2hb Mei adalah tarikh keramat tuk mak. Ayah plan nak wat suprise. Serius, mak memang tak perasan sebab kami buat 1hb.hehe. Tapi dia dah bajet2 kami nak ajak makan luar. Yea, itu sesuatu yang normal tiap kali tiba bufday ahli keluarga. Bucuk plak g gatal mulut pegi tanya mak, "malam ni kita makan luar ke?". Aku dah buat muka kelat. Budak nih!!
*Bucuk-baru darjah 3
1hb Mei-Pagi Ahad
Awal2 pagi mak dah keluar sebab ade majlis Komuniti Bestari kat Padang. Mak aku memang seorang yang aktif. Ayah pn sama. Anak2 beliau? Semuanya aktif2 belaka..aktif memerap dalam rumah.haha. Kalau dipaksa2 oleh mak, baru la nampak muka kami ni kt padang atau dewan.sambil buat muka blurr.kih3
Tugas aku adalah menyediakan 'menu utama'. Nasi Lemak Ayam. Yumm2. Sudah tentu bukan aku yang masak.hahaa. Kantoi lah nak masak kat rumah. Kami harus berlagak normal. Dan sudah tentu dalam seumur hidup, aku belom pernah buat Nasi Lemak.kih3. Takkan tibe2 dapat petunjuk nak masak Nasi Lemak sedap2? Tak mungkin. Target aku, upah Makcik aku yang memang berniaga Nasi Lemak di Pekan Tanjong Sepat. Setel.
Pagi2 (takde la pagi sangat pn. Pukul 10.30 pagi baru tekedek2 pegi market) dh keluar rumah.Line memang clear sebab mak takde. Yang harunya, bole plak ayam habis. (ingat ayam2 tu nak tunggu ko ke? bangun lambat!!). Market Batu Laut, habis. Market Tg. Sepat, habis. Kedai Wak Sajad, pn habis. Last2, aku tepon ayah. Ayah g carik ayam.hehe. Sumber telah dijumpai. Terus hantar beras, ayam, minyak, cili kering, timun, kacang tanah dan ikan bilis ke rumah makcik aku. Tenkiu, Acik Sorep!!
Petang
Adik aku Cik Ezza dan hubby Wak Akim g Banting, amik order satay 300cucuk dan kek. Tapi satay siap lambat. Masak!!. Aku kemas bahagian depan rumah senyap2. Sorok tong air dalam bilik. Sorok Box Ais dalam bilik pengantin. haha. Semua sorok. Baeekk punya.
Malam
Pas maghrib, aku dah gelabah. Nak keluar amik Nasi Lemak. Mak time nih dah siap2 nak g Marhaban (waktu malam pun mak aku aktif jugak). Beliau bajet2 pas habis Marhaban, baru kami akan sama2 makan di luar. Memang dh pakai cantik2 pn. Tup2 wak aku yg sulong iaitu abang mak aku sampai, Wak Songkreng n Wak Sarah. Time ni beliau dah pelik dah.hehe. Aku terus mendesup menghilangkan diri ke arah kampung sebelah.
*sebab terlebey layan corner, plus berisi nasi tergolek di dalam kereta. Wawawaa.. Suku nasi berada di atas seat belakang. Rugi sungguh. Satu pembaziran. Aku garu2 kepala nak bersihkan kereta. Baru hantar carwash lah!!
Jam 9.00 malam
Semua tetamu dah sampai. Sedang menantikan kepulangan pengantin baru cik Ezza dan Wak Akim. Satay dan Kek. Kek tu yang penting. Ayah kata nak letak kt tengah2. Baru lah Wak Songkreng bole start baca Doa. Mak dah tergelak2. Kecoh bercerita yang beliau tak tahu apa2. Ayah pn bercerita gaya2 poyo aku menyorok membersihkan tong air. Hahaa..tak payah la cerita bab tu.
Lebih kurang jam 9.15 malam
Majlis bermula. Wak Songkreng selaku yang paling tua memulakan majlis. Doa selamat untuk kesejahteraan dan kesihatan mak. 2hb Mei adalah bufday mak. Kami sambut dengan Hari Ibu sekali. Dan disekalikan Ulang Tahun Perkahwinan Encik Abarsah dan Puan Muedah yang ke 28 pada 3hb Mei. So pakej 3 in 1 la kan?
Satay habis dulu. Kek pun habis jugak. Secret Recipe. Nasi lemak ade berbaki. Kami bungkus untuk pakcik makcik. Gula2, coklat dan sumi di bahagi sama sepupu sepapat yang kecik2. Jibah suka sangat main ngan sumi. Chomel.
Jam 11.00 malam
Majlis selesai. Semua dah kenyang. Wak Makon dan Wak Nor yang balik paling lambat. Borak2 di depan rumah. Gelak2. layan Jibah.
*Ayah suap kek kt mak guna pisau pemotong kek. Kelihatan sangat kejam.Hahaa. Kami anak2 hanya memerhati dari jauh sebab menyerahkan semuanya kepada Ayah. (padahal dah penat nak pikir. Janji majlis berjalan lancar dan semua cukup makan).
*dapat makan kek beberapa suap. 1 cucuk satay yang dirembat dari adik lelaki aku. Bantai nasi lemak ngan ayam 2 ketul.
*anak buah bernama Fatin Najibah sudah sangat comel. sibuk mengambil gambarnya saja.hehe
*Pengantin baru kena kemas semua. Padan muka. Aku masuk tidur dulu. kih3
0 comments:
Post a Comment