Pages

Hilang

Opis aku bakal kehilangan bos lagi. Dulu Big Boss, a.k.a Ketua Pusat. Sekarang Pegawai G41 plak. Dh la dia  cam pegawai yang bertindak cam Ketua staff perempuan. Pasni mesti kurang meriah kalo beliau takde. Huhuu.

Tapi kena gembira jugak sebab beliau dapat naik pangkat ke G44 dan kena berpindah ke Bahagian Racun Wisma Tani. All the best, bos. 

Puan H berbaju hijau. *Aktiviti mentapau selepas majlis. Hehe* 

Jamuan Raya Jabatan tahun ni mesti kurang seri. Dah la Bigboss baru cuti bersalin, Puan H plak tukar ke KL. Tinggal la Encik R nak mengaturkan semua. Baru je bincang2 pasal tema Jamuan Raya Jabatan ngan Puan H mase meting di Kelantan minggu lepas. Tup2, nak kena pindah plak. Huhuu. 

Kerja aku pun selalunya dibantu oleh Puan H. Pasni kena handle sorang2 la pendaftaran ladang yang beribu2 hektar tu. Aiya. Tadi pun dh berkampung dalam bilik beliau, sama2 bincang pasal pendaftaran ladang yang memeningkan. Pastu selit cerita2, pandangan tentang macam2 hal dalam hidup. Banyak share cerita dan pendapat. Memang senang la berurusan dengan Puan H. Ramah, Mesra. Ahh. Kena banyak belajar dengan beliau.

Harap bos yang akan ganti kan beliau pun baik2 juga nanti. Bila lah tu? 



Kalo aku terus naik G41, ganti tempat Puan H bole tak? Hehe. Nak cocok sape eh kat Bahagian Pengurusan DoA tu? Hehee. Berangan larrr~

 

1 comments:

cik3zza said...

wisma tani kl??? belakang ofis aku jeee.. hari2 pun lalu lalang kat situ..

Post a Comment

Back to Top