Pages

Showing posts with label blogwalking. Show all posts
Showing posts with label blogwalking. Show all posts
0

Copy: Kau Sayang Dia Lagi Ke?

Copy dari Blog Cikgu Kimia Shaza

Istilah sayang, suka dan sebagainya memang sukar mahu ditelah sebenarnya. Kalau kita suka seseorang, kadangkala bukan bermaksud kita mahukan dia sebagai teman istimewa. Kita mahu dia sebagai kawan sahaja. Ya, kawan yang memahami serta boleh duduk berbual dengan kita.

Tapi, itu yang kita selalu fikir. Malangnya bukan semua orang mampu merentas diri mereka sendiri dan lihat apa yang mereka mahukan dalam hidup. Lebih rela mencanang dan merencana benda lain sehingga terlupa apa sebenarnya kemahuan dalam hidup. Aneh-aneh sahaja manusia kan?
~Kadangkala hidup ini macam muzik. Tak semua yang kita dengar kita suka. Ada yang kita terpaksa dengar sebab perlu, dan ada yang kita tinggalkan sebab kita tak tahan. (Shafaza Zara, 2011)~


Aku ada terbaca dalam kicauan burung di Twitter.

"When your ex asks if you can still be friends right after a break up its the same thing as having a kidnapper tell you to keep in touch."

Jujurnya aku senyum membacanya.
Senyum dalam erti kata, setuju dan tidak setuju. Bergantung kepada keadaan juga kan? Tidak semestinya terus putus perhubungan bermaksud terus tiada istilah berkawan dan sebagainya. Tetapi itulah, bak kata seorang kawan aku, orang yang pernah kau sayang dan kau cintai, adalah hampir kepada negatif kemungkinan untuk berkawan selepas itu kecuali hati betul-betul kuat. Sekali lagi aku nyatakan, itu semua bergantung bagaimana peenrimaan kita sebagai manusia.
Mungkinlah.

Kawan : Aku baru lepas buang semua benda yang dia bagi. (aku x buang.pulang balik je)
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku dah tiada apa-apa lagi dengan dia. (hanya mau ingat kenangan sebagai kawan)
Aku : Kau buang, nanti kau ambil balik.
Kawan : Lupa nak cakap yang aku dah bakar sekali semua benda.
Aku : Kau kumpul abunya?
Kawan : Nak buat apa?
Aku : Mana tahu kau simpan dalam balang, letak atas meja.
Kawan : Tak adalah.
Aku : Kau sayang dia lagi.
Kawan : Tak. (sayang. sebagai orang yg pernah aku sayang. tak lebih)
Aku : Kalau kau tak sayang dia kenapa kau cakap pasal dia lagi?
Kawan : Aku kena bercakap dengan orang, kalau tak aku gila nanti.
Aku : Sebab itu aku kata masih ada terselit rasa sayang.
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa diam?
Kawan : Betul, kau betul. Aku memang sayang dia lagi.
Aku : Kau cakap dengan aku hari tu yang kau boleh kawan dengan dia lagi.
Kawan : Aku ingat aku boleh. Rupa-rupanya tak.
Aku : Kenapa?
Kawan : Macam aku je yang cari dia, macam aku je yang ingatkan dia lagi. Rasa bodoh pula.
Aku : Sebab kau betul-betul sayang dia.
Kawan : Tak juga aku rasa lepas berpisah tu. Cuma sebab dah terbiasa dengan kehadiran dia. (memang terbiasa)
Aku : Sebab rutin kan?
Kawan : Mana taknya, bangun BBM dengan dia, sepanjang hari pun BBM. Sebelum ada BBM, memang sentiasa SMS atau telefon.
Aku : Takpe. Rutin kau boleh ubah. (mengubah rutin dgn menjauhkan telefon)
Kawan : Aku baru sedar sesuatu.
Aku : Apa dia?
Kawan : Cara untuk rasa terluka, dilukai dan dikhianati hanya satu. Kekal bujang.
Aku : Itu kesimpulan yang kau dapat?
Kawan : Kenapa? Salah ke?
Aku : Bob Marley pernah berkata bahawa kenyataannya semua orang akan melukai kita, cuma kita perlu tahu yang mana lebih menyakitkan dan membawa lebih banyak sengsara.
Kawan : Boleh tak kalau aku pura-pura benda ni semua tak pernah terjadi?
Aku : Tujuan kau?
Kawan : Semoga ia tak menyakitkan aku lagi.
Aku : Pura-pura sesuatu benda itu tak pernah terjadi tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia akan membuatkan kau ada masalah untuk diselesaikan di kemudian hari.
Kawan : Habis apa aku nak buat ni?
Aku : Tukarlah rutin kau. Buat benda lain.
Kawan : Aku dah cuba. Ni pun aku tengah berusaha minta tukar ke cawangan lain. (rase nak apply tukar negeri lain)
Aku : Susah bersama dengan dia bawah satu bumbung?
Kawan : Sebab aku tahu aku akan sentiasa suka dia, maka itulah caranya yang aku dapat fikir. Jauhkan diri.
Aku : Semoga berjaya.
Kawan : Aku nak sangat berjaya.
~Mungkin kenangan itu patut disimpan sahaja. Dikeluarkan kalau perlu melihat apakah yang boleh kita belajar daripadanya. (Shafaza Zara, 2011)~ (setuju)


Satu benda yang aku belajar dalam hidup ini adalah, jangan pernah mudah mengalah.
Sebab selagi kita terus berusaha, selagi itulah jalan masih terbuka luas untuk kita tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Bukankah telah dinyatakan bahawa manusia itulah sendiri yang mampu mengubah nasib dirinya?

Kita semua berubah.
Tiada siapa mampu mengubah kita.
Dan kita mungkin boleh berubah disebabkan seseorang.
Dan itu lebih baik kalau kita berubah untuk diri kita sendiri.

Sayangi diri kita sendiri dahulu.
Itu sahaja.


* Yang kaler pink, aku jawab sendiri dlm hati. hik.
* Tak mahu terlalu membenci sebab menyakitkan diri sendiri. Cukup sekadar melayannya seperti kawan lama. Dan perlu tukar kata ganti nama. owh..please stop gelar diri sbgai 'Abg' lagi. and stop calling me 'ayang'. Kita kawan je kan skrg? Kalo tunang awak dengar cane? Mau meletop berapi2 beliau. Hahaa.
* Sungguh masih sayang. Sayang sebagai seorang kawan. Mahu lihat awak berjaya, bahagia dengan jalan yang awak pilih, jalan yang ditentukan olehNYA. 
5

FW: Surat Untuk Kekasih Baru Kau



 Aku baru pas bace Entry nih kat blog TerFakTab.

Peh. Aku suka giler surat nih. Terbaek dari ladang.hehe 


Jiwa aku tiba tiba nak tulis surat ini untuk awek bekas kekasih aku. Dah lama sebenarnya aku nak tulis. Cuma tu lah lama sangat aku biarkan entri ini bertajuk tanpa isi. Btw, surat ini hanya rekaan semata mata seperti mana Surat Untuk Bakal Suami Aku. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Jadi ayuh kita mulakan ok?

Kepada kekasih baru Ahmad (bukan nama sebenar),

Awak apa khabar di sana? Saya harap awak bahagia bahagia dengan Ahmad sekarang ni. Walaupun baru sebulan kami berpisah. Jangan risau. Saya sudah mula move on. Tak tahu lah dia dah move on ke belum. Cuba check dompet dia, ada lagi ke tak gambar cun saya dalam tu. Kalau ada tandanya dia masih rindu dengan saya. Tapi jangan risau. Nanti awak tukar lah senyap senyap gambar saya tu kepada gambar awak tu ok?

Untuk pengetahuan awak, saya yang dump budak Ahmad tu. Tahu kenapa? Sebab dia main kayu tiga dengan awak kat belakang saya masa sedang kapel dengan saya. Tapi tak mengapa. Saya dah lupakan semua tu walaupun awak membina kebahagian bersama dia di atas air mata saya. No more tears lah now. Saya harap awak jaga lah Ahmad tu baik baik. Yela. Takut dia main kayu tiga empat lima enama kat belakang awak pula lepas ni. Takut karma is hit you back my dear. Lagipun dia kan terkenal dengan sikap playboy dia tu. Baik awak hati hati ok?

Walaupun saya dah berpisah dengan Ahmad, saya harap awak jangan lah menghalang dia daripada bersahabat dengan saya. Dosa tahu tak kalau awak cuba rosakkan persahabatan orang lain demi kepentingan diri awak sendiri. Siapa kata dah berpisah tak boleh berkawan kan? Sebab itu saya tak pernah remove Ahmad daripada Twitter atau Facebook including Myspace dan Friendster. Eh. Awak mana tahu dia masih main Friendster sampai sekarang tahu. Awak kan urban. Mana nak pandang Friendster tu.hehe.

Kasihan Ahmad hari hari kena paksa dengan awak supaya remove saya dari semua social networking. Jangan lah begitu sayang. Kalau Ahmad betul betul remove pun. Saya tak kisah sangat. Setakat itu sahaja awak mampu buat. Sebab awak tak mampu nak padamkan semua memori cinta saya bersama Ahmad dalam minda Ahmad lain lah awak hentak ketuk kepala Ahmad kat dinding sampai dia hilang ingatan ye tak? Tapi saya tahu awak tak sanggup nak cederakan Ahmad sebab awak sayang dia kan =">

Kalau boleh. Saya mahu berkawan dengan awak. Mula mula memang lah saya marah dengan awak sebab awak jadi pihak ketiga dalam hubungan kami. Tapi sekarang saya dah ok. Saya rasa kita boleh tahu jadi kawan baik kalau kena dengan caranya. Tu lah. Awak masih tak sudi balas salam perkenalan saya. Takut sangat ke saya rampas Ahmad dari awak tu? Ke awak rasa bersalah dengan saya eh? Jangan risau lah. Saya tidak akan membina percintaan di atas air mata perempuan lain. Saya tak perli awak. Ini prinsip saya :)

Saya tahu awak masih suka stalk saya kat Facebook. Nak tengok apa yang saya dengan Ahmad bualkan kat sana. Padahal perbualan kami biasa sahaja. Mana ada main kata kata sayang macam awak buat kat Ahmad dulu masa dia masih lagi in a relationship dengan saya. Awak mungkin tak perasan status hubungan Ahmad kat Facebook sana masa tu kan?

Ahmad yang cerita kat saya. Katanya awak melenting gila bila hari tu saya ajak Ahmad pergi tengok wayang kat Facebook. Mungkin awak tak tahu. Ini tengok secara beramai ramai lah. Bukan berduaan dengan dia. Ada reunion sekolah. Tak kan awak tak tahu saya dengan Ahmad dulu satu sekolah dan satu kelas selama 5 tahun dari Form 1 sampai Form 5 kan.

Apa yang saya mahu. Saya harap awak akan lebih memahami perasaan Ahmad daripada saya. Saya harap awak akan tunjukkan pada saya yang you're worth it with Ahmad than me. Jangan pula nanti Ahmad yang kembali menagih kasih saya semula. Saya tak mahu itu terjadi.

Semoga awak bahagia dengan Ahmad tahu.

There are a huge space between me and him.
I hope you will occupy the space for him :')


*senyum-senyum sendirik bace entry nih. Xp 

Addicted Blogwalking

memang ngah rajin blogwalking..[rajin ke addicted?] terutama blog TERFAKTAB nih..dalam terfaktab ni plak aku suke ngan penulisan sorang gadis berstatus guru. dia menggelar dirinya 'LORD ZARA'. so aku pn jadi follower setia blog peribadi '.Dunia Sebelah Zara.'
artikel yg aku copy paste ni bertajuk Penatlah Pertahankan Cinta.Lepaskanlah. Ade mukadimahnya tapi aku suke part perbualan 'Lord Zara' ni ngan kawan dia.
 
Kawan : Penatlah berCINTA ni.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Macam-macam nak kena buat, nak kena fikir.
Aku : Memanglah cinta begitu kan? Sebab bukan seorang diri lagi.
Kawan : Kadangkala dah tak sanggup nak bercinta. Nak pertahankan hubungan.
Aku : Lepaskanlah tangan kalau tak nak.
Kawan : Nanti sunyi pula.
Aku : Orang lain tiada cinta, nak merasa cinta. Kau pula begini.
Kawan : Nak kena jaga hati orang yang kita cinta. Tak masuk lagi hati orang lain.
Aku : Sebab itu besar tanggungjawabnya.
Kawan : Masa belajar, nak bahagikan masa antara CINTA dengan belajar, diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan aktiviti lain. Bila dah kerja pun sama. Kalau terlampau fokus pada kerja, cinta mungkin terabai.
Aku : Cinta perlukan keseimbangan. Macam tindak balas kimia.
Kawan : Sekejap lagi keluar teori kemahiran hidup pula.
Aku : (ketawa) Kau nak guna 'timbang air' kalau nak tengok keseimbangan? Boleh.
Kawan : Hajat hati macam nak bertunang, tapi makin besar TANGGUNGJAWAB.
Aku : Apa kau nak takut?
Kawan : Tanggungjawab besar.
Aku : Habis kau tak nak kahwin? Lagi besar tanggungjawab.
Kawan : Boleh tak kalau tak kahwin?
Aku : Boleh. Tiada masalah.
Kawan : Keji! Kau makin menggalakkan.
Aku : Kita kena sokong kawan kalau dia memerlukan.
Kawan : Kau sokonglah aku tak kahwin sampai bila-bila?
Aku : Dah kau takut dengan apa itu tanggungjawab, maka tak payah. Aku malas nak tengok drama naik turun mahkamah atau jumpa pakar keluarga bila ada masalah.
Kawan : Ni cakap dengan kau ni?
Aku : Tiada bayaran. Aku boleh cakap pendapat aku tanpa bayaran.
Kawan : Habis tu, aku ni nak hidup seorang diri sampai bila?
Aku : Sampai kau sedar TANGGUNGJAWAB adalah satu amanah, bukan satu beban.
Kawan : Tiba-tiba rasa terpukul.
Aku : Tangan tak sampai nak pukul guna telefon.
Kawan : Kau ingat ni berlakon cerita hantu?
Aku : (ketawa) Fikirlah. Sampai bila kau hanya boleh berCINTA sahaja. Masa depan orang jangan buat main. Apatah lagi masa depan sendiri dan harapan keluarga.
Artikel ni buat aku teringat balik kat ayat2 dalam buku ''Aku Terima Nikahnya'' oleh Ustaz Hasrizal.

''Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara CINTA, kasih sayang,TANGGUNGJAWAB  dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Akan tetapi bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja.

Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.''

CINTA dan TANGGUNGJAWAB

aku paling ingat ayat nih-->''tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan'' (=.=)

[hohoo..ape cite pasal kahwin plak nih?. Selak Hati, ingat Ajal Maut, Jodoh Pertemuan, itu KERJA TUHAN, KERJA ALLAH. Kenapa perlu repot2? (slang indon) Aku di sini akan terus Percaya Janji Allah. InsyAllah.]  (^_^)







Back to Top