Kekasih Hati di alam mimpi dan fantasi.hehe |
Beberapa hari yang lepas, aku terpandang ayat ini. ‘Buat Kekasih Hati’. Sweet. Kalau ade orang yang tulis kad kecil dan bagi pada aku, rasa-rasanya mata aku akan berkaca-kaca.huhuu
Sangat mendalam maksud ‘Kekasih Hati’ ni. Tapi rasanya aku tak punya satu. Dulu ada, tapi kini dah jadi kekasih hati orang lain. Harap dia lebih bahagia berada di dalam hati yang baru itu. Senyum. Tapi pastinya senyum aku akan jadi lebih ikhlas jika aku lihat mereka akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Kenapa eh? Mungkin sebab aku akan rasa puas hati bila pengorbanan aku mengalah menyatukan mereka. Bukan pengorbanan yang sia-sia, mungkin. (setiap kali berhubung kembali, aku seperti berlakon menjadi kuat dan tabah di depannya. Bahawa aku baik-baik saja sendiri di sini. Hipokrik? Tak lah. Aku benar benar kuat dan tabah, tahu!!)
Walaupun ade beberapa orang teman yang sudah maklum dengan hubungan ‘Teman tapi Mesra’ aku dengan incik S, aku sendiri tak pasti dengan status hubungan ini. Kami amat la jarang bercerita tentang perasaan. Kalau bermesej pun, selalunya bercerita pasal kerja atau family (terutama anak buahnya yang comel dan ganas – NurDiana Najwa). Adakah kerana factor umur? Hahaa. 27 tahun. Sudah terlalu tua dan malu untuk meluahkan perasaan sendiri? Tak seperti di waktu umur 22 tahun? Mungkin la kot. Hehe. (aku sudah tua, ok. Tapi perangai tak melambangkan umur. Masih seperti remaja baru lepas SPM. Hahaa!! Wake up, please. Matang sikit.)
Kekasih Hati.
Saat ini belum betul-betul merasai. Bila disemak-semak balik, memang ade satu sudut ruang kosong dalam hati ni, perlu di isi dengan jawatan ‘Kekasih Hati’. Menunggu detik incik S mengisi kekosongan jawatan itu? ada sedikit harapan. Mungkin dia? Tapi aku tak nak mengharap tinggi sangat. Aku dah kapok dengan berharap yang indah2 dahulu. Akhirnya, aku perasan sendiri. Lalu di madukan. Hoi!! Jangan ingat lagi, bole tak??
Kepada bakal ‘Kekasih Hati’, sikit masa lagi kita berjumpa ya. Tapi aku tak pasti la bila. (percaya janji Tuhan, setiap manusia diciptakan berpasangan).
~Allah SWT menangguhkan sesuatu perkara itu kerana kasihNYA dan semua itu berada di bawah perancangan dan pengetahuanNYA.~
*Hero kecilku dah tido. Aku bentangkan selimut di tepi tilam dan terus letaknya di situ. Sedang aku kusyuk menaip, dia dah terlelap dengan posisi tidur nya macam-macam. Jam pun dah pukul 11, memang dah sampai waktu dia tido.
2 comments:
aku doakan kau jumpa dengan kekasih hati kau. dan kekasih hati tu betol2 orang yg boleh jaga kau, tak main2 kan perasaan kau, ikhlas dan jujur dengan kau dan dapat bimbing kau. insyaAllah.
babe, yang lama biarkn pergi. buka hati utk yang baru. dan tak salah pon kalau terkenang yang lama. dan jgn takut utk terima yg baru. hey, aku pun penah frust tau sebelum aku kawen. eheheh.. alhamdulillah aku jumpa suami aku. terima kaseh bnyk2 kat suami aku.
amin. thax yip..
tu la, aku rase aku takot nk terima yang baru.huhu.
Post a Comment