Pages

Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Wedding di Ipoh

Pada sabtu yang lepas, Raya ke 5, aku dan dua orang kawan rapat sejak zaman Dip gigih ke arah utara. Menghadiri wedding teman sekuliah di UPM dulu (pengantin perempuan dan lelaki). Alhamdulillah dan Tahniah buat mereka sebab agak lama mereka bercouple, sejak dari zaman Dip, membawa ke zaman Degree dan sekarang sudah ke alam pekerjaan. Bersatu juga mereka. ^_^

dari FB. Camera sendirik buat hal. So, xde amik pic mase wedding Ani n Yuh. Huhu

Nak dijadikan cerita, Ansar yang drive. Su jadi jurupandu arah. Aku? Tukang sedia kerete. hehe. Menuju la kami ke Ipoh. Sampai di Tol Sungkai, jalan nak start jammed. Kami keluar ke Sungkai, lalu jalan kampung. Clear. Best btol. Hehe. Masuk semula ke hihgway selepas yakin jalan tak jammed di Gopeng rasanya. Tak ingat. Tapi bawak tak bole laju sebab tibe2 hihgway tu ditutup 1 jalan. Tinggal 1 jalan je. So,beratur la kami dengan kereta2 yang lain. Bawak dlm area 60-70km/j. Ok lah kan. Gerak jugak.

Disebabkan ikut pelan dalam kad sangat, kami terlepas Exit Ipoh 138. dalam kad tulis Exit Ipoh 139. Exit seterusnya, nun Kuala Kangsar sana. Hambik. Dengan time tu aku ngah tahan nak terkucil, lega nampak RnR Sg. Perak. Pastu terus la kami ke Exit Kuala Kangsar utk U-Turn. Nak U-Turn ke semula Ipoh pn amik masa 1 jam kaw. Haha. Kalo tak, dah siap2 makan nasi minyak dah. Tapi dah terlajak plak. Hahaa. *Tak pe la, dapat lalu Terowong Menora 2 kali. Batak. Hahaha

Sampai kt Dewan Risda tu, terus makan2. Jumpe Cik Haulah. *Jangan jeles yea Puan Rifqah*. Ade jugak Khozaid n wife. Tak lame pastu, Tini datang. Pastu nampak Faisal n wife. Baby dia, sangat lentik bulu matanya. Laki plak tu. Cam biasa la, aku mesti mau dokong kalo nampak baby nih. Suke senyum plak tu. 

Sempat bergambar ngan pengantin, amik BERKAT. Heheh. Sambung duduk, sembang2 sampai nak terkeluar anak tekak sebab diorang pasang lagu kuat sangat. Tup2 menderu motor2 kuasa besar lalu. Linda Onn datang rupenye. Ni betul2 Linda Onn ok. Tapi kami pandang2 jer lah dia makan. Nak ajak bergambo, tengok cam penat je Linda tu. Makan bersungguh. Hehe.  

Jam dah pukul 3 petang. Kami bersurai. Kat luar, terserempak dengan Munirah n husband. Sesat cam kami gak, ke Kuala Kangsar. hehe. Balik tu, kengkonon nak beraya rumah Haulah jap. tapi jalan jammed la plak. Tak kesampaian la nak singgah sebab takut sampai KL lambat nanti. *Next year yea, Haulah*

Meneruskan perjalanan ke KL lalu jalan kampung. Aku yang selama ni tak pernah heran dengan Laporan Skuad Peronda Hot, beria kuatkan volume setiap kali dengar. Kuala kangsar-Ipoh jammed, Bidor jammed, Sungkai jammed. Agak2 sampai Behrang, baru la kami masuk hihgway. Jalan clear. Alhamdulillah. *mase berhenti solat di Petronas di Pekan Bidor, doa semoga perjalanan baik, tak tersangkut jammed. Alhamdulillah. Makbul.* ^_^ 

Menuju ke KL pn jalan clear. kekadang je kena 'cucuk' ngan driver yang kurang sabar. Seb baik Ansar yang drive. Kalo aku, dah cuak kot. Hehe. Sampai Serdang, makan nasi lemak kat Bistro depan South City Plaza sebab semua kedai makan melayu tak bukak lagi. huhu. Diorang dah serba salah sebab aku tak makan kt Mamak. Hehe. Tapi ade nasi lemak, aku gagah kan jugak makan kt situ. Order air Kopi Ais, giler susu banyak. Manis sangat, tak rasa kopi pun. Haih. *Pasni aku order air kosong jer, sedap jugak tekak aku nk minum*

Hantar Su ke rumah, then kami balik ke Banting. Sampai umah Ansar kul 10.30 malam. Sampai umah aku kul 11 malam. Tapi aku dah anta repot kat mak aku. Kalau tak, risau la dia kt anak dara nya yang sorang ni. Hehe. 


p/s: Doa dan minta pada Allah. InsyAllah, Allah bantu. Jangan sombong sangat. Minta la pada NYA. Aku minta dimudahkan perjalanan, tak tersangkut jammed, selamat sampai, Alhamdulillah. Memang tak tersangkut sangat. setakat sangkut kat trafic lite je. Biasa lah tu. Kereta dah banyak. Tenkiu, Allah. ^_^


Note: Incik S nak datang umah, tapi aku g Ipoh. Padahal aku yang beria suh dia datang umah beraya. Hehe. Nanti la, Incik S. Hari Malaysia nanti yea. ngan Mak ayah sume. (^_^) 
2

MariMar Macam Aku? eh, terbalik

Aku yang macam MariMar.hehe. Ni Makcik2 aku yang cakap. Sebab? Mula2 aku pun kompius, nape diorang cakap camtu. Yelah, mane de masa nak layan cite MariMar tu. Sejuta Cinta Marshanda tu pun dapat layan 10 minit jer.hehe. So tak tau la story line dia.

sebab MariMar suka bawak anjing dia.
Rupa2nye, yang sama nye sebab kami suka bawak binatang ke mana-mana. Ni mesti mak aku ringan mulut pegi cerita kat makcik2 aku nih. Bile masa tah. Aktiviti aku yang suka angkut kucing pergi balik kampung tu diorang dah tau rupenye. hehe. *Yelah wak, kite bukan ade laki nak teman balik kampong. Kucing pun jadi lah.huhuu*


Wak Nor: Ko ni dah macam MariMar la wak tengok.
Aku: Eh, Nape pulak?
Wak Nor: Yelah. MariMar tu, Pegi mana2 bawak anjing. Ko pun bawak anjing jugak, tapi anjing kecik.
Aku: Yeke..Jadi orang ni kira macam MariMar la kan.. Cantik pun macam MariMar jugak kan? Kan? Wak nak cakap macam tu kan sebenarnye? Hahaha
Wak Nor: Yelah2. Macam Marimar jugak lah tu.
Aku: Hahaa. *Gelak nakal. Berjaya usik Wak aku.hehe 

(Susah kalau dapat anak buah yang kuat perasan nih.)



Bole ke aku chantek cam MariMar nih? Dalam mimpi lah!!

8

Fizikal je yang Letih tapi Hati Sihat Ceria

Hohoo..fizikal memang letih, penat. Sabtu lepas rumah buat kenduri tahlil. First time. Sebab dulu rumah kecik, tak muat nak buat kenduri. Selalu gi umah makcik2 ngan pakcik2 yg lain.hehe. sekarang, Alhamdulillah. Dah bole buat Tahlil di rumah. Dan aku penat.huhuu. Baru 1 hari kenduri, Tahlil jer pun. Tapi rase tak larat.huhu. Minggu depan nak Kenduri Kahwin. Lagi lah. Aku tak bole nak bayangkan penatnye macam mane.huhu. Dah la aku ni kuat tido. Sayang ngan mata nih.hehe. Harap semuanya baik2 sahaja masa majlis tu nanti. Aminn.

sekarang ni pun mata mengantok.pedih pedih.hehe. Kerja harus diselesaikan semua. Sok hari last keje, pastu nak cuti lama. (kalahkan pengantin plak). 

Semalam on the way balik Tg Karang, singgah ke  Klang. Melawat si kecik Nurdiana Najwa. Suda bulat la dia. Aku sampai umah, dia ngah tido dalam buai. Alaa..tido plak. ingat nak main2.huhuu. Makcik ajak makan nasi lemak dan serawa durian. Kenyang sungguh. Pakngah ajak teman gi carik wallet dia yang hilang@ tercicir. Tah cam mane bole cicir. Gi tanya kt tokey kedai makan kt pekan Sg. Udang tu. Innalillah, memang takde. (Pakngah takde ic..dia kata kalau Polis tangkap, diorang hantar balik Denmark. Ceh! Perasan!)

Balik ek umah Pakngah, dengar najwa nangis. Hajar kata Najwa mandi. Owh..patut la nangis. Najwa pandang aku, wat2 muka sombong. Hoo..sombong eh Najwa. Comel dia pakai baju kelawar. Ade jugak baju kelawar tuk budak2 eh. Mak dia (Kak Ti) nak sikatkan rambut, dia marah. haha.. najwa..najwa.. Dia dah sebok ngan bola2 dia (anak ayah betol. Ayah dia @ Along memang kaki main Futsal). Elok2 Najwa amik bola tu, terus ke pangkuan aku. Eh? Saje nak test market la tu. tadi buat2 sombong eh. Geram.

Najwa dan Beca yg Atok buatkan. Pakai baju yg aku hadiahkan masa 1st Bufday

Najwa panggil baju aku 'Yeyek'. Aku terima sebagai Cantik.haha.. Bukan ke 'yeyek' tu cam jijik? hehe. Tapi Najwa maksudkan cantik kan? kan? kan? Nanti suruh Ibu belikan eh. Kalau tak pun, Wan bole belikan. Nak pau Maksu pun bole. Kan selalu buli Maksu? hehe

Najwa dah pandai buat muka. Bila Wan dia kata "Najwa, senyum". najwa senyum.tapi more macam sengih la. Chomel. "Najwa, geram". Uih..geram betol muka dia. Aku gelak bersungguh. Pandai tol Najwa. "Najwa, cebik". Haa..ni palilng best. Siap kerut2 dahi. Kelakar betul. Faham plak Najwa nih. Anak Bijak!!. Bila Wan dia kata "Siapa Nurdiana Najwa, angkat tangan!!". Terus Najwa angkat tangan. Pandai nyeeee. Geram lagik. Elok plak tu duduk sebelah aku.
 
Muka cebik Najwa. Siap kerut dahi.
Ibu dia lagi la. "Najwa, gi cubet  Wan". Tangan Najwa dah geram2 nk cubet orang. Tapi tak jadi nak cubet. "Gi cubet dada Pakngah". Hahaa.. Mau Pakngah lari. "Najwa cubet sakit taw". 

Agak lewat gak aku gerak balik dari rumah Klang tu. Macam tak mau balik, sebab ngah seronok melayan Najwa. Pakngah plak beria suh aku sambung cuti terus, suruh aku temankan dia gi Putrajaya sok, nak buat IC baru. Weekk..orang ta mau teman. Adik Hajar kan ade. Nanti Makcik cakap ape plak. Debik kang? 

Sampai Tg Karang pukul 10 malam. Badan memang dah letih. Takde hati nak tengok Mentor ke, hape. Aku just  humban baju2 kotor dalam washing machine, pastu tido. Tido dalam senyuman. Sebab seronok dapat habiskan masa di Klang, main dengan Najwa, buli Pakngah depan mak dia.hehe. (^_^)


*Pakngah = Incik S



Back to Top