Pages

0

Aku, Air Kosong dan Kopi


~Assalamualaikum wbt~
~Bismillahirrahmannirrahim~


*Alhamdulillah, hari ni internet ok. Dapat la aku buat kerja yang berkaitan dengan penggunaan internet hari ni. AgrIs Geoportal. Huhuu. Harap-harap boleh la setel 50%. Sebab kerja ni pun agak cerewet. Nak tekan sana. Pastu tekan sini. Pastu simpan. Harap-harap data tak hilang lah. Permudahkan lah urusan kerja ku. Semoga mendapat redha-MU. Amin~*

Air Kosong @ Suam
Setiap pagi, aku memulakan rutin pemakanan dengan minum segelas air kosong. Kadang-kadang tak sempat, aku telan masa drive dalam kereta. (Don't Drink and Drive. Hehe). Memang bawa bekal air kosong dari rumah. Dah jadi kewajipan sampai nak jalan2 pun bawa air sendiri. Botol dah ade kan. 

Ala-ala gini la botol air aku tapi cantik lagi sebab ade cop JABATAN. Heheh.
Tapi rasa nak beli botol baru. Yang lebih besar. Dapat 1.5L ke. Puas hati minum sebab aku peminum air kosong yang tegar. Office hour je mau 5-6kali gi toilet buang air. Hehehe. Ok la ka. Aku anggap tu la cara nak wat regangan badan ngan kaki sikit.. Sebab kerja aku banyak duduk depan PC.



Kopi

Opss.. bukan kopi nih. Tak berbaloi, hokeh!! Padahal McD memang takde pun kat sini. nak dapat celah mana. Lagipun, aku kan kolot orangnye. Mane mau sarapan kopi instant McD yang mahal dan tak berbaloi nih. Setakat ikut trend je lah, cam orang pekan, orang moden. Ade aku kesah? ;p


Aku suka kopi. Sejak dah bekerja nih, makin suka kopi. Plak tu ade baca artikel, Nabi Muhammad s.a.w. suka kopi. So, haruslah aku dengan jayanya mahu menjalankan sunnah yang aku pun suka nih. Moga dengan harapan dapat syafaatnya juga nanti.

Kalau sarapan, aku akan order KOPI panas kurang manis. Walaupun dah kurang gula, aku tak kacau habis gula kt kopi aku, So, ade pahit-pahit sikit. SEDAP! SEDAP! SEDAP!

Tapi sekarang, aku dah start minum kopi premix. Rutin kehidupan sekarang (sejak dah kahwin dan jarak rumah ke opis semakin jauh), aku terpaksa bancuh siap-siap kopi premix dari rumah. Tak dan nak minum kat rumah (bangun lambat terhegeh-hegeh, memang la tak sempat. Hahaahampeh). Kat opis plak, unit aku takde water heater. So, kena la buat dari rumah. Ni la kopi fevret dan wajib bagi aku. Afeeya Cafe keluaran Eskayvie.


Ha, ni bukan nak promote barang sendiri tapi serius, kopi ni sedap dan lain dari yang lain. INI SERIUS!!




Well, aku rasa berbaloi je kot minum kopi nih. RM1 1sachet. Extra herba lagi. Tunjuk Langit dan Ubi Jaga. Gula plak 50% guna stevia. 


Kat umah, ade kopi cap kapal api. Tu tuk wat kopi untuk tetamu. Buat kopi o. Dah pandai la sikit-sikit buat kopi o. Nak try buat kopi o kaw yang pekat. Hmmm..bile tah tu. Heheh.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top