Pages

0

Monolog di Pejabat Agama dan Syariah

Pelik.
Jika sepasang suami isteri bercerai, yang paling sibuk adalah si isteri. Kenapa? Yelah, dia perlu ke pejabat agama untuk ambil borang dan daftarkan penceraian. Nak harap si suami yang pergi daftar di pejabat agama? Boleh harap ke?
Isteri yang sibuk pergi balik pejabat agama. Manakala si suami hanya duduk goyang kaki tunggu surat panggilan mahkamah. Apakah? 
Siapa yang melafazkan cerai sebenarnya? Kalau si isteri yang minta, agak patutlah. Kalau si suami? Isteri jugak yang daftarkan penceraian? Ke memang dalam prosedur, si isteri yang daftarkan penceraian?

Kawan : Yelah, lelaki mana nak mengaku buat salah.

Dah lafaz cerai, pastu wat bodo? Takpe lah. Mungkin banyak lagi perkara yang si suami harus fikirkan. Mereka kan golongan yang 'bertanggungjawab'. 'Tanggung' di dunia, 'jawab' di akhirat.



*Sepagi aku keluar masuk pejabat agama kerana satu urusan, membuat aku bermonolog dengan diri sendiri. Haish. Ya Allah, lindungilah diri ku, ahli keluarga ku, saudara ku, sahabat ku dari perkara yang paling dimurkai oleh MU ini~ (.u_u.)

0 comments:

Post a Comment

Back to Top