Pages

0

Balas Tag Cik-Wannabe-Puan Eida Wanie

Saya harus menyenaraikan perkara2 berikut dlm Bahasa Melayu
(FYI, saya pernah dapat 'E' dalam ujian BM mase form 5. so, BM saya tidak bagus sgt.hahaa) 


5 benda dlm beg saya
- Opkos wallet..eh, dlm BM..Dompet, ke Beg Duit? hehe
- Kunci paktam viva forever
- 2 telefon bimbit
- Pen mata bulat
- Pek kertas serap minyak (hohoo..BM sungguh)

5 benda dalam beg duit saya
- Duit
- Kad alumni UPM
- Kad Bank (ade 3..hohoo)
- Kad pengenalan
- Lesen


5 benda faveret dlm bilik bujang saya
- Poskad gambar Zedzaidi atas rak buku (satu lagi lekat kt almari.keh3)
- Katil bujang..beli sendirik
- Almari 2 pintu..beli sendirik jugak
- Rak buku (dah penuh 2/3)
- My 5 years old Teady..Oyen

5 perkara yang saya hendak lakukan
- Nak g sarapan kt Medan Selera Tanjong Karang
- Nak siapkan Slaid untuk BERNAS
- Nak blogwalking (sebab bos takde, so takde orang pantau.hehe)
- Nak g Admin, isi borang CUTI..rindu Merah dah.
- Nak merajok ngan Incik Ahmad Shahir..bole tak? Hahaa


5 perkara yang sedang dilakukan
- Jawab tag dari Cik-Wannabe-Puan Eida Wanie
- Memadang sepi Manual Pengesahan Padi
- Dengar pangggilan Hangit Hot.fm
- Pikir nak sarapan ape? Lontong maybe?
- Taip sambil Memoncongkan Mulut cam Hwang Tae Yung dalam cite Korea ‘He’s Beautiful’ (dah jadi tabiat.huhuu)


5 orang yang saya mahu tag
- Saya tamau tag sape2..hahaa

hehe..pixcha mase ganti Tuan Bos tuk belakon dalam iklan MoA. *tanpa skrip


(tapi akhirnya dapat A2 in BM for real SPM. Alhamdulillah) (^_^)
0

nak gelak tapi lagu ni sweet macam Rossa

bebaru nih dengar lagu ni dalam salah satu blog member..terkedu seketika. eh? ni bukan lagu Ella ft Shah ke? Ku Merindu? tapi lirik lain..tapi dengar lirik mula2 jer, dah rase nak gelak. dah ala2 cam lagu Irwan Shah - Ku Tunggu Janda mu..hik3.. Tibe2 nak dedicated lagu nih kt Incik Ex..hahaa.. Menggatal.
 
 ~Ku Menunggu - Rossa~

Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

   
Pernah plan nak wat cani tapi bile difikirkan bahawa kulit ini amat cepat gelap+payah nak putih balik, so, termenung dalam bilik ajer lah.hehe


p/s: hooo..nak dedicate kt Incik Ex eh..*pang! Back to reality. jangan nak berangan, bole tak? Move on, please~ 
Xp
0

Perpisahan Ini

takde mood nak taip bebanyak karang2 ayat sebab kerja pn dah ditambah oleh encik Bos n Puan Bos.huhu. minggu depan kena prepare presentation tuk wakil2 syarikat BERNAS. dah la paling malas buat slaid, yang harunye, kena ganti Puan Bos bagi taklimat..1jam 30 minit. erk? selalu nye present 30minit, 10 minit dah habis cakap.hahahaa..

sekarang ngah layan lagu nih..sedap plak dengor..ulang2..hehe

Perpisahan Ini - Aizat

Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

KORUS
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu

Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

p/s: hati gelik2 mentafsir setiap lirik lagu nih..ade maksud tersendiri dalam pengalaman hidup.. 'susah dan senang kita bersama'-(time susah, buat2 senang..time dah senang, cari yg lebih menyenangkan)...'ku terima perpisahan ini'-(lebih baik utk dia dan lebih baik utk aku,mugkin)... mode: jiwang kejap.. lalalaaa

Addicted Blogwalking

memang ngah rajin blogwalking..[rajin ke addicted?] terutama blog TERFAKTAB nih..dalam terfaktab ni plak aku suke ngan penulisan sorang gadis berstatus guru. dia menggelar dirinya 'LORD ZARA'. so aku pn jadi follower setia blog peribadi '.Dunia Sebelah Zara.'
artikel yg aku copy paste ni bertajuk Penatlah Pertahankan Cinta.Lepaskanlah. Ade mukadimahnya tapi aku suke part perbualan 'Lord Zara' ni ngan kawan dia.
 
Kawan : Penatlah berCINTA ni.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Macam-macam nak kena buat, nak kena fikir.
Aku : Memanglah cinta begitu kan? Sebab bukan seorang diri lagi.
Kawan : Kadangkala dah tak sanggup nak bercinta. Nak pertahankan hubungan.
Aku : Lepaskanlah tangan kalau tak nak.
Kawan : Nanti sunyi pula.
Aku : Orang lain tiada cinta, nak merasa cinta. Kau pula begini.
Kawan : Nak kena jaga hati orang yang kita cinta. Tak masuk lagi hati orang lain.
Aku : Sebab itu besar tanggungjawabnya.
Kawan : Masa belajar, nak bahagikan masa antara CINTA dengan belajar, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan aktiviti lain. Bila dah kerja pun sama. Kalau terlampau fokus pada kerja, cinta mungkin terabai.
Aku : Cinta perlukan keseimbangan. Macam tindak balas kimia.
Kawan : Sekejap lagi keluar teori kemahiran hidup pula.
Aku : (ketawa) Kau nak guna 'timbang air' kalau nak tengok keseimbangan? Boleh.
Kawan : Hajat hati macam nak bertunang, tapi makin besar TANGGUNGJAWAB.
Aku : Apa kau nak takut?
Kawan : Tanggungjawab besar.
Aku : Habis kau tak nak kahwin? Lagi besar tanggungjawab.
Kawan : Boleh tak kalau tak kahwin?
Aku : Boleh. Tiada masalah.
Kawan : Keji! Kau makin menggalakkan.
Aku : Kita kena sokong kawan kalau dia memerlukan.
Kawan : Kau sokonglah aku tak kahwin sampai bila-bila?
Aku : Dah kau takut dengan apa itu tanggungjawab, maka tak payah. Aku malas nak tengok drama naik turun mahkamah atau jumpa pakar keluarga bila ada masalah.
Kawan : Ni cakap dengan kau ni?
Aku : Tiada bayaran. Aku boleh cakap pendapat aku tanpa bayaran.
Kawan : Habis tu, aku ni nak hidup seorang diri sampai bila?
Aku : Sampai kau sedar TANGGUNGJAWAB adalah satu amanah, bukan satu beban.
Kawan : Tiba-tiba rasa terpukul.
Aku : Tangan tak sampai nak pukul guna telefon.
Kawan : Kau ingat ni berlakon cerita hantu?
Aku : (ketawa) Fikirlah. Sampai bila kau hanya boleh berCINTA sahaja. Masa depan orang jangan buat main. Apatah lagi masa depan sendiri dan harapan keluarga.
Artikel ni buat aku teringat balik kat ayat2 dalam buku ''Aku Terima Nikahnya'' oleh Ustaz Hasrizal.

''Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara CINTA, kasih sayang,TANGGUNGJAWAB  dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.''

CINTA dan TANGGUNGJAWAB

aku paling ingat ayat nih-->''tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan'' (=.=)

[hohoo..ape cite pasal kahwin plak nih?. Selak Hati, ingat Ajal Maut, Jodoh Pertemuan, itu KERJA TUHAN, KERJA ALLAH. Kenapa perlu repot2? (slang indon) Aku di sini akan terus Percaya Janji Allah. InsyAllah.]  (^_^)







Contest: Our Memory Photo Contest


ni  Tuan Tanah punye Banner.KLIK SINI

contest ni memang taw..sajer wat teringat sume kenangan lamer..(lame sgt ke? bru 5 tahun lepas.hehe)
kepada  cik Ain, tuan tanah punya contest..saye nak join contest ni eh..tak berharap untuk menang (tapi kalo Cik Ain nak jadikan saya Sang Juara, Alhamdulillah.hehe)..just nk share picture kegemaran yang sangat2 memberi makna dalam hidup saye dari dulu sampai sekarang..


[untuk makluman, saya ni bekas graduan jurusan pertanian. so gambar berlatarbelakangkan pokok, daun, tanah dan pakaian yang sedikit selekeh n extra comot.hehe]
sedang buat muka garang +serius+kusyuk+fokus.hekhek..tipuu~
 eh..bukan gambar nih tapi ganbar yang bawah nih:
.
.
.
.
dalam banyak2 gambar time diploma, saya sangat suke gambar ni. 
kenapa saya suka gambar nih? SEBAB:
  •  diorang nih sume member2 ngam+kamceng+bestfren terbaik!!.(sebenarnye ade ramai lagi)
  •  sebab  mase nih Amali Ladang sem akhir (wah~ kenangan sungguh bile ingat time mencangkul beramai2).. nak wat tanda nama untuk batas sayur yg bakal kami tanam (saye tanam timun jer) sebab kami akan dinilai.
  • sebab yg kiri saya tu kawan gelak+ketawa+nangis+gado saya. (skrg dalam proses perdamaian coz awal tahun ri tu gado besar.hmm~) Yang baju merah pn bestfren saya gak, seorang kawan yg tenang dan penuh kata nasihat. waah~ rindu Laily n anak2 dia.huhu. n Pipah, geng sekepala yg fill our practical period with so much fun and interesting moment. (^o^)/
  •   kelakar time nih sebab tengok gelagat memasing nk tulis nama kat board hitam tu..ade yg berebut berus lukisan, ade yg nama tak centre, ade yg panjang sgt nama nya, ade yg salah eja (nama sendiri pn salah eja?)   (>_<)  

 tu lah aje, Cik Ain yea..harap suke ngan photo saye nih..

 p/s: nak taw gak photo korang yang best2.. Puan EilaCik-wanna-be-Puan Eida Wanie, (^_^)

0

--Tipu--

 
TIPUAN-TIPUAN yang PALING BESAR , yaitu:

Mengharapkan AMPUNAN dari Allah,
tetapi terus menerus melakukan DOSA TANPA PENYESALAN

Merasa DEKAT dgn Allah,
tetapi TIDAK melakukan keTAATan

Menunggu tanaman SURGA,
tetapi selalu menyemai benih amalan NERAKA

Mencari istana orang-orang TAAT,
tetapi selalu berbuat MAKSIAT

Menanti PAHALA,
tetapi TIDAK mau BERAMAL

Mendambakan KASIH SAYANG Allah,
tetapi selalu MELANGGAR ketentuanNYA."
p/s: copy dari FB 'Kata - kata Hikmah'. 
suke quote ni..sebagai peringatan tuk diri sendiri (v__v)
8

Lambat Re-new Lesen

hari ni 11 mac..lesen aku mati 18 Feb..lagi seminggu je nk masok sebulan..tapi aku tak re new Lesen lagik..giloz betol.. pada 27 Feb tu aku sluumber jer drive balik kampong..hahaa.. naseb baik tak de roadblok ke hape..fuhh!

tadi g post office, konon nk re new lesen lah..sebab petang ni nk balik kampong..tup2 akak tu cakap nk re new kne g JPJ..masak!! sebab aku baru tamat zaman "Lesen P".sebab tu kne wat kt JPJ. hehe. tapi dh petang ni, JPJ plak, nun kat Sabak Bernam sane.. (1/2 jam drive..eh? jauh sangat ke? haha)

esok plak dh plan nk g dating kt Klang..dating ngn bestfren aku, Cik Misi Adah. *garu2 kepala. cane nk g nih? Lesen lom re new? huhu.. sok JPJ bukak tak? mau pagi2 aku dh tercongok depan pintu opis JPJ, semata2 nk g Jusco lepas tu..hehe 

p/s: skrg jam 3.45 petang, aku lom re new Lesen lagik..jam 5 ptg kang nak balik Banting, siap nk amek adik aku, eyzan junior kt Klang Sentral..wawawaa.. sangat konfiden.. Doa  banyak2 takde ape2..semoga kami berdua selamat sampai ke kampong..aminn~

Berhati-hati di jalan raya. kete akan banyak petang nih sebab dah start cuti sekolah kan.huhuu
2

Dihubungi Incik Ex

Incik ex: Gado ngan dia ni..
Saye     : La..kenape? tak keluar g dating?
Incik ex: Kan sebok ngan kenduri umah T****k..jumpe dia lambat, tapi dia wat muka tahik plak.
Saye     : Ala..dia saje je wat muka camtu..nak pancing jer tu. Kejap jer tu.
Incik ex: Huh..takder mood terus bile tengok muka macam tu. Tau tak kite ni penat. Pastu senyap jer, tak cakap ape. Dia ajak g tengok wayang, tapi kan nk naik bas ekpress malam ni, mane sempat. Moncong terus.
Saye     : Ala..kenapa tak bawak round2 kejap..makan aiskrim ke? Pujuk la sket..layan kan dulu.kejap jer  moncong nyer tu, sajer nak pancing perhatian.
Incik ex: Ah, tak kuasa nak layan..kenapa la pompuan sume macam ni?

[pompuan sume macam ni..memang nak kan perhatian. Dulu mase awak ngurat kami, awak bagi sepenuh perhatian kan? Kenapa sekarang malas nak layan? Kami tak mintak ape2 yang lebih pn kat awak. Mintak masa dan perhatian awak je,yang pernah awak bagi dulu. Tu dah cukup]

p/s: kalo tak bole nak bagi komitmen kt orang perempuan, nak full attention kt kawan2, baik tak yah ade GF. takde sape nak merajok kalo awak lepak sampai pagi kt mamak, takde sape kol@kaco utk mintak perhatian. so, sila jangan buang masa kami jika tak bole nak bagi komitmen utk jangka masa panjang. sekian. fullstop.


2

.:suke suki jawab soalan:.

1. Bekas kekasih saya adalah :
- seorg yg menjadikan diri saye lebih baik daripada bersama dengannya.

2. Saya sedang mendengar :
- lagu Falling In Love by Six Part Invantion (OST He’s Beautiful)

3. Mungkin saya patut:
- berhenti berangankan Zedzaidi? owh..tidakk!!

4. Saya suka :
- Zedzaidi..malam tadi saye mimpi kan dia.. (^_^)

5.Sahabat-sahabat baik saya :
- berasal dari Kg. Kundang, Kg. Endah, Kg. Kanchong Darat dan Sg. Besar

6.Saya tak paham :
- kenapa orang nak kt pakwe, tunang, suami orang lain? Erk? Trauma*

7.Saya kehilangan :
- gambar zaman Diploma kt UPM n degree kt UMT..(tu la, sape suh x simpan dlm Disk D)

8.Ramai yang berkata :
- "bile nak kawen?” nanti saye kawen lah.. (T_T)

9.Makna nama saya :
- tidak diketahui sejak azali..

10.Cinta itu adalah:
- satu ANUGERAH..jangan sia-siakan.. ^_^

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- termenung depan PC macam saye jugak..ngeh3

12.Saya akan cuba :
- tidak lupa lagi..sebab saye memang sedikit pelupa..huhuu

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- lama sangat..

14.Telefon bimbit saya :
- dah rosak tuk kali ke 5..tapi sayang nak ganti beli baru..huhuu

15.Bila saya terjaga dari tidur :
- saya terus tidur balik.. copy ayat Cik Wanie..hehe

16.Saya paling meluat apabila :
- tengok Fasha Sandha belakon...yekk

17.Pesta/Parti adalah :
- bukan majlis yg saye suke..x suke sesak2, himpit2, lagu kuat2..serabot!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- seekor kura-kura bernama ‘Gentel’..housemate bela mase kt umah sewa..siap lari dari umah..he’s soo cute!!

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- zaman amek Diploma kt UPM..terbaik!!

20.Hari ini :
- orang kate Monday Blues..haha

21.Malam ini saya akan :
- berangan zedzaidi sebelum tido [harap ade sambungan mimpi malam tadi.hahaa]

22.Esok pula saya akan :
- cube ingat balik mimpi ape malam tu..hehe

23.Saya betul-betul inginkan :
- bawa mak ayah g Mekkah. . bile yea? huhuu

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- emmm..ade lagik whitehead nih?

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- hanya pegi pusat membeli-belah bile betol2 perlu shopping..jarang window shopping. Arked permainan  baru masuk sekali..hehe

26.Makanan Barat atau Jepun :
- tak minat sangat..minat makanan Jawa..kih3

27.Bilik yang terang atau gelap :
- bilik terang sesuai tuk bekerja, bilik gelap sesuai tuk tido..haha

28.Makanan segera adalah :
- tidak terasa 'segera' buat saye yg duduk di kampong..KFC,McD, Pizza sume jauh..so, jadi makanan yg lambat nk dapat..hehe

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- “harap maafkan saye”..(v_v)

30.Siapa yang anda nak Tag?

3

My Sleeping and Driving Partner

Si Merah Manja

thax to encik Rafee coz nk donate kucing dia kt aku..dalam 3 ekor yg dia bawak g opis, aku pilih yg ni sebab dia jantan dan dia kaler Oren.hehe..tapi aku panggil dia Merah. tak sangka plak, walaupun Jantan, dia punya manja..masyaAllah..aku tak pernah jumpe kucing semanja nih..tapi bab makan, memilih..pening kepala kalo pikir kan makanan dia nih. pastu tak pandai makan yg keras2 or besar sket..nak kena pecah2 kan dulu..[gigi ko ni lembut sgt ke, x bole nk gigit kepala ikan tu? ke ko ni malas nk gigit?]

tapi ade dia nih, hidup aku tak se-rilex biasa dah.. balik umah jer, dia dah tunggu, terbaring depan pintu mintak dibelai2..tak nyempat2..sambil wat muke kesian..so, kena la usap2 dulu, geletek2 sket..[dah macam tol la plak]. pastu dia sebok la kejor kaki, ikot masok bilik. mintak dilayan...yelah, dah seharian duk umah, boring takde orang layan.hehe

sekarang kepala memang tak pikir lain..g mane2 ingat kt Merah..makanan cukup tak? nk beli ikan tak? g billion jer, tgk rak makanan kucing.hehe..carik shampoo..sebok beli pasir dia..nk basuh sangkar..hari2 sapu lantai, sebab dia suka sepahkan pasir dia ke luar tray [ni memang carik pasal. tapi setiap kali aku sapu, dia duk sebelah, nk main ngn penyapu tu. shebok ajew. memang tak jadi nk tensen2 dah.hehe]

selalunya sebelum aku makan, aku pastikan aku bagi dia makan dulu.[sebab nti dia kaco aku makan] tapi selalunya memang dia akan kaco jugak. kalo makan nugget, aku makan kulit, dia makan isi. air susu kotak pn share.hehee. bab tido plak, kekadang dia tido ngan aku kt katil [selalunya]. kekadang tido kt lantai tapi still dlm bilik aku. pukul 6 pagi dia dah bangun dah.selalunya lagi awal. dia mula bising, pastu hidung dia, dia sua kan kt muka aku. kompem la bangun. tapi aku still tunggu jam bunyik pukul 6.15 gk, bru bangun.hehee. thax Merah. [walaupun pagi2 ko dah bising mintak makan]

bile aku kt toilet pn dia bising..tak jumpe aku kot. so aku kena la menyahut, bile dia bunyi tu.[macam paham jew]. biler aku kua toilet, tengok dia dah bertenggek kt atas mesin basuh [memang kt sebelah pintu toilet]..tunggu aku kot.kadang2 sampai tido kat situ..Merah..Merah.. uuuuu [rase nak peluk2 Merah dah ni]  

aksi terlampau.tergoda  tak? hehee

*ape di buatnye kat umah eh skrg nih?
2

Sedetik Lebih versi aku

~~~~~~~~~~~~
Lirik Anuar Zain - Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkan MU

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkan MU

Ternyata ku perlukan cinta dari diri MU sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana KAU beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya KAMU


Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
~~~~~~~~~~~~~~

tah kenapa aku menilai lagu 'Sedetik Lebih' ni macam ni..semua orang ade pandangan masing2 kan..ni pandangan aku plak.. cube untuk memasukkan DIA dalam perkara2 yg berada disekeliling aku..cuba untuk tidak meninggalkan NYA..sedikit sebanyak dah mula terasa hidup ni INDAH..^_^

jangan tension2 sangat, jangan emosional sangat..(suatu ketika dulu..alhamdulillah utk pengalaman itu) 

[ke sebab aku takde teman istimewa tuk menujukan lagu ni?]  emm..ape2lah..yang penting INGAT DIA SELALU.. (^_^)


Back to Top