Pages

0

Februari oh Februari

Bulan Februari ni jadual pack sehingga pertengahan bulan. Aku harap pastu back to normal task. *tak mencabar la hidup normal macam tu je, kan?

5hb Join Perarakan Mulidur Rasul anjuran UMNO Parlimen Tanjong Karang. Seronok juga sesekali berarak. Berselawat ke atas Nabi Muhammad saw beramai2 mengelilingi pekan Tanjong Karang. Paling seronok tengok gelagat kanak2 Sekolah rendah yang join. Sangat bersemangat berselawat. Dan yang tak dapat kontijen kami lupakan, ADUN Parlimen Tg Karang, merangkap our BIGBOSS-Menteri Pertanian tumpang berarak bersama. Teruja masing2. Hehe.

8hb akan ada mesyuarat persedian untuk mesyuarat 9hb. Aku perlu bentangkan slaid tuk perbincangan dan buat pembetulan mana yang patut. Oh, Bos. Please, jangan suruh saya yang present utk 9hb tu. Nanti meting tu akan berlangsung selama 10minit sahaja. Huhu. Bos pun tau saya suka baca slaid laju2. Huhu. Please la, Bos~

9hb meting bersama syarikat2 pengeluar swasta. Harap2 semua akan berjalan lancar dan misi tercapai. InsyAllah, aminn~

10hb aku kena kemaskini data kursus pegawai dalam AgrIs GeoPortal. Dapat surat dari Kak Deno HQ minggu lepas. Haish, time sibuk2 ni la, semua nak repot. Nasib dah kemaskini hujung tahun 2011 masa nak wat SKT. Semoga line internet dan sistem ok pada waktu itu. Kuatkan lah semangat. InsyAllah.

13hb-16hb akan berada di ILPP Serdang. Kursus Train the Trainer. Sungguh tiada mood untuk berkursus. Kursus pengucapan awam plak tu. Aiyark. Aku tau bos memang nampak kelemahan Penolong2 ni semua. Sangat tidak pandai mengendalikan ceramah. Asik nak harapkan 41 ngan 48 je. Huhu. Baiklah, kami menurut perintah. Semua ni untuk kebaikan kita bersama kan? Huhuuu~ 



p/s: Harap Februari cepat berlalu? Erk?!!?!

0 comments:

Post a Comment

Back to Top