Pages

0

.Baby Qalish, Klang, Bufday, i-City dan Kulit Ayam.

Sangat banyak cerita yang mahu aku simpan dalam memori blog ku. Simpan satu persatu.
5 Jun 2011. Banyak memori yang tak terjangka.

Ada 2 walimatulurus yang perlu dihadiri. Satu di Morib, teman satu sekolah. Aku hadiri bersama kawan jururawat ku, Misi Adah. Kemudian, meneruskan perjalanan ke Kapar. Walimah teman sekuliah di UMT. Berjumpa dengan seorang handsome boy, Qalish. Berusia 8 bulan. Anak kepada Abang Shidi yang merupakan rakan se-diploma pertanian (kampus Bintulu) dan sekuliah di UMT. Kena panggil Abang sebab dia tua setahun. Terus dapat pangkat abang.haha. Qalish sangat chomel dan yang paling best tu, dia hanya nak aku pangku. Dengan orang lain dia tamau. Sebab? Sebab spek aku lebih kurang ngan Mummy dia, Kak Shada. So, Qalish ingat aku ni mummy dia.Hehe. Best main ngan Qalish. Terkekek2 dia gelak. You so cute la, Qalish.

Selepas ke Kapar, aku pulang ke Klang untuk amik Incik S. Kami akan pulang ke Tg Karang bersama2 sebab kami kongsi kereta. Seperti yang disarankan oleh kerajaan. Eh? Haha. Sedang berehat2 sambil menonton filem dari CD, dapat berita bahawa 5 Jun adalah bufday ibu Incik S. So, Hajar (adik Incik S) mengajak membeli kek tuk ibunya. Kami bersiap2 ke Jusco Bukit Tinggi. Usha kek di Secret Recipe dan La Boheme. Incik S bersungguh2 nak kek Black Forest. Yelah2, kita beli Black Forest. Eh? Bufday sape plak ni? Haha. Selesai tang kek, pening tang hadiah plak. Pikir punya piker, last2 kami decide beli hadiah Purse. Kebetulan Jusco ngah sale. Sangat bagus punya timing. Usha2, berkenan ngan Swiss Polo. Memang cun. Diskaun plak tu. Best giler. Haha. Aku pn terasa nak beli purse jugak time tu. Tengah sale tu. Huhu. Sabar. Sabar. Sabar.

Malam tu sambut bufday ibu Incik S. Ada aktiviti suap menyuap antara anak beranak. Aku pun tak terkecuali. Aiyak. Malu plak. Hik2. Dalam kul 9.30 malam baru kami gerak balik Tg Karang. Padahal sebenarnya, aku ngan Incik S plan nak peg i-City, Shah Alam. Huk2. Baru nak claim hadiah bufday bulan 3 ri tu. Dah nak masuk 3 bulan dah. Huk2. Tapi tak pe lah. Dapat makan kek bersuap. Hehe. Kita pegi lain kali yea, Incik S. Jangan lupa yea.

Sebelum balik, kami singgah di Pasar Malam Kg Delek. Mencari kulit ayam. Nasib baik ade lagi. Best betul. Seronok sangat dapat makan kulit ayam. Aku makan sambil tersenyum di dalam kereta. Haha. Macam ape. Kulit ayam tu memori indah aku semasa belajar di UMT.  Incik S gelak2 tengok aku makan kulit ayam. Tuk mengelakkan dia terus menggelakkan aku, aku sumbat kulit ayam dalam mulut dia jugak. Hambik. Pastu dia kata “Nanti kalo laki gemok, complain. Padahal, diri sendiri yang sumbat makanan kt mulut laki.”. Hahahaa. Salah aku ke? Lalalalaaaaa. Hik.


Kesimpulannya: Walaupun tak dapat g i-City, hati aku penuh ngan bunga-bunga di taman sebab dapat makan Kulit Ayam. Lalalaaa~

0 comments:

Post a Comment

Back to Top