Pages

2

Terengganu, Finally I'm HOME!!!

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Sabtu lepas, 8/12/2012, Incik Ahmad Shahir telah membuat keputusan nekad untuk ke Terengganu. Yahoo!! Walaupun pada mulanya dibantah dengan pelbagai alasan aku, beliau tetap nekad. Heheh.

Yang peliknya, keadaan fizikal aku yang sebelum ni macam malas2 dan sakit2 badan sejak berbadan dua terus hilang. Terus bertenaga meneruskan perjalanan ke sana. Hahaa. Nampak sangat mengidam nak balik Terengganu kan? Terima kasih Allah kerana gerakkan hati Suami untuk ke Terengganu. Alhamdulillah!

Bertolak jam 3 ptg dari Sabak Bernam memaksa kami (aku, incik Suami Ahmad Shahir, Zulazri dan Akma) berhenti bermalam di Marang kerana dah jam 12 malam. Driver dah tak larat nak drive dan kebanyakan hotel di Kuala Terengganu FULL. Monsun Cup dan Cuti Sekolah kan?


Esoknya terus ke Kuala Terengganu. tempat pertama adalah Masjid Kristal tapi masa kami tiba, hari hujan. Yelah, tengah angin monsun. Musim tengkujuh hujung tahun. Tapi Alhamdulillah, hujan kejap je. Kami round2 kt Masjid Kristal dan terus ke River Cruise. Incik Suami nak sangat naik. Sanggup pusing 2 kali nak cari kaunter. Hehe. Beliau sangat bersemangat!! Memang seronok naik River cruise!!

Petang, kami check in hotel di Qurata Riverview Resort. Pastu gi lepak kat Pantai Batu Buruk. Incik suami nak sangat naik kereta kuda. Sorang RM5. Haha.. Dapat jugak la naik. Pastu g Mydin Mall, tempat aku ngan Ekin selalu lepak masa study kt UMT dulu. Hehe.

Pagi Isnin, kami bergerak ke Pasar Payang. Beli apa yang patut sebab nak terus balik dah. Penuh tangan kiri kanan sampai nak keluarkan duit pun susah. Haha. Melampau kan? Bonet kereta pun penuh la sebab 4 orang punya barang kan?

Kami singgah berehat dan Lunch kat tepi Pantai Cherating, Pahang. Tiba2 incik Shahir dan Zul plan idea giler. Mahu bermalam di Cherating plak. Diorang ni pantang nampak tempat yang cantik2, sayang nak tinggal. Nampak pantai je, kaki terus melekat tak nak balik. Haiyoh~ Makanya kami bermalam di Cherating Bay Resort (sebab ade kolam renang). Malam tu masing2 berkubang dalam kolam renang sambil terpekik terlolong sebab kena usik ngan suami memasing. Hahaa. 

Pagi Selasa (Selangor cuti Keputeraan Sultan Selangor) kami terus gerak balik Selangor. Yang betul2 punya. Sampai rumah di Sabak Bernam jam 5 ptg. Aku sampai je umah terus melepek. Macam aku je  yg drive kan? Psiko betul. Hahaa. Kat Terengganu punya la bersemangat kan?

Tapi yang aku betul2 ngidam adalah benda ni bawah ini.

Keropok Lekor 007. Dekat Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Makan tanpa toleh kiri kanan. Masuk dalam bilik hotel, terus bukak. Tanpa buka lampu, kipas ke, aircond ke, tv ke. Ngadap benda ni dulu. Haha. Incik suami tergelak je tengok. Ni la benda yang isteri awak ngidam sangat2 nih. Hahaa. Apa2pun, terima kasih abang sebab bawak ayang g Terengganu. Nanti kita gi Gua Tempurung yang abang idam2kan sangat tu yea..hehe

p/s: Diorang dah plan nak ke Terengganu lagi tahun depan. Nak pergi mencandat sotong pulak. Bulan 4 rasanya. Haha. Time tu awak dah 7 bulan kot, InsyaAllah. Larat ke nak naik bot. Kang ade plak orang bersalin kat Terengganu. Heheee. 

Wassalam~

2 comments:

Nazhatul said...

Ejan:

merembes air liur aku tengook kopok lekor ni. dah lah tengah lapo. pedih dah perut aku ni. nasib baik ade lagi stok kopok lekor terengganu kat dlm freezer. balik ni boleh lah kukus balik & goreng. sedapnya.... nasib baik ade stok. kalau tak, ada lak orang yang kena pegi terengganu semata-mata nak beli kopok lekor nih. hahah.

Eyzan Encha said...

Hehee..seb baik ade stok kan..kire timing aku publish entry ni kena la kan. hehe

aku dapat makan masa kat sana dah puas dah. Melampau ngidam aku nih, seb baik incik suami prihatin dengan muka kesian sang isteri nak balik terengganu. Hehe

Post a Comment

Back to Top