Pages

0

Istanbul, Aku Datang yang sentap!

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~


Baru2 ni aku copy cerita lakonan Tomok iaitu Istanbul, Aku Datang. Masa cerita ni on kat wayang, ade gak ajak incik suami pergi tengok tapi beliau macam tak berkenan. Haha. Tak pernah-pernah nak tengok cerita ala-ala jiwang kan. Selalu tengok action je.

So, pas solat maghrib, dengan semangatnya aku play cerita tu. Incik suami keluar setelkan hal dengan kawannya. makanya aku tengok sorang2 lah. Huhuu. 

Tapi start2 je cerita, ade feeling tak best. Hahaa. Ntah lah. Aku ade menyampah sikit dengan jalan cerita ala-ala omputih nih. Yang so modern sangat lifestyle nye. Kalau boleh, jangan say 'assalamualaikum' atau mention korang ni Melayu. If that so, aku boleh terima lakon layar terbabit. Hahahaa. Ntah pape aku nih kan? Tu kan lakonan, tiada kaitan dengan hidup dan mati. Hehh. 

Then sampai ke klimaks. Part Tomok bertumbuk ngan Beto. Then datang sorang perempuan bertumbuk plak ngan Lisa. Jeng3. So, Tomok dah curang ngan Lisa. Sebab tu dia layan tak layanje Lisa masa Lisa datang Istanbul. Takut kantoi ngan GF baru di sana. Hoh. Lisa so frustrated. I hate this part of the movie. Owh! Tiba2 aku sentap! Hahahaa. Dush! Dush! Dush! Pergi jauh2 itu memori! 

Then Beto bawak Lisa around Istanbul jalan2, nak pujuk. Tomok pun takde bawak Lisa jalan2. Sibuk katanya. Sibuk dengan GF baru and takut terkantoi. Ceh! Sentap lagik! Dush! Dush!

Finally, Lisa pilih Beto walaupun Tomok dah putus ngan GF barunya. Even Tomok ajak kahwin terus, but Lisa tetap pilih Beto. Hamboih. Ada orang tak layak diberi peluang kedua, dan ada orang lain yang lebih layak diberi peluang tersebut. Hmmm. 

Kesimpulan nya adalah, cerita ni wat saya buat muka senget pada awalnya kemudian sentap diakhir babak. Ceh. Apa2pun Lisa such a cute and sweet girl. Eh, ke lady? Hehe.

Sekian. (^_^)v

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Back to Top