Pages

0

Sedih La Sangat

~Assalamualaikum wbt~
~Bismillahirriahmanirahim~



Baru-baru ni wedding ceremony Mr. Ex. Tu pun tahu dari kawan ku yang memang kawan sekolah pengantin perempuan. kawanku bertanya kalau aku dijemput. Serius aku tak tahu wedding ceremonynya pada Ahad itu. Haih.

Aku tunggu juga lah mesejnya kot2 Mr. Ex nak jemput melalui telepon je. Hmmm..hampeh juga lah. *Hei, masa wedding aku, beria aku jemput korang taw. No Heart feeling, OK!!*

Tapi aku kirimkan salam pada pengantin lelaki. Dengan ucapan, "aku tunggu kad". Hehehhh.

Semalam, aku berjumpa kawanku dalam satu mesyuarat di Sg. Besar. So, bertanya la tentang majlis perkahwinan mereka itu. Turut dikhabarkan salam ku yang dikirimkan.


Kawan: Ej tanya kenapa tak jemput. Dia nak kad.
Mr. Ex: Aku takut dia sedih tengok aku bersanding.


Haha. Sebenarnya, yang lebih sedih adalah bila awak tak jemput saya tengok dan berkongsi hari bahagia awak. Apa yang awak takutkan? Saya pelik. Terima kasih la sebab nak jaga sangat hati dan perasaan saya ni. Ke takut awak yang sedih tengok saya datang dengan Incik Suami saya? Persoalan di situ. hehehh.

Apa-apapun, saya doakan kebahagian korang. Semoga Allah swt merahmati dan meredhai kalian suami isteri. Selamat membina hidup baru yang lebih baik dari dahulu. Semoga berbahagia hingga ke Syurga Firdaus.

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.


#Lupakan lah semua kenangan pahit, maafkan segala kesalahan. Aku mahu lupakan segala yang pahit dan simpan yang manis. Hei, kita pernah baik kan? Kenapa nak panjang-panjangkan sengketa? Kenapa nak ungkit yang sedih2? Chill-Lah!! Doakan yang baik2 sahaja. Mudah. Hidup ni mudah. Dan Indah. (^_^)



0 comments:

Post a Comment

Back to Top