Pages

0

Kemaafan yang sukar dilupakan

Terlalu banyak kenangan manis yang telah tercipta tapi satu mimpi ngeri memadamkan semua.

Banyak kebaikan telah ditabur tapi satu penipuan mengatasi kebaikan.

Memaafkan itu mudah tapi melupakan itu sukar.

Time2 raya ni, teringat plak kt ex. Haish. Dulu anta Kad Raya poyo2. Seronok. Hehe. Raya kedua, ex dh datang umah. Bile difikir balik, jauh tu dia nak datang beraya. 3jam, semata2 nk ke rumah aku. Kejam jugak aku dulu. Ntah. Dulu sangat pentingkan diri sendiri kot. Huhu. Kesian beliau.

Kadang2 teringat kat ex. Bukan kerana dikhianati tapi terluka sebab tak dilindungi. Maaf yang diberi ternyata sukar dilupakan. Tapi aku cuba positifkan diri. Semua ni banyak hikmahnya, Sangat banyak. Dan aku percaya dengan JANJI ALLAH. Semoga aku terus diberikan petunjuk dari NYA. ^_^

Buat Incik Ex, semoga hidup kamu baik2 saja. Maaflah selalu perli kamu. Hati ini masih sakit barangkali. Selalu ingin membenci kamu tapi sukar. Dan jangan risau sangat dengan hidup aku. 

Maaf Zahir dan Batin.


0

Matlamat Hidup. Aku?

Baru tadi kami menghadiri satu ceramah yang jabatan anjurkan. Sangat suka dengan cara penyampaian Ustaz Haji Ahmadi tu. Sempoi tapi betul2 menusuk hati. Isu2 yang dibincangkan sangat biasa dengan hidup tapi kita terlepas pandang sebab nampak remeh.

Mukadimah Ustaz tu adalah Matlamat Hidup. Matlamat Utama hidup kita ada lima. Tu yang Ustaz tu paparkan dalam slaid dia lah. 
  1. MengABDIkan diri kepada ALLAH swt
  2. Mencapai KeREDHAan ALLAH swt
  3. Mencari KASIH SAYANG ALLAH swt
  4. Mendapat Ganjaran SYURGA
  5. Hidup BAHAGIA Dunia Akhirat
Tetapi kita dipengaruhi oleh beberapa matlamat hidup yang lain seperti Pangkat, Kereta, Isteri/Suami, Kerjaya, Rumah, Gaji, Kemewahan, Makanan. Matlamat yang kadang2 melupakan kite kepada Matlamat Utama kita hidup di muka bumi ni. 

Bila ditengok2 balik, memang pun. Selama hidup, aku belajar untuk dapat 'A'. Untuk dapat KERJA yang baik. Kalo bole nak yang GAJI besar. Pastu bole beli KERETA besar. Pastu bole la berangan nak SUAMI yang kaya2, hensem2, (Alim tak terpikir kan?). Pastu nak buat RUMAH besar. Bole jalan sana sni, keluar negara, MEWAH la konon. Pastu, bab MAKAN tak ingat. Jelajah semua restoran yang feymes2, yang sedap2, yang grand2. Terlalu lama berada dalam hidup yang selesa ni. 

Aku harap terus diberikan petunjuk, didekatkan dengan orang2 yang beriman dan membimbing aku ke Jalan NYA. Selalu ingat MATLAMAT UTAMA kita hidup. Aminn~
    0

    Mood Raya yang belom tiba

    Siyes, belum mahu beraya. Dalam kepala hanya berfikir tentang tempahan dan order2 Kerepek Ubi, Kerepek Bawang, Keropok Bika, Cakar Ayam dan macam2 tempahan yang tak termasuk dalam list. Dah diorang request, aku cuba juga lah carikan. Tapi memang ade pun kat Kilang Kepek Wak Sudar tu, cume tak larat la aku nak promote semua. Banyak tuh! *emm..tapi makcik, kerepek sukun saya tak dapat tolong eh. takde la plak*

    Kerepek Bawang sangat mendapat sambutan. Di ikuti oleh Kerepek Ubi perisa Blackpepper.

    Baju Raya plak memang dah awal2 prepare. Dah siap. Siap awal sebab baju Raya tu di'convert' dari baju masa Wedding adik aku. Kami buat 2 pasang. So, tahun ni, memasing takde buat baju Raya. Semua dah ade yang sedondon. Hehe. Just aku ade la beli baju baru sepasang. Beli yang dah siap terus. Tu pun sebelum puasa aku dah beli. Nampak terus beli. Sebab takut orang lain rembat. Hehe. Tudung plak, pakai jer lah yang ade. Tak kan nak beli tudung kaler pink lagi, padahal dah ade 2 lai? Tudung silver pun dah ade sebab tahun lepas baju Raya kaler Hitam. Nak kena beli lagi ke? Kasut plak, ade 2 heel yang elok lagi. Tu pun dah jarang2 pakai sebab pakai kasut lain yang cover jari, flat. Selesa jalan. Nak kena beli kasut lagi ke?

    Sedang berjinak2 dengan tudung seperti ini. Akak kerani cakap aku macam Ustazah. Ada 'Nur' kah disitu?

    Nampak cam kedekut? Susah nak berbelanja? Yup! Aku susah nak bershopping selalu but aku shopping sekali rap! Dalam setahun, hanya sekali aku akan shopping. Giler2. Time tu memang dah bajet duit berapa, dah usha barang2, dah siap ade list. From tip-to-toe. Aku suka rancang perbelanjaan. ^^. Kalo kua jalan2 ngan kawan, selalunye aku rembat buku kt Popular @ MPH. Lain2, just makan.

    Haih. Biler mood raya nak datang nih. Dengar lagu Raya pun macam takde perasaan. Tahun lepas pun macam ni gak. Tu pun sebab aku ngah berdebar tunggu kelahiran PakTam. Jumpe sehari sebelum Raya. Peh, tak pernah aku buat cam tu. Balik kampung sehari sebelum Raya. Macam jauh sangat.


    Minggu depan kot datang mood Raya tu. Aku nak usha kabinet TV nih. Pastu nak order Burung Puyuh 25ekor wat Raya. Mercun ngan bunga api aku dah tempah ngan jiran sebelah. Eh? Mood Raya dah ade la sebenarnye...Hahahahaa. Cume tak menapak kat shopping complex, PKNS, SOGO atau Jalan TAR je.. Haha. Sesak!!Serabut kepala otak. Sebab tu dah beli Baju Raya awal2 sebelum puasa. Nothing to worry. Hehh.

    Hilang

    Opis aku bakal kehilangan bos lagi. Dulu Big Boss, a.k.a Ketua Pusat. Sekarang Pegawai G41 plak. Dh la dia  cam pegawai yang bertindak cam Ketua staff perempuan. Pasni mesti kurang meriah kalo beliau takde. Huhuu.

    Tapi kena gembira jugak sebab beliau dapat naik pangkat ke G44 dan kena berpindah ke Bahagian Racun Wisma Tani. All the best, bos. 

    Puan H berbaju hijau. *Aktiviti mentapau selepas majlis. Hehe* 

    Jamuan Raya Jabatan tahun ni mesti kurang seri. Dah la Bigboss baru cuti bersalin, Puan H plak tukar ke KL. Tinggal la Encik R nak mengaturkan semua. Baru je bincang2 pasal tema Jamuan Raya Jabatan ngan Puan H mase meting di Kelantan minggu lepas. Tup2, nak kena pindah plak. Huhuu. 

    Kerja aku pun selalunya dibantu oleh Puan H. Pasni kena handle sorang2 la pendaftaran ladang yang beribu2 hektar tu. Aiya. Tadi pun dh berkampung dalam bilik beliau, sama2 bincang pasal pendaftaran ladang yang memeningkan. Pastu selit cerita2, pandangan tentang macam2 hal dalam hidup. Banyak share cerita dan pendapat. Memang senang la berurusan dengan Puan H. Ramah, Mesra. Ahh. Kena banyak belajar dengan beliau.

    Harap bos yang akan ganti kan beliau pun baik2 juga nanti. Bila lah tu? 



    Kalo aku terus naik G41, ganti tempat Puan H bole tak? Hehe. Nak cocok sape eh kat Bahagian Pengurusan DoA tu? Hehee. Berangan larrr~

     
    0

    Bulan


    Sekarang Bulan bagi banyak makna dalam hidup aku. Bermula dengan aktiviti semasa ber'Meting' selama 1minggu di Kelantan, lama2 jadi perbualan harian aku dengan Incik S, terutama di waktu malam. Hehe. 
    "Kalau Rindu, tengok bulan. Cepat2, keluar rumah. Nampak bulan tak?" 
    Sekarang bila tengok bulan, bole senyum2 sendirik. Heh. Sewel.

    Yang makin haru, semalam bole Incik S bagitau kat mak dia pasal kisah bulan ni. Heyyy.. Tu pun nak bagitau kat mak. Malu jew tawwww. Rase nak bagi penyepak je kat Incik S time tu. Seb baik mak dia ade. Hish. 
    0

    Sebelum puasa

    Update

    Berat : 53 kg.

    (^_^)
    0

    Dedicated Song

    "Queen Of My Heart" - Westlife

    So here we stand
    In our secret place
    With a sound of the crowd
    So far away
    And you take my hand
    And it feels like home
    We both understand
    It's where we belong
     
    So how do I say?
    Do I say goodbye?
    We both have our dreams
    We both wanna fly
    So let's take tonight
    To carry us through
    The lonely times

    I'll always look back
    As I walk away
    This memory
    Will last for eternity
    And all of our tears
    Will be lost in the rain
    When I've found my way
    Back to your arms again
    But until that day
    You know you are
    The queen of my heart


    Queen of my heart

    So let's take tonight
    And never let go
    While dancing we'll kiss
    Like there's no tomorrow
    As the stars sparkle down
    Like a diamond ring
    I'll treasure this moment
    Till we meet again

    But no matter how far
    (Matter how far)
    Or where you may be
    (Where you may be)
    I just close my eyes
    (I just close my eyes)
    And you're in my dreams
    And there you will be
    Until we meet


    Oh yeah
    You're the
    Queen of my heart
    (Of my heart)
    No matter
    How many years it takes
    (Queen of my heart)
    I'll give it all to you
    Oh yeah
    (Queen of my heart)
    Oh yes you are
    The queen of my

     Time minat Westlife dulu, memang tau lagu nih. Tapi tak pernah hayati lirik. Xp


    * Pandai Incik S pilih lagu. Time2 dia tengah sibuk dengan jadual Induksi, sempat lagi salin lirik nih, anta dalam msg. Jiwang jugak yea u, dalam malu2 tu. hehe. 
      (^_^) 
    Back to Top