Pages

0

Mood Raya yang belom tiba

Siyes, belum mahu beraya. Dalam kepala hanya berfikir tentang tempahan dan order2 Kerepek Ubi, Kerepek Bawang, Keropok Bika, Cakar Ayam dan macam2 tempahan yang tak termasuk dalam list. Dah diorang request, aku cuba juga lah carikan. Tapi memang ade pun kat Kilang Kepek Wak Sudar tu, cume tak larat la aku nak promote semua. Banyak tuh! *emm..tapi makcik, kerepek sukun saya tak dapat tolong eh. takde la plak*

Kerepek Bawang sangat mendapat sambutan. Di ikuti oleh Kerepek Ubi perisa Blackpepper.

Baju Raya plak memang dah awal2 prepare. Dah siap. Siap awal sebab baju Raya tu di'convert' dari baju masa Wedding adik aku. Kami buat 2 pasang. So, tahun ni, memasing takde buat baju Raya. Semua dah ade yang sedondon. Hehe. Just aku ade la beli baju baru sepasang. Beli yang dah siap terus. Tu pun sebelum puasa aku dah beli. Nampak terus beli. Sebab takut orang lain rembat. Hehe. Tudung plak, pakai jer lah yang ade. Tak kan nak beli tudung kaler pink lagi, padahal dah ade 2 lai? Tudung silver pun dah ade sebab tahun lepas baju Raya kaler Hitam. Nak kena beli lagi ke? Kasut plak, ade 2 heel yang elok lagi. Tu pun dah jarang2 pakai sebab pakai kasut lain yang cover jari, flat. Selesa jalan. Nak kena beli kasut lagi ke?

Sedang berjinak2 dengan tudung seperti ini. Akak kerani cakap aku macam Ustazah. Ada 'Nur' kah disitu?

Nampak cam kedekut? Susah nak berbelanja? Yup! Aku susah nak bershopping selalu but aku shopping sekali rap! Dalam setahun, hanya sekali aku akan shopping. Giler2. Time tu memang dah bajet duit berapa, dah usha barang2, dah siap ade list. From tip-to-toe. Aku suka rancang perbelanjaan. ^^. Kalo kua jalan2 ngan kawan, selalunye aku rembat buku kt Popular @ MPH. Lain2, just makan.

Haih. Biler mood raya nak datang nih. Dengar lagu Raya pun macam takde perasaan. Tahun lepas pun macam ni gak. Tu pun sebab aku ngah berdebar tunggu kelahiran PakTam. Jumpe sehari sebelum Raya. Peh, tak pernah aku buat cam tu. Balik kampung sehari sebelum Raya. Macam jauh sangat.


Minggu depan kot datang mood Raya tu. Aku nak usha kabinet TV nih. Pastu nak order Burung Puyuh 25ekor wat Raya. Mercun ngan bunga api aku dah tempah ngan jiran sebelah. Eh? Mood Raya dah ade la sebenarnye...Hahahahaa. Cume tak menapak kat shopping complex, PKNS, SOGO atau Jalan TAR je.. Haha. Sesak!!Serabut kepala otak. Sebab tu dah beli Baju Raya awal2 sebelum puasa. Nothing to worry. Hehh.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top