang tuuuuu. Sedap!! Tapi dapat Sambal sotong pun, ngap jugak beberapa ring. Hehe. 

Masuk je waktu Maghrib, kami beransur pulang. Terima kasih banyak2 kat pegawai2 BERNAS yang belanja makan. Dia kata masuk dalam KPI part belanja2 makan  ni. Eh, ade macam tu ke?

Tapi aktiviti aku ngan Kak Maz tak berakhir di situ. Kami solat Maghrib di Masjid Jeram. Sangat seronok dan bersyukur sebenarnya. Sebab? Dapat solat jemaah di Masjid. Alhamdulillah. Seronok sangat. Terima kasih Allah, sebab bagi peluang Solat berjemaah semalam. 

Tempat seterusnya, kami singgah di Dewan Serbaguna Sg. Buloh, Kuala Selangor (bukan KL je ade Sg Buloh). Sebab aku ternampak Banner Jualan Rorine mase on dway nak g Jeram. Heheh. So, kami singgah cuci mata ape yang patut. Kak Maz berjaya membeli 2 pasang kasut. Aku? Takde yang berkenan. Suke kat beg tapi dah diskaun 30% pun harga RM 150. Eemmmm...takyah kot. Hehe. Cuci mata je.

Kul 9 malam baru gerak balik, masih bercita2 nak singgah Karnival Tg Karang kat sebalah Balai Polis. Tapi kami tunda sebab.....dah la pakai baju kurung lagik, kompom la belom mandi. Dah tu dengan konfidennye nak g merayau kat Karnival tu? Dah..dah.. Balik Eyzan..Badan dah busuk masam, ade hati nak merayau lagik. Balik!!!



*En.Din tegur pas makan "Cik Ejan, dah ke?". Aku "Belom." sambil geleng2 kepala. En.Din menepuk dahi. "Ya Allah, anak dara nih. Makan tak cukup2". Aku "Hahahaa". Sengih sambil minum fresh oren. (^_^)
0

Sehari di JJ Bukit Raja

 9 Julai2011
(orang sebok tgk news pasal BERSIH. Aku jejalan sesuka hati. Tak tau ape cerita. Hmm.. Lantak ler)


Sabtu lepas menghabiskan masa dengan mengukuhkan ukhwah antara aku dengan sahabat baik yang aku kenali sejak berumur 9 tahun. Zanariah Mohd Zin, bertugas sebagai Eksekutif Akaun di Persatuan Nelayan Negeri Selangor (Shah Alam). Kami mengelilingi Jusco Bukit Raja. Aku sekadar mencuci dan memuaskan nafsu mata sambil membakar sahabatku itu untuk membeli belah. Heh. Jahat sungguh. Aku kena sabar, tunggu sehingga claim TNT dan OT aku masuk. Sedangkan berjalan semalam pun, aku telah mengorek tabung simpanan. Huhu. Dapat TNT dan OT nanti pun kena topup balik. So, memang tak dapat nak shopping sangat pun. Harus kuatkan diri dan berdisiplin dalam menyimpan wang.

Bersenam ringan dalam bangunan berhawa dingin. Heheh. Window shopping dari satu kedai, ke satu kedai. Kedai yang paling lama aku masuk adalah ‘Popular’. Tempat wajib. Bukan beli ape pun. Belek2 buku2, novel2 baru yang memang aku dah kurang minat untuk baca, buku2 masakan terutama baking kek. Yummy. Geram, macam nak beli tapi..SABAR.

Jam 2 petang selepas solat Zohor, kami makan di Keany Roggers. Serius aku tak pernah makan kat situ. Ya, aku agak ketinggalan dalam bab western and fast-food nih. Heheh. Kurang terdedah but I’ll love trying new things and stuffs. Thanks to Zana sebab belanja makan. Dia kata hadiah Bufday. Ya Allah. Bufday aku dah 4 bulan yang lalu lah. Tapi dia kata sebab Bufday dia tahun lepas aku bagi hadiah. Eh Yeke? Aku pun hampir lupa. Hehe.

Jam 3.20 petang bergegas ke TGV. Lewat 5 minit. Huhu. Seb baik terang lagi, senang cari seat. Peh, cerita Transformers tu 2 ½ jam eh? Lama betul. Rasa berbaloi plak dengan harga tiket RM14. Hehe. Cerita habis pada pukul 6 petang. Bergegas ke surau, solat Asar dan terus bergerak balik ke Destinasi yang sama, Kuala Selangor. Zana bermalam di rumah kakaknya di Jeram manakala aku pulang ke Tg. Karang.



*Sebab tu aku janggal jika orang gelar aku Zana, sebab kawan baik aku sendiri bernama Zana. =)
*Juga ada seorang kawan baik seangkatan Diploma di UPM bernama Suzanna. Haruskah ade ‘ZANA’? heheh. ;p
0

nak CUTI!!

sangat perlukan CUTI!! REHAT!!
minggu depan nk cuti 1 minggu, bole? Hahaha
2

Another Suprise..

Minggu lepas dapat bantal bentuk Strawberry yg besar. Mati2 aku ingat nak bagi buah strawberry. So, lepas habis keje kul 9 malam, dengan bersungguhnya aku ke rumah beliau untuk amik buah strawberry dari Cameron tu. Takut dah tak sedap sebab peti ais rumah beliau rosak. 
Sekali dia berdiri depan pintu, tunjuk bantal Strawberry. Haik? Bantal ke? Sabor je lah aku. Hahahaa. Pastu beliau masuk rumah kembali dan berdiri di depan pintu bersama bantal Srawberry yang lebih besar. Sebesar pemeluk. Ya Allah. Besar betul dia beli. Aku tak mintak ape2 pun. Mintak beliau belikan gula2 strawberry je. Sebab aku memang suka makan gula2 tu bile g Cameron. (Ntah bila dapat pegi lagi. Honeymoon kot? heheh. Berangan!)

seperti ini. saiz pemeluk.


Sesuatu yang tak terbayangkan, yang tak diharapkan. Bantal Strawberry buat aku tersenyum2 sendiri dalam kete. Hehe. Sewel sebentar. 


Semalam, beliau beria2 mahukan Perfume Bentuk Pen yang opismate aku jual. Brand yang beliau mahu suda habis stok. Jadi beliau suh aku pilih ikut sedap hidung. Polo Blue by Ralp Lauren. Malamnya berjanji keluar makan bersama. Beliau terus je test perfume tu lepas aku bagi dalam kete. (Aku pun dah pesan, tak payah pakai perfume. terus pakai yg baru ni je. hehe). 
Tup2 beliau amik satu plastik di seat belakang, terus bagi aku. Ingatkan roti ke ape. (Makan je aku ingat. Heheh). Rupa2nya, perfume Silkygirl Stunning. Ya Allah. Another suprise? Perfume plak. Terkedu sebentar aku. 

'Kenapa beliau sweet sangat? Kenapa beliau manja kan aku dengan semua suprise nih?'
Mungkin sebab aku dah tak banyak berharap. Tak selalu berangan. Mungkinkah hubungan yang matang? Huh..iyelah sangat!!! Heheheee. ;p

Terima kasih, Incik S a.k.a Mr. Suprise. Semoga urusan kita dipermudahkan oleh NYA. Amin.
(^_^)

* Berbahasabasi di mukabuku tentang Bantal Strawberry. Teman sekursus dengan Incik S berkata beliau nampak Sweet dan Comel semasa membawa bantal Strawberry itu di Cameron. Seperti Seth Tan dalam cerita Nora Elena sewaktu mereka bercuti di Cameron. Benarkah? Aku ada Seth Tan? Heheh. Berangan.

Suprise bunga yang Seth Tan bagi sepulangnya mereka dari Cameron. Aku dapat Bantal Strawberry. Sama Sweet la kan? 
0

Suddenly..

Suddenly...
Rindukan ayah.
Sebab aku tau ayah pun rindukan aku jugak.

Sayang ayah.
Anak dara yang still cium pipi ayah setiap minggu bila nak balik.
Forever will be anak manja ayah.
Back to Top