Pages

0

Ape korang dengar masa memandu atau dalam kereta?

Setiap minggu, menjadi rutin bagi aku untuk pulang ke kampung yang jaraknya lebih kurang 200km, 3 jam perjalanan. Sebab dah selalu sangat balik, perjalanan 3 jam ni takde lah jauh mane. Sudah sangat biasa. Tapi makcik2 aku semua wat muka pelik kalo tau aku balik tiap2 minggu. Bagi mereka jauh agaknye.Hehe.

Dan dalam perjalanan selama 3 jam tu (mestilah sorang. mane de partner nak teman balik. huhu), mestila kita dengar radio, pasang CD, lagu dari USB dsb nye lah. Tengok pada jenis radio masing2lah. Radio PakTam standart je. Plastik pun tak bukak lagi. Haha. 

Normally aku dengar Hot.fm. Kalau bosan sikit, tukar ke Era.fm atau Muzik.fm. Tapi pas aku dengar satu ceramah, (tak ingat ceramah apa? bila? dan di mana?) terfikir kejap. Selama 3 jam aku drive tu, ape aku buat, ape aku dapat? Aku mengisi masa atau buang masa? Aku ingat akhirat atau ingat dunia? Kalau tibe2 tengah syok nyanyi lagu 'Lady Gaga' *erk? tak layan pun*, tibe2 aku mati. Cane? Lagu-lagu ni semua bawa aku ke mana? Korang rase?

Then, start from that, aku mula pasang radio IKIM.fm. Time pasang IKIM.fm ni, terdengar plak satu slot ulangan 'Islam itu Indah'. Memang menarik betul slot tu. Sambil drive tu bole dapat ilmu, boleh motivasi kan diri yg agak basi. lemau nih. Serius. Pastu ada plak selingan zikir, sirah2, sabda nabi dan macam2 lagi la. 

Sekarang, aku mula berkenalan dengan IKIM.fm. Antara rancangan fevret, Slot 'Islam itu Indah' setiap Rabu jam 10 pagi dengan Dr. Muhaya, ulangan Sabtu 7 pagi. Slot 'Mukmin Profesional' oleh Ustaz Pahrol setiap Isnin , ulangan Ahad. Sambil pasang tu, dengar la jugak zikir2, ceramah2 yg lain macam slot 'Kaunseling Keluarga'. Tapi kalo part promote barang, aku tutup dulu. Tunggu lebih kurang sejam slot tu dah abis, baru aku on balik IKIM.fm. Haha. Malas nak dengar. 

Sekurang2nya 3 jam aku terisi dengan sesuatu benda yang bukan sia-sia, aku harap. Memandu sambil memuji Allah, memuji Nabi Muhammad s.a.w. (aku ngah gian lagu Law Kana Bainana), ingat mati, ingat dosa. 


Sekarang aku ngah admire sangat kt Prof Dr Muhaya nih.  



Note: Dulu time belajar, aku pasang IKIM.fm waktu malam. Tu pun sebab nak tido. Kan ade bacaan Al-Quran. Sebab takut tidor lewat, baru la pasang IKIM.fm. Padahal sebelum tu, duk layan lagu merapu2 dari stesen radio lain. Haih. Zaman jahil kot. Hmmm~  

0 comments:

Post a Comment

Back to Top