Pages

0

Istanbul, Aku Datang yang sentap!

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~


Baru2 ni aku copy cerita lakonan Tomok iaitu Istanbul, Aku Datang. Masa cerita ni on kat wayang, ade gak ajak incik suami pergi tengok tapi beliau macam tak berkenan. Haha. Tak pernah-pernah nak tengok cerita ala-ala jiwang kan. Selalu tengok action je.

So, pas solat maghrib, dengan semangatnya aku play cerita tu. Incik suami keluar setelkan hal dengan kawannya. makanya aku tengok sorang2 lah. Huhuu. 

Tapi start2 je cerita, ade feeling tak best. Hahaa. Ntah lah. Aku ade menyampah sikit dengan jalan cerita ala-ala omputih nih. Yang so modern sangat lifestyle nye. Kalau boleh, jangan say 'assalamualaikum' atau mention korang ni Melayu. If that so, aku boleh terima lakon layar terbabit. Hahahaa. Ntah pape aku nih kan? Tu kan lakonan, tiada kaitan dengan hidup dan mati. Hehh. 

Then sampai ke klimaks. Part Tomok bertumbuk ngan Beto. Then datang sorang perempuan bertumbuk plak ngan Lisa. Jeng3. So, Tomok dah curang ngan Lisa. Sebab tu dia layan tak layanje Lisa masa Lisa datang Istanbul. Takut kantoi ngan GF baru di sana. Hoh. Lisa so frustrated. I hate this part of the movie. Owh! Tiba2 aku sentap! Hahahaa. Dush! Dush! Dush! Pergi jauh2 itu memori! 

Then Beto bawak Lisa around Istanbul jalan2, nak pujuk. Tomok pun takde bawak Lisa jalan2. Sibuk katanya. Sibuk dengan GF baru and takut terkantoi. Ceh! Sentap lagik! Dush! Dush!

Finally, Lisa pilih Beto walaupun Tomok dah putus ngan GF barunya. Even Tomok ajak kahwin terus, but Lisa tetap pilih Beto. Hamboih. Ada orang tak layak diberi peluang kedua, dan ada orang lain yang lebih layak diberi peluang tersebut. Hmmm. 

Kesimpulan nya adalah, cerita ni wat saya buat muka senget pada awalnya kemudian sentap diakhir babak. Ceh. Apa2pun Lisa such a cute and sweet girl. Eh, ke lady? Hehe.

Sekian. (^_^)v

Wassalam
0

Sedih La Sangat

~Assalamualaikum wbt~
~Bismillahirriahmanirahim~



Baru-baru ni wedding ceremony Mr. Ex. Tu pun tahu dari kawan ku yang memang kawan sekolah pengantin perempuan. kawanku bertanya kalau aku dijemput. Serius aku tak tahu wedding ceremonynya pada Ahad itu. Haih.

Aku tunggu juga lah mesejnya kot2 Mr. Ex nak jemput melalui telepon je. Hmmm..hampeh juga lah. *Hei, masa wedding aku, beria aku jemput korang taw. No Heart feeling, OK!!*

Tapi aku kirimkan salam pada pengantin lelaki. Dengan ucapan, "aku tunggu kad". Hehehhh.

Semalam, aku berjumpa kawanku dalam satu mesyuarat di Sg. Besar. So, bertanya la tentang majlis perkahwinan mereka itu. Turut dikhabarkan salam ku yang dikirimkan.


Kawan: Ej tanya kenapa tak jemput. Dia nak kad.
Mr. Ex: Aku takut dia sedih tengok aku bersanding.


Haha. Sebenarnya, yang lebih sedih adalah bila awak tak jemput saya tengok dan berkongsi hari bahagia awak. Apa yang awak takutkan? Saya pelik. Terima kasih la sebab nak jaga sangat hati dan perasaan saya ni. Ke takut awak yang sedih tengok saya datang dengan Incik Suami saya? Persoalan di situ. hehehh.

Apa-apapun, saya doakan kebahagian korang. Semoga Allah swt merahmati dan meredhai kalian suami isteri. Selamat membina hidup baru yang lebih baik dari dahulu. Semoga berbahagia hingga ke Syurga Firdaus.

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.


#Lupakan lah semua kenangan pahit, maafkan segala kesalahan. Aku mahu lupakan segala yang pahit dan simpan yang manis. Hei, kita pernah baik kan? Kenapa nak panjang-panjangkan sengketa? Kenapa nak ungkit yang sedih2? Chill-Lah!! Doakan yang baik2 sahaja. Mudah. Hidup ni mudah. Dan Indah. (^_^)



2

Incik Asben Demam?



~Assalamualaikum wbt~

~Bismillahirrahmanirahim~





Sketsa


*Talipon~ *Talipon berbunyi~



*Nombor yang tidak dikenali. Dalam hati bajet, ni mesti orang MBSB suh buat Loan. Heh.



Suara 1: Hello. Assalamualaikum~

Aku      : Waalaikumussalam~

Suara 1: Sibuk ke tu?

Aku      : Err..agak la.

Suara1 : Banyak kerja ke?

Aku      : Err..sape ni?

Suara1 : Aiii…suara laki sendiri pun tak kenal ke? (perli)

Aku      : Eh. Eh.. Hahaa.. Suara sengau.. Lain. Pakai henset sapa nih? (ayat cover)




Incik Suami baru nak baik demam urat dan selesema. Kesan balik dari kursus di Pulau Pangkor minggu lepas. Demam sampai muntah-muntah. Tu yang suaranya sengau sikit dan lain. Telefon pun dari henset kawannya yang aku tak save nombor. Harus la aku berlagak tanya siapa. Heheh. Isteri awak ni garang tau dengan orang yang tak dikenali. ;p





Note: ofismate nye kata, incik suami demam sebab pembawakan budak. Heheh.. Ajew benor ler katenye tuw~ Harap bertahan dengan ‘Morning Sickness’ tu yea, abang. Jazakumullah khairan katheera. Jangan mengidam yang bukan-bukan pulak nanti. I love you. (^_^)



0

Semoga Istiqomah


~Assalamualaikum wbt~
~BismillahirRahmanirRahim~

Alhamdulillah. Usia perkahwinan sudah menjangkau lebih 1 bulan. *Ceh, tu pun nak update. ;p

Sejak dah berumah tanggga, aku terpaksa membiasakan diri bangun awal pagi. Huhuu. Jarak kuaters sekarang dengan pejabat lebih kurang 40km. Syukur sebab jalan tak banyak kenderaan, tak banyak simpang/selekoh dan yang penting tak banyak trafic light. Jalan lurus, besar dan lengang. Kalau drive 80-90km/j, amik masa 25-30minit. Kadang2, tekan sampai 100-110km/j (bangun lambat la!!), 20minit. Heheh.

Tapi yang paling utama adalah, solat awal. Bangun seawal jam 6 pagi. (*zaman bujang bangun pukul 6.30 pagi, baru terhegeh2 nak solat subuh. Huhu*). Tu pun sebenarnya mata dah terkebil sebelum jam bunyi, dah dengar suara dari masjid mengaji al-quran tapi aku tak bangun. Haih. Masih belum kuat semangat nak segerakan solat subuh nih. Huhu. Tapi sekurang-kurangnya, dah lebih awal dari zaman bujang. Pastu kelam kabut nak gosok baju, masak air dan kejut Incik Asben. Pukul 7.15pagi, aku dah kena readykan kereta. My limit time. Kalau lebih dari 7.15 pagi, tu yang kena tekan sampai 100-110km/j. Heheh.

Bila petang plak, aku solat Asar awal. Dengan Azan je, terus ke surau. Kalau tak dengar, tengok jam. Dah masuk waktu, terus solat. Sebab sampai umah nanti, dah dekat pukul 6 petang. Banyak kerja nak buat kat rumah dah. Tu yang solat awal. 

Nampak cam tak ikhlas plak solat awal kan? Bukan kerana mahu menyegerakan suruhan NYA tapi sebab risaukan hal dunia, hal rumahtangga. Huhuh. Hati tersentuh jugak bila fikirkan. Tapi cuba untuk positifkan diri.
Nanti lama-lama terbiasa, lama-lama ikhlas la kerana Allah swt.

Aku harap. Semoga diri terus istiqamah dan cuba segerakan solat di awal waktu. Insya Allah. 
Sama-sama lah kita yea.. Berusaha di jalan Allah dan berusaha jalankan Sunnah Rasulullah. Yok!! 
(^_^)



0

Aku, Air Kosong dan Kopi


~Assalamualaikum wbt~
~Bismillahirrahmannirrahim~


*Alhamdulillah, hari ni internet ok. Dapat la aku buat kerja yang berkaitan dengan penggunaan internet hari ni. AgrIs Geoportal. Huhuu. Harap-harap boleh la setel 50%. Sebab kerja ni pun agak cerewet. Nak tekan sana. Pastu tekan sini. Pastu simpan. Harap-harap data tak hilang lah. Permudahkan lah urusan kerja ku. Semoga mendapat redha-MU. Amin~*

Air Kosong @ Suam
Setiap pagi, aku memulakan rutin pemakanan dengan minum segelas air kosong. Kadang-kadang tak sempat, aku telan masa drive dalam kereta. (Don't Drink and Drive. Hehe). Memang bawa bekal air kosong dari rumah. Dah jadi kewajipan sampai nak jalan2 pun bawa air sendiri. Botol dah ade kan. 

Ala-ala gini la botol air aku tapi cantik lagi sebab ade cop JABATAN. Heheh.
Tapi rasa nak beli botol baru. Yang lebih besar. Dapat 1.5L ke. Puas hati minum sebab aku peminum air kosong yang tegar. Office hour je mau 5-6kali gi toilet buang air. Hehehe. Ok la ka. Aku anggap tu la cara nak wat regangan badan ngan kaki sikit.. Sebab kerja aku banyak duduk depan PC.



Kopi

Opss.. bukan kopi nih. Tak berbaloi, hokeh!! Padahal McD memang takde pun kat sini. nak dapat celah mana. Lagipun, aku kan kolot orangnye. Mane mau sarapan kopi instant McD yang mahal dan tak berbaloi nih. Setakat ikut trend je lah, cam orang pekan, orang moden. Ade aku kesah? ;p


Aku suka kopi. Sejak dah bekerja nih, makin suka kopi. Plak tu ade baca artikel, Nabi Muhammad s.a.w. suka kopi. So, haruslah aku dengan jayanya mahu menjalankan sunnah yang aku pun suka nih. Moga dengan harapan dapat syafaatnya juga nanti.

Kalau sarapan, aku akan order KOPI panas kurang manis. Walaupun dah kurang gula, aku tak kacau habis gula kt kopi aku, So, ade pahit-pahit sikit. SEDAP! SEDAP! SEDAP!

Tapi sekarang, aku dah start minum kopi premix. Rutin kehidupan sekarang (sejak dah kahwin dan jarak rumah ke opis semakin jauh), aku terpaksa bancuh siap-siap kopi premix dari rumah. Tak dan nak minum kat rumah (bangun lambat terhegeh-hegeh, memang la tak sempat. Hahaahampeh). Kat opis plak, unit aku takde water heater. So, kena la buat dari rumah. Ni la kopi fevret dan wajib bagi aku. Afeeya Cafe keluaran Eskayvie.


Ha, ni bukan nak promote barang sendiri tapi serius, kopi ni sedap dan lain dari yang lain. INI SERIUS!!




Well, aku rasa berbaloi je kot minum kopi nih. RM1 1sachet. Extra herba lagi. Tunjuk Langit dan Ubi Jaga. Gula plak 50% guna stevia. 


Kat umah, ade kopi cap kapal api. Tu tuk wat kopi untuk tetamu. Buat kopi o. Dah pandai la sikit-sikit buat kopi o. Nak try buat kopi o kaw yang pekat. Hmmm..bile tah tu. Heheh.
0

New items. 'Hyrdalisse dan Reduce oleh Eskayvie'

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~


Sekarang ni saya sedang excited. Mengapakah? Kerana ini.............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Set Penjagaan Kulit muka oleh ESKAYVIE----HYDRALISSE--

Set HYDRALISSE ni dah ade dalam stok. Saya dah dapat 1 set. geram je tengok. Bila nak try nih. geram tengok cleanser, toner ngan liquid foundation. Tunggu masa je nak try nih. Haih. haih.

Next, saya tunggu REDUCE in the house. Bos (EC Kuala Selangor, Pn. Herny Marini) belom hantar ke rumah stok yang baru nih.
.
.
.
.
.
.
.
Body weight management oleh ESKAYVIE---REDUCE---

So, ade sape2 berminat nak order atau nak tau dengan lebih lanjut? Komen je.. email me at ezzan2003@gmail.com. (^_^)
0

Not Perfect versus Can't Be Perfect

Assalamualikum~
Bismillahirrahmannirrahim~


Hilangkan semua Dendam. Bersihkan hati dari Buruk Sangka.

Yet, kita manusia biasa. Serba kekurangan. Yes, we're not perfect. But, it doesn't mean we can't be perfect. Itu hanya alasan bagi orang yang tak mahu berubah, tak mahu terima perubahan. Sebab selalunya alasan ni keluar bila ditegur untuk jadi baik sikit, jadi lain sikit. 

Sebab perfect tu sempurna. Bila sempurna tu baik lah, kan? Kenapa nak beralasan ke arah kebaikan, tapi dah tau diri serba kekurangan (kurang ilimu, kurang adab, kurang sopan, kurang ajar etc). Tapi kita selalu anggap serba kekurangan tu (can't be perfect) dari segi fizikal. Kurang cantik, kurang bercakap, kurang tinggi, kurang putih, kurang...kurang2 yg lain lah. Part tu memang lah can't langsung nak ubah. Allah dah ciptakan kita dengan baik sebenarnya. Cuma kita yang kurang menghargai dan mensyukuri fizikal @ kezahiran kita. Dah la tak bersyukur, jadikan pulak tu sebagai alasan tak nak berubah.Allah bukan menilai kita dari fizikal, tapi dari hati kita, amalan kita menuju jalan NYA.


#Benda ni selalu bermain-main dalam hati. Kenapa berdegil nak berubah jadi baik? Kenapa bagi alasan? 
(=.=")
Back to Top