Pages

0

Semoga Istiqomah


~Assalamualaikum wbt~
~BismillahirRahmanirRahim~

Alhamdulillah. Usia perkahwinan sudah menjangkau lebih 1 bulan. *Ceh, tu pun nak update. ;p

Sejak dah berumah tanggga, aku terpaksa membiasakan diri bangun awal pagi. Huhuu. Jarak kuaters sekarang dengan pejabat lebih kurang 40km. Syukur sebab jalan tak banyak kenderaan, tak banyak simpang/selekoh dan yang penting tak banyak trafic light. Jalan lurus, besar dan lengang. Kalau drive 80-90km/j, amik masa 25-30minit. Kadang2, tekan sampai 100-110km/j (bangun lambat la!!), 20minit. Heheh.

Tapi yang paling utama adalah, solat awal. Bangun seawal jam 6 pagi. (*zaman bujang bangun pukul 6.30 pagi, baru terhegeh2 nak solat subuh. Huhu*). Tu pun sebenarnya mata dah terkebil sebelum jam bunyi, dah dengar suara dari masjid mengaji al-quran tapi aku tak bangun. Haih. Masih belum kuat semangat nak segerakan solat subuh nih. Huhu. Tapi sekurang-kurangnya, dah lebih awal dari zaman bujang. Pastu kelam kabut nak gosok baju, masak air dan kejut Incik Asben. Pukul 7.15pagi, aku dah kena readykan kereta. My limit time. Kalau lebih dari 7.15 pagi, tu yang kena tekan sampai 100-110km/j. Heheh.

Bila petang plak, aku solat Asar awal. Dengan Azan je, terus ke surau. Kalau tak dengar, tengok jam. Dah masuk waktu, terus solat. Sebab sampai umah nanti, dah dekat pukul 6 petang. Banyak kerja nak buat kat rumah dah. Tu yang solat awal. 

Nampak cam tak ikhlas plak solat awal kan? Bukan kerana mahu menyegerakan suruhan NYA tapi sebab risaukan hal dunia, hal rumahtangga. Huhuh. Hati tersentuh jugak bila fikirkan. Tapi cuba untuk positifkan diri.
Nanti lama-lama terbiasa, lama-lama ikhlas la kerana Allah swt.

Aku harap. Semoga diri terus istiqamah dan cuba segerakan solat di awal waktu. Insya Allah. 
Sama-sama lah kita yea.. Berusaha di jalan Allah dan berusaha jalankan Sunnah Rasulullah. Yok!! 
(^_^)



0 comments:

Post a Comment

Back to Top