Pages

0

Disember, banyak peringatan dari Allah

Assalamualaikum wbt~
BismillahirrahmanirrRahim~


Disember 2012.
Bermula dari 15 Disember 2012.
Satu kejadian yang aku tak sangka akan terjadi kepada diri sendiri. Dan tu satu petanda yang aku ni sangat leka dan cuai orang nye. Selama ni dok selumber je tinggal beg sana sini. *selalu kena sound ngan husband tengok beg baik2*

Handbeg hilang
Sendiri yang cuai sebab tinggalkan beg dalam kereta tapi takde sorok2. Letak macam tu je kat bawah seat penumpang depan tak cover pape. Pergi kenduri kahwin kejap. Tup2 masuk kereta, tengok beg dah takde. Kereta kena pecah guna masterkey kot sebab takde kesan pecah. Huhuu. Hampir nak nagis jugak tapi tahan je. Suami la yang ke hulu ke hilir tanya orang kat tepi jalan rumah kenduri kot dengar alarm kereta berbunyi. Hampa. Akhirnya, report polis dibuat di Balai Polis Sekinchan dan mula sibuk menyekat segala bagai line telipon dan kad2 bank. Huhu. *Yang paling terasa adalah beg. BEG HANTARAN KOTTTT!*

Tertipu di Mudah.
Ni incik suami. Selama ni memang beliau suka beli barang kt Mudah.com terutama barang kereta. Sekarang beliau tengah sibuk cari XBOX. Dulu dah beli tapi kena paw dengan sahabat baiknya. Hehe. So, beliau sedang giat mencari set XBOX 2nd di Mudah.com tapi kali ni kena tipu pulak. Duit dah bank-in tapi barang tak sampai2. Haih. Sian incik suami ku. 

Pindah Rumah.
Insik suami merancang nak pindah ke rumah kuaters yang lain. Tak jauh, depan rumah kuaters sekarang je pun. Hehe. Sebab nak lebih dekat dengan kawan baiknya, incik Zulazri. Jadi jiran belakang rumah la kononnya dan nak menjalankan projek tanam cili di kawasan laman. Tapi rasanya macam tak dapat rumah tu walaupun kami dah apply sebulan yang lepas. Minggu ni dapat tahu, jiran sebelah rumah potong line nak masuk rumah tu jugak. Hmm.. Sabar jer lah. Kita senyum jer lah tengok jiran sebelah tu yea.

Haih. Incik suami dah mengeluh. Dah agak down dalam minggu terakhir 2012. Aku pulak hanya mampu tersenyum dengan harapan dia akan tersenyum sama. Cuba untuk terima segalanya dengan Redha. Sebab walau apa yang terjadi, kami tetap berjaya meneruskan hidup dengan ceria dan penuh gelak ketawa. Semua kerana kami percaya dengan ujian dan janji Allah. Semoga ujian ini menjadikan kami lebih tabah mengharungi hidup di tahun 2013 nanti, Allah. Amin.


Selamat Tahun Baru 2013
Semoga amal dan ibadah kita semakin bertambah dari tahun sebelumnya. 
Semoga kita terus terpelihara daripada gangguan dan bisikan syaitan. 
Amin.

Wassalam~

0 comments:

Post a Comment

Back to Top