Pages

0

Terengganu, i'll be back!!

Sedang mengira hari untuk kembali ke Terengganu. Walaupun bukan untuk bercuti mahupun melawat. Aku ade kursus induksi nih, tapi jiwa happy.haha. Sebab rindu sangat kat Terengganu. Rasa cuak nak packing barang pun kejap2 je ada, sebab rasa rindu mengatasi segala. (macam ade pakwe kt Terengganu jer bunyik nye. Mane aderrr). oit..nak induksi nih. serious sket!!

Dalam aku happy2, ada orang lain yang takde kena mengena ngan kursus aku nih cuak jugak. Aku bakal tiada di opis selama 2 minggu. Siapakah? Aku rasa nak gelak terkekek2 jer masa aku dengar opismet aku kata,

Ila : Kak, En. R tak tau eh, kita nak g Induksi?
Aku: Eh..Ha'ah, tak sempat bagitaw.
Ila : En. R kata susahlah saya EyZan takde nanti.
Aku : Haha..Ayok..Taktaw. (gelak besar)

En. R adalah pegawai G41, bos aku. Umur beza 3 tahun, so kami agak senang berbincang macam adik beradik. Dia memang supporting lah. Best. Tapi kadang2 dia suka buat aku pening kalau tibe2 mintak laporan A.S.A.P. Serabut aku. Tapi, yelah. Semua maklumat aku pegang. Kadang2 kalau aku dah bagi report kat dia pun, dia lupe letak or simpan mana. PAstu mintak kat aku balik. Hehe. Kadang2 rasa cam PA pn ade. Uiks..Penolong Pegawai jadik PA? Boleh ke? Ade dalam Fail Meja ke? Hahaha. Dia selalu cakap "Tak tau lah saya kalau kamu tak ade". Wah, Kembang kejap. Usaha kita dihargai. 

Ni aku takde 2 minggu, rasanya agak susah kot. Kot2 ade kes ke, orang kuat Menteri datang ke. Aku pun rasa2nya nak prepare lah dokument2 yang dia bole access kalau perlu kat PC aku nih. Letak siap2 shortcut kt desktop. Kang kalo dia bukak aku punye Dick D, mau pening. Aku sorang jer paham. (Padahal dalam dick D tu penuh gambo.) Hahaa. Syyhh~

0 comments:

Post a Comment

Back to Top