Pages

0

Tentang Dhia. Eh, Deya.

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wbt~

Lama meninggalkan blog. 
Bukan takde masa, cuma tak sempat. Eh? Same lah tu kan? Hehe

Baru je 2 minggu memulakan rutin harian sebagai pekerja. Patut dah 3 minggu tapi dek kerana ke'cuak'kan yang melampau nak masuk kerja, dah cuti 3 bulan pun aku extend cuti lagi 1 minggu. Hehe. Over kate adik aku. Heh. Peduli lah. 

Bukan ape, sebab Deya tak pandai menyusu botol lagi. Nangis macam kena sampuk bila disua botol susu. Harus lah aku cuak. Bila akak jiran lama sudi nak ajar minum botol dan jaga kan, baru la aku berhati waja nak pergi kerja. Hahaa. Over lagik. Ishtifar. Ishtifar. Fuhh~

Alhamdulillah.
Deya ok. Tak meragam. Tak nangis. Cuma perangai yang susah tidur siang tu memang susah nak ubah. Time lunch break, Deya akan tuntut upah berperangai baik iaitu ngempeng kiri kanan. Layan kan. Hehee. 

Walau ape pun, Deya memang sangat baik perangainya. Merengek nak susu is normal lah kan. Pastu tak suka kena tinggal sorang2. Nak ade kawan, nak nampak muka orang. Yang pernah jumpa Deya mesti cakap Deya ni ramah sebab cepat senyum, kadang2 ajak cerita. Tu yang Ibu makin geram. Kalau dah layan Deya cerita, memang tak boleh buat kerja lain. Dok ngadap dia saja. Haha.

Sekarang dah mula rajin nak mengiring. Hopefully soon pandai meniarap atau 'mengkurep' kate orang jawa. Isap tangan tu dah selalu sangat sampai menjejeh2 air liur. 

Ainul Mardhiah, 3 bulan 3 minggu. Lunch break.

Ibu dan Ayah love you much. 
Our lil' angel. 
Bidadari Syurga.

Back to Top