Pages

2

4 bulan-cuak-scan

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirahmanirrahim~


Memula sekali aku nak wish TAHNIAH kat kawan se-diploma yang telah disahkan hamil. Alhamdulillah! Welcome to the grup, ayip. Hehee

Aku nak story pasal ke-cuak-kan aku semalam.

Semalam duk menggatal baca blog sana sini pasal ibu2 mengandung la kan. Baca punya baca, tup2 aku tengok, masing dah mula rasa baby bergerak la, terkuis2 la kat dalam perut tu. Haih.. Aku terfikir kejap. Rasa-rasa aku, takde plak rasa babay bergerak. Pastu teringat soalan pertama yang nurse tanya masa pergi monthly check kt Klinik minggu lepas. Dia tanya "ada rasa pergerakan tak?" Haih. Haih. Haih. Aku mula cuak.

0

Disember, banyak peringatan dari Allah

Assalamualaikum wbt~
BismillahirrahmanirrRahim~


Disember 2012.
Bermula dari 15 Disember 2012.
Satu kejadian yang aku tak sangka akan terjadi kepada diri sendiri. Dan tu satu petanda yang aku ni sangat leka dan cuai orang nye. Selama ni dok selumber je tinggal beg sana sini. *selalu kena sound ngan husband tengok beg baik2*

Handbeg hilang
Sendiri yang cuai sebab tinggalkan beg dalam kereta tapi takde sorok2. Letak macam tu je kat bawah seat penumpang depan tak cover pape. Pergi kenduri kahwin kejap. Tup2 masuk kereta, tengok beg dah takde. Kereta kena pecah guna masterkey kot sebab takde kesan pecah. Huhuu. Hampir nak nagis jugak tapi tahan je. Suami la yang ke hulu ke hilir tanya orang kat tepi jalan rumah kenduri kot dengar alarm kereta berbunyi. Hampa. Akhirnya, report polis dibuat di Balai Polis Sekinchan dan mula sibuk menyekat segala bagai line telipon dan kad2 bank. Huhu. *Yang paling terasa adalah beg. BEG HANTARAN KOTTTT!*

Tertipu di Mudah.
Ni incik suami. Selama ni memang beliau suka beli barang kt Mudah.com terutama barang kereta. Sekarang beliau tengah sibuk cari XBOX. Dulu dah beli tapi kena paw dengan sahabat baiknya. Hehe. So, beliau sedang giat mencari set XBOX 2nd di Mudah.com tapi kali ni kena tipu pulak. Duit dah bank-in tapi barang tak sampai2. Haih. Sian incik suami ku. 

Pindah Rumah.
Insik suami merancang nak pindah ke rumah kuaters yang lain. Tak jauh, depan rumah kuaters sekarang je pun. Hehe. Sebab nak lebih dekat dengan kawan baiknya, incik Zulazri. Jadi jiran belakang rumah la kononnya dan nak menjalankan projek tanam cili di kawasan laman. Tapi rasanya macam tak dapat rumah tu walaupun kami dah apply sebulan yang lepas. Minggu ni dapat tahu, jiran sebelah rumah potong line nak masuk rumah tu jugak. Hmm.. Sabar jer lah. Kita senyum jer lah tengok jiran sebelah tu yea.

Haih. Incik suami dah mengeluh. Dah agak down dalam minggu terakhir 2012. Aku pulak hanya mampu tersenyum dengan harapan dia akan tersenyum sama. Cuba untuk terima segalanya dengan Redha. Sebab walau apa yang terjadi, kami tetap berjaya meneruskan hidup dengan ceria dan penuh gelak ketawa. Semua kerana kami percaya dengan ujian dan janji Allah. Semoga ujian ini menjadikan kami lebih tabah mengharungi hidup di tahun 2013 nanti, Allah. Amin.


Selamat Tahun Baru 2013
Semoga amal dan ibadah kita semakin bertambah dari tahun sebelumnya. 
Semoga kita terus terpelihara daripada gangguan dan bisikan syaitan. 
Amin.

Wassalam~
2

Terengganu, Finally I'm HOME!!!

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Sabtu lepas, 8/12/2012, Incik Ahmad Shahir telah membuat keputusan nekad untuk ke Terengganu. Yahoo!! Walaupun pada mulanya dibantah dengan pelbagai alasan aku, beliau tetap nekad. Heheh.

Yang peliknya, keadaan fizikal aku yang sebelum ni macam malas2 dan sakit2 badan sejak berbadan dua terus hilang. Terus bertenaga meneruskan perjalanan ke sana. Hahaa. Nampak sangat mengidam nak balik Terengganu kan? Terima kasih Allah kerana gerakkan hati Suami untuk ke Terengganu. Alhamdulillah!

Bertolak jam 3 ptg dari Sabak Bernam memaksa kami (aku, incik Suami Ahmad Shahir, Zulazri dan Akma) berhenti bermalam di Marang kerana dah jam 12 malam. Driver dah tak larat nak drive dan kebanyakan hotel di Kuala Terengganu FULL. Monsun Cup dan Cuti Sekolah kan?
0

Istanbul, Aku Datang yang sentap!

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~


Baru2 ni aku copy cerita lakonan Tomok iaitu Istanbul, Aku Datang. Masa cerita ni on kat wayang, ade gak ajak incik suami pergi tengok tapi beliau macam tak berkenan. Haha. Tak pernah-pernah nak tengok cerita ala-ala jiwang kan. Selalu tengok action je.

So, pas solat maghrib, dengan semangatnya aku play cerita tu. Incik suami keluar setelkan hal dengan kawannya. makanya aku tengok sorang2 lah. Huhuu. 

Tapi start2 je cerita, ade feeling tak best. Hahaa. Ntah lah. Aku ade menyampah sikit dengan jalan cerita ala-ala omputih nih. Yang so modern sangat lifestyle nye. Kalau boleh, jangan say 'assalamualaikum' atau mention korang ni Melayu. If that so, aku boleh terima lakon layar terbabit. Hahahaa. Ntah pape aku nih kan? Tu kan lakonan, tiada kaitan dengan hidup dan mati. Hehh. 

Then sampai ke klimaks. Part Tomok bertumbuk ngan Beto. Then datang sorang perempuan bertumbuk plak ngan Lisa. Jeng3. So, Tomok dah curang ngan Lisa. Sebab tu dia layan tak layanje Lisa masa Lisa datang Istanbul. Takut kantoi ngan GF baru di sana. Hoh. Lisa so frustrated. I hate this part of the movie. Owh! Tiba2 aku sentap! Hahahaa. Dush! Dush! Dush! Pergi jauh2 itu memori! 

Then Beto bawak Lisa around Istanbul jalan2, nak pujuk. Tomok pun takde bawak Lisa jalan2. Sibuk katanya. Sibuk dengan GF baru and takut terkantoi. Ceh! Sentap lagik! Dush! Dush!

Finally, Lisa pilih Beto walaupun Tomok dah putus ngan GF barunya. Even Tomok ajak kahwin terus, but Lisa tetap pilih Beto. Hamboih. Ada orang tak layak diberi peluang kedua, dan ada orang lain yang lebih layak diberi peluang tersebut. Hmmm. 

Kesimpulan nya adalah, cerita ni wat saya buat muka senget pada awalnya kemudian sentap diakhir babak. Ceh. Apa2pun Lisa such a cute and sweet girl. Eh, ke lady? Hehe.

Sekian. (^_^)v

Wassalam
0

Sedih La Sangat

~Assalamualaikum wbt~
~Bismillahirriahmanirahim~



Baru-baru ni wedding ceremony Mr. Ex. Tu pun tahu dari kawan ku yang memang kawan sekolah pengantin perempuan. kawanku bertanya kalau aku dijemput. Serius aku tak tahu wedding ceremonynya pada Ahad itu. Haih.

Aku tunggu juga lah mesejnya kot2 Mr. Ex nak jemput melalui telepon je. Hmmm..hampeh juga lah. *Hei, masa wedding aku, beria aku jemput korang taw. No Heart feeling, OK!!*

Tapi aku kirimkan salam pada pengantin lelaki. Dengan ucapan, "aku tunggu kad". Hehehhh.

Semalam, aku berjumpa kawanku dalam satu mesyuarat di Sg. Besar. So, bertanya la tentang majlis perkahwinan mereka itu. Turut dikhabarkan salam ku yang dikirimkan.


Kawan: Ej tanya kenapa tak jemput. Dia nak kad.
Mr. Ex: Aku takut dia sedih tengok aku bersanding.


Haha. Sebenarnya, yang lebih sedih adalah bila awak tak jemput saya tengok dan berkongsi hari bahagia awak. Apa yang awak takutkan? Saya pelik. Terima kasih la sebab nak jaga sangat hati dan perasaan saya ni. Ke takut awak yang sedih tengok saya datang dengan Incik Suami saya? Persoalan di situ. hehehh.

Apa-apapun, saya doakan kebahagian korang. Semoga Allah swt merahmati dan meredhai kalian suami isteri. Selamat membina hidup baru yang lebih baik dari dahulu. Semoga berbahagia hingga ke Syurga Firdaus.

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.


#Lupakan lah semua kenangan pahit, maafkan segala kesalahan. Aku mahu lupakan segala yang pahit dan simpan yang manis. Hei, kita pernah baik kan? Kenapa nak panjang-panjangkan sengketa? Kenapa nak ungkit yang sedih2? Chill-Lah!! Doakan yang baik2 sahaja. Mudah. Hidup ni mudah. Dan Indah. (^_^)



2

Incik Asben Demam?



~Assalamualaikum wbt~

~Bismillahirrahmanirahim~





Sketsa


*Talipon~ *Talipon berbunyi~



*Nombor yang tidak dikenali. Dalam hati bajet, ni mesti orang MBSB suh buat Loan. Heh.



Suara 1: Hello. Assalamualaikum~

Aku      : Waalaikumussalam~

Suara 1: Sibuk ke tu?

Aku      : Err..agak la.

Suara1 : Banyak kerja ke?

Aku      : Err..sape ni?

Suara1 : Aiii…suara laki sendiri pun tak kenal ke? (perli)

Aku      : Eh. Eh.. Hahaa.. Suara sengau.. Lain. Pakai henset sapa nih? (ayat cover)




Incik Suami baru nak baik demam urat dan selesema. Kesan balik dari kursus di Pulau Pangkor minggu lepas. Demam sampai muntah-muntah. Tu yang suaranya sengau sikit dan lain. Telefon pun dari henset kawannya yang aku tak save nombor. Harus la aku berlagak tanya siapa. Heheh. Isteri awak ni garang tau dengan orang yang tak dikenali. ;p





Note: ofismate nye kata, incik suami demam sebab pembawakan budak. Heheh.. Ajew benor ler katenye tuw~ Harap bertahan dengan ‘Morning Sickness’ tu yea, abang. Jazakumullah khairan katheera. Jangan mengidam yang bukan-bukan pulak nanti. I love you. (^_^)



0

Semoga Istiqomah


~Assalamualaikum wbt~
~BismillahirRahmanirRahim~

Alhamdulillah. Usia perkahwinan sudah menjangkau lebih 1 bulan. *Ceh, tu pun nak update. ;p

Sejak dah berumah tanggga, aku terpaksa membiasakan diri bangun awal pagi. Huhuu. Jarak kuaters sekarang dengan pejabat lebih kurang 40km. Syukur sebab jalan tak banyak kenderaan, tak banyak simpang/selekoh dan yang penting tak banyak trafic light. Jalan lurus, besar dan lengang. Kalau drive 80-90km/j, amik masa 25-30minit. Kadang2, tekan sampai 100-110km/j (bangun lambat la!!), 20minit. Heheh.

Tapi yang paling utama adalah, solat awal. Bangun seawal jam 6 pagi. (*zaman bujang bangun pukul 6.30 pagi, baru terhegeh2 nak solat subuh. Huhu*). Tu pun sebenarnya mata dah terkebil sebelum jam bunyi, dah dengar suara dari masjid mengaji al-quran tapi aku tak bangun. Haih. Masih belum kuat semangat nak segerakan solat subuh nih. Huhu. Tapi sekurang-kurangnya, dah lebih awal dari zaman bujang. Pastu kelam kabut nak gosok baju, masak air dan kejut Incik Asben. Pukul 7.15pagi, aku dah kena readykan kereta. My limit time. Kalau lebih dari 7.15 pagi, tu yang kena tekan sampai 100-110km/j. Heheh.

Bila petang plak, aku solat Asar awal. Dengan Azan je, terus ke surau. Kalau tak dengar, tengok jam. Dah masuk waktu, terus solat. Sebab sampai umah nanti, dah dekat pukul 6 petang. Banyak kerja nak buat kat rumah dah. Tu yang solat awal. 

Nampak cam tak ikhlas plak solat awal kan? Bukan kerana mahu menyegerakan suruhan NYA tapi sebab risaukan hal dunia, hal rumahtangga. Huhuh. Hati tersentuh jugak bila fikirkan. Tapi cuba untuk positifkan diri.
Nanti lama-lama terbiasa, lama-lama ikhlas la kerana Allah swt.

Aku harap. Semoga diri terus istiqamah dan cuba segerakan solat di awal waktu. Insya Allah. 
Sama-sama lah kita yea.. Berusaha di jalan Allah dan berusaha jalankan Sunnah Rasulullah. Yok!! 
(^_^)



Back to Top