Pages

4

Jangan hubungi aku lagi. Cukup doaku dari jauh. The End.

Berjumpa dengan seseorang yang pernah rapat dan mesra. Atas urusan rasmi, tiada yang lain. Be professional. Seperti yang pernah ayah kepada Incik S tafsirkan diri ku pada saat kami pertama kali berjumpa. Walaupun tahu ada hati sedang bergetar. Diri dikuatkan dengan mendengar lagu dari CD Maher Zain sepanjang perjalanan menuju ke situ. Sambil berisytifar banyak2 dan menjana diri menjadi lebih positif. 

Diri ini melihat dia tidak tersenyum tatkala menggamit aku dari dalam kereta. Ah. Suka hati lah. Mengekorinya dari belakang seperti melihat seseorang sedang mengawal ketat insan yang dahulunya di hati aku. Bangga ya buat begitu? Tak malu. Terlalu sayang kot. Bahagia? Mungkin. Dan harap kalian terus bahagia.

Aku berfikiran positif untuk memulakan salam perkenalan dengan seorang insan yang pernah menjadi saingan. Tak salah aku rasa. Kita bukan dalam pertaruhan itu lagi. Aku dah berikan kemenangan itu. Cukup lah salam perkenalan sebagai ucapan terima kasih. Tapi nyata pemikiran kita jauh berbeza. Awal2 kau dah menyorok dalam kereta sambil siap sedia memasang gajet pada insan itu. Kelakar aku rasa. Geli perut dibuatnya. Serius. Ah, kau belom mengenali aku siapa. Aku professional, ok. Rilex la beb. Tak lari gunung dikejar sampai nak spy kami macam tu. Lawak betul lah.

Urusan kami hanya memutuskan talian yang pernah dikongsi. Tak lebih. Sukarkah kau nak percaya kepada insan itu? Mungkin lah. Jika tahun pun bukan jaminan insan itu untuk setia, apetah lagi dengan kau yang baru dikenali, kan? Bagus lah tindakan kau itu. 

Duduk di dalam kedai telekomunikasi tu, aku dan insan itu seperti orang asing. Sungguh. Aku di Barat, dia memilih untuk duduk di kerusi Timur. Dan dibelakang kami, di luar kedai, kau sedang memerhati ketat kan? Hati aku sangat geli. Mahu ketawa. Tapi di tempat awam. Lalu aku hanya tersenyum sambil menutup mulut. Senyum lama. 

Urusan ku di kaunter belom selesai, aku telah ditinggalkan sorang2. Insan itu memberikan jalan yang aku harus lalui untuk pulang dan dia terus keluar. Sepertinya semua sudah dirancang awal2 apa yang harus dibuat. Aku agak tersentap disitu. Aku bersusah payah datang ke tempat yang asing bagi aku kemudian di tinggalkan begitu saja? Kawan kah itu? 

Buat insan itu, dulu kamu kata jangan menbenci kamu. Aku tak benci pun. Aku berharap terus positif dengan semua yang telah terjadi. Tapi apa yang kamu lakukan membuat aku nekad. Cukup la. Jika kamu mahu aku anggap kawan, jadi lah kawan yang jujur. Kawan tak buat apa yang kamu lakukan. Aku tak dahagakan kawan begitu. 


Semoga hidup kalian lebih baik selepas ini. Selamat Berbahagia hingga ke hujung nyawa.




Aku percaya kita "Bertemu dan berpisah kerana Allah". Dari situ letaknya KEPERCAYAAN dan REDHA. (^_^)

4 comments:

Nazhatul said...

tak perlu orang macam tu dalam hidup kita. tapi nak suruh orang lupakan, memang senang. sendiri yang rasa, payah sungguh nak melupakan, kan? nak2 bila banyak jugak yang manis masa kita dengan dia, rite?

nak jatuh cinta, sesaat pon boleh jatuh cinta. tapi nak melupakan, seumur hidup pon belum tentu kita dapat lupakan.

be strong ejan. aku yakin kau boleh buang dia terus dalam hidup kau.

Eyzan Encha said...

susah utk dilupakan, byk kenangan manis, susah senang 4 tahun. tapi mugkin dah tak perlu utk diingat lagi. tu jer yg termampu nk buat.

takyah kawan la kot sbb diperlakukan sprti org asing. wlpn mgkin dia terpaksa demi org yg dia syg. tapi cukup lah. asik ikutkn sgt org tu.

thax, yip. InsyAllah kita sama2 jadi kuat yea.
p(^_^)q

cik3zza said...

orang yang merampas memang sentiasa di selubungi misteri ciptaan sendiri. misteri bf dirampas balik atau bf dirampas orang lain. what goes around comes around. tu yang bila dah buat kat orang, dia akan sentiasa hidup dalam situasi berjaga-jaga. senang kata, BATAK.

tak matang langsung dengan men'control' atau 'rela di control'.. kemon la.. budak sekolah pun xbuat macam tu dah kotttt...

sayang konon. tapi kenapa sanggup jadikan orang yang kononnya tersayang tu kelihatan sangat bodoh dan lembik di mata orang lain. kesian~~~~

Eyzan Encha said...

yaa..the right word, TAK MATANG. umo dh 27 pun. tapi perangai cm budak SPM. Aku harap dia matang la pas jadi isteri kang.

KESIAN kan? tapi dah dia rela, demi mjaga hati insan tersayang. aku dulu dia tak wat camtu pun. kol,msg girls lain depan2 je. bagus la, sekurang2nye dh btambah baik, lebih mjaga hati org tersayang. tak kisah ape org pandang.

terbaik utk mereka. ^_^

Post a Comment

Back to Top