Hampir 5 bulan aku dan dia tidak berhubung. Dulu kalau tak berhubung selama ni pun, aku tak terlalu terasa. Aku pikir dia sibuk dengan aktiviti2nya yang padat sepanjang minggu. Aku tau dia baik2 saja. Tapi kesepian hubungan kami kali ini terselit dengan peristiwa pahit. Bak kata pepatah, ‘Kerana Mulut, Badan Binasa’. Yelah. Betol lah tu. Mulut aku nih memang tak makan saman kalau bergurau dengan kawan2. Maaf sgt. Aku tak berniat jahat pun, apatah lagi mahu menyakiti. Cuma mungkin waktu itu, gurauanku tak kena pada masanya. Aku tuli dalam menilai situasi dia pada waktu itu. Aku tak serius tatkala dia benar2 serious. Dan ini bukan kali pertama aku buat silap seperti ini kan ? Maaf. Aku seperti tidak pernah belajar dari kesilapan kan ?
Aku benar2 tersentak saat terpandang keretanya di tepi jalan minggu lepas. Sebak. Dan aku mengurut dada berulang kali. Supaya tenang dalam pemanduan. Hanya mampu berdoa dibawa angin lalu, semoga dia baik2 dan sihat2 selalu.
Semalam, aku memberanikan diri memancing reaksinya di FB. Aku tak nyatakan nama, hanya nombor pendaftaran keretanya. Aku rasa tulah satu2nya nombor pendaftaran kereta kawan2 yg aku ingat. Sebab tu aku dapat cam keretanya walaupun ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke kampong. Kenapa ya? Ntah. Hehe. Aku juga ingat tarikh dia bagitau aku dia sudah memiliki kereta itu (sebab aku save tarikh itu dalam henset. Macam ape kan ).
Aku tak jangka dia menghantar mesej dahulu, walaupun aku masih teragak2 mahu menghubunginya. Aku takot. Seram pun ade. Sebab kami pernah berselisih faham dulu, dan aku di’bom’ oleh ayat2nya. Jadi kalau boleh aku nak dia benar2 sudah tenang tatkala aku menghubunginya kembali. Tapi aku mana tahu dia sudah ok, sudah tenang? Sebab tu aku pancing dia di FB.
Mesejnya aku balas setelah pulang ke rumah. Sebab henset Nokia ku yang sangat byk berjasa tu dah habis bateri. Terkejut mendapat mesejnya yang dimulai dengan “Awak ni kenapa?”. (Kata ganti Aku Kau dah bertukar kepada Saya Awak sejak tahun lepas. Tapi hanya dalam mesej. Jika bersua, masih selesa ber’aku kau’. Kadang2 terbabas Saya Awak jika tergedik sedikit.huhu). Aku tersenyum. Tapi masih takut. Aku tak tahu apa yang aku takutkan untuk membalas mesejnya. Mungkin takut kerna salah?
Dia banyak merendah diri dalam mesejnya. Oh, kawan. Aku tak pernah terniat untuk memperkecilkan kamu. Aku yang patut berasa begitu. Kerna kau tahu perangai ku. Kau boleh baca gerak geriku hanya melalui mesej. Kau memahami aku tapi aku? Jauh sekali memahami situasi kamu. Aku adalah spesies kawan yang kurang belajar memahami kawan. Cuma yang aku tahu, jika kau marah, harus dibiarkan tenang dahulu. Sebab kau macam periuk api, tak bole diusik.huhu. Sebab tu aku mendiamkan diri melihat kamu dari jauh. Dalam hati, aku keliru bagaimana harus aku meminta maaf dari kamu.
“Awak tahu, setiap kali saya habis solat, saya berzikir. Seperti yang awak sarankan, saya berzikir 5x sehari. Bukan lagi hanya ketika solat maghrib yang selalu saya buat. Setiap kali habis solat, saya teringat awak. Sebab saya rujuk nota photostat yang awak bagi pada saya itu. Terima kasih. Saya harap sangat awak dapat saham/percent dalam doa2 yang saya baca. Berharap Allah melimpahkan hidup awak dengan Rahmat-NYA selalu”.
“Awak kata kawan2 awak memang suka buat awak marah. Mungkin hanya saya seorang yang buat begitu. Mungkin ke saya perlu menjauhkan diri supaya tiada orang yang akan buat awak marah lagi? Tiada orang yang akan menyakitkan hati awak. Sebab dah berulang kali saya buat begini. Saya rasa, 2 tahun sekali kita mesti berselisih faham. Saya mesti akan buat awak marah. Buat awak tak mahu berhubung dengan saya lagi. Buat awak merajuk hati. “
Awak kawan yang baik buat saya tapi mungkin…saya bukan kawan yang baik buat awak. kan?
I'm Sorry, i just miss you. |
0 comments:
Post a Comment