Pages

Cara nak dapat Restu Ibu Bapa?

Assalamualaikum wbt
BismillahiRahmaniRahim

 (Salam Bulan Rejab)

Bulan Mei sudah tiba dipenghujung, tapi ni baru 1st entry aku tuk bulan ni. Hehe. Tak sempat nak jengok blog sebab line internet memang lah sangat2 slow. Kerja pun membataskan aku jengok lama2 kt blog. Kalau FB tu mampu la jugak aku jengok guna HP bila ada kt rumah. Mobile kan? Hehee.

Restu Ibu Bapa.

Baru-baru ni ade seorang kawan berpangkat adik tanya dalam mesej FB. Beliau ada masalah sedikit tentang pasangan yang tak dapat restu ibunya. Aku cuak jugak sebab part ilmu rumahtangga ni mana lah aku arif sangat. Belum kahwin plak tu. Kursus kahwin pun belum pergi lagi ni ha. Tapi kadang2 as a girl@women, kita memang nak share cerita dengan orang. Sekurang2nya rasa lega ada orang dengar. 

Aku cuma suggest pada beliau suruh the boy tulis surat pada ibunya. Kot boleh lembutkan hati. This thing ade orang terdekat ngan aku buat. And menjadi. So, aku cume share la pengalaman orang sekeliling. Usaha tu yang penting. Buat atau tak terpulang. Aku cume cadangkan. (^_^)

Bagi pihak kawan aku ni pulak, aku cadang beliau berdoa banyak2 dan kuat2. Kuat2? Hehe. Aku suruh beliau cuba masa selepas solat, berdoa kuat2 bagi ibunya dengar. Bukan nak menunjuk baik ke, alim ke, tak ikhlas berdoa ke. Ni salah satu taktik@phsyco nak lembutkan hati insan terdekat. Aku pernah join ceramah Prof Muhaya. Taktik ni beliau cadang buat kat suami dan anak2. Tapi kat ibu pun boleh jugak kot. Tak salah rasanya. Buat sungguh2 semoga Allah lembutkan hati Ibu. Then tawakkal. In sya Allah.

Kalau takde jodoh juga, ingat! Allah Maha Mengetahui. Yang penting kita dah berusaha. Bukan mengalah macam tu je. Allah suka dengan hambanya yg berusaha. Bukan Pasrah, tapi REDHA. Beza taw Pasrah ngan Redha tu.  
  
Restu Ibu Bapa ni penting. Lagi2 restu Ibu. Jangan pandang ringan. Aku ni dah mengalami sendiri. Betapa kuatnya restu Ibu tu. Kawan terdekat pun ada yg mengalami benda yg sama. Tanpa restu Ibu, hati ibu yang betul2 redha dengan jodoh anak, keluarga yg dah terbina 9 tahun pun boleh berpisah. Hanya kerana kurang restu ibu pada awalnya. Jadi, jangan risiko kan masa depan keluarga kalau hati tak cukup kuat@tak berusaha menangi hati ibu yang tak restu, hanya kerana cinta. Fikir masak2 dan jangan putus asa dalam berusaha raih kasih sayang mereka. 

Ibu2 pun kena doakan yang baik2 untuk anak2. Doa ibu kan mustajab. (^_^)



*Eh, tiba-tiba rasa entry ni sesuai ngan Hari Ibu. Hehee. 


..Wassalam.. 


1 comments:

Nur Azalina Azman said...

redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa

Post a Comment

Back to Top