Pages

4

Untuk sekian kalinya, air mata itu untuk dia

Kenapa bukan untuk kedua ibu bapa? Kenapa bukan kerana adik beradik tersayang? Entah. 

Tutur katanya buat jiwa yang aku bina supaya teguh di depannya, runtuh satu persatu. Luluh. Kenapa diungkit kisah lama, diingatkan janji2 setia yang tak bisa tuk dikotakan? Sungguh mahu melupakan semua janji2 manis dulu. Jadi tolong jangan ungkit kisah lama di depan ku. Mulutku tersenyum namun hati retak kembali bila bersua kamu. "berjumpa kawan lama". Hati aku menjerit, menguatkan diri. Aku sudi berjumpa kamu, berborak, bercerita seperti biasa, lagak teman lama. Namun, jangan ungkit kisah dan janji2 lama, ya? Ceritalah tentang hal semasa dan masa depan.

"Maaf, sebab tak dapat buat seperti yang dirancang".

Owhh...hati yang degil, keras kononnya, mencair sedikit demi sedikit. Kononnya serius dalam pemanduan, tapi muka terpaling ke kanan tingkap kereta. Ah, jangan. Dan dia terus berbicara, bertutur segala rasa. Cuma aku yang tak mampu luahkan semua rasa. Hanya mampu senyum. Begitulah aku sejak dulu.

Perlis. Tempat yang akan mendekatkan aku dengan dia. Peluang kali ini digunakan untuk meluahkan segala rasa yang terkumpul, saling maaf bermaafan, menerima takdir yang telah tertulis, mendoakan yang terbaik untuk diri masing2, berusaha bermula semula seperti kawan lama yang terputus hubungan. InsyAllah, kita akan berkawan seperti biasa.

Dan dari pengalaman ini, aku temui dia yang serasi dengan dunia ku. Yang aku perlukan, yang sederhana namun cukup memuaskan hati. Yang biasa2 namun menyenangkan hidup. Ceria. Gurau senda. Tegur menegur. Biasa biasa. Sederhana.

"Jaga diri baik-baik."

Ya. Kamu juga. Dan air mata itu tumpah lagi. Yang dulu ku anggap sudah cukup kering untuk diri kamu. Rupanya masih ada baki. Namun, ia bukan air mata kesedihan, kekecewaan. Ia air mata pengharapan. Berharap hidup kamu bertambah baik dengan pasangan yang sudah tertulis buat kamu. Buatlah yang terbaik dalam hidup kamu. Allah berikan yang terbaik buat hamba Nya. Percaya itu. InsyAllah kamu dan dia akan jadi pasangan yang lebih baik, di dunia dan akhirat. Jangan mengeluh, Jangan putus asa, tau. Sama2 kita jadi lebih baik, ya? Saya mahu lihat kamu menjalani hidup yang bahagia. Sama-sama BAHAGIA. InsyAllah.



* Terima kasih bawak gi jalan ke Duty Free Padang Besar. 
* Tak dapat g Gua Kelam sebab ngah renovate.
* Tak dapat rasa Mangga Harumanis. Habis. Huhuu
* Tak dapat beli Ikan Puyu Pekasam tuk Incik S sebab habis jugak. (Aik, semua tak dapat?)

4 comments:

Eyzan Encha said...

test2

purplishvanilla said...

cuba try test

purplishvanilla said...

mahal jgk air mata ko ni..juz tuk certain2 org jer..cian ko..moga tabah menempuhi sume ni..buang keruh,amik jernih....=))

Eyzan Encha said...

ingatkan dh tamau menangis sbb dia tapi dah dia ingatkan balik cerita2 lama, sedey la jugak.
thax eila, insyAllah akan semakin tabah. percaya semuanya akan baik2 saja.. ^^

Post a Comment

Back to Top