Pages

2

Another Suprise..

Minggu lepas dapat bantal bentuk Strawberry yg besar. Mati2 aku ingat nak bagi buah strawberry. So, lepas habis keje kul 9 malam, dengan bersungguhnya aku ke rumah beliau untuk amik buah strawberry dari Cameron tu. Takut dah tak sedap sebab peti ais rumah beliau rosak. 
Sekali dia berdiri depan pintu, tunjuk bantal Strawberry. Haik? Bantal ke? Sabor je lah aku. Hahahaa. Pastu beliau masuk rumah kembali dan berdiri di depan pintu bersama bantal Srawberry yang lebih besar. Sebesar pemeluk. Ya Allah. Besar betul dia beli. Aku tak mintak ape2 pun. Mintak beliau belikan gula2 strawberry je. Sebab aku memang suka makan gula2 tu bile g Cameron. (Ntah bila dapat pegi lagi. Honeymoon kot? heheh. Berangan!)

seperti ini. saiz pemeluk.


Sesuatu yang tak terbayangkan, yang tak diharapkan. Bantal Strawberry buat aku tersenyum2 sendiri dalam kete. Hehe. Sewel sebentar. 


Semalam, beliau beria2 mahukan Perfume Bentuk Pen yang opismate aku jual. Brand yang beliau mahu suda habis stok. Jadi beliau suh aku pilih ikut sedap hidung. Polo Blue by Ralp Lauren. Malamnya berjanji keluar makan bersama. Beliau terus je test perfume tu lepas aku bagi dalam kete. (Aku pun dah pesan, tak payah pakai perfume. terus pakai yg baru ni je. hehe). 
Tup2 beliau amik satu plastik di seat belakang, terus bagi aku. Ingatkan roti ke ape. (Makan je aku ingat. Heheh). Rupa2nya, perfume Silkygirl Stunning. Ya Allah. Another suprise? Perfume plak. Terkedu sebentar aku. 

'Kenapa beliau sweet sangat? Kenapa beliau manja kan aku dengan semua suprise nih?'
Mungkin sebab aku dah tak banyak berharap. Tak selalu berangan. Mungkinkah hubungan yang matang? Huh..iyelah sangat!!! Heheheee. ;p

Terima kasih, Incik S a.k.a Mr. Suprise. Semoga urusan kita dipermudahkan oleh NYA. Amin.
(^_^)

* Berbahasabasi di mukabuku tentang Bantal Strawberry. Teman sekursus dengan Incik S berkata beliau nampak Sweet dan Comel semasa membawa bantal Strawberry itu di Cameron. Seperti Seth Tan dalam cerita Nora Elena sewaktu mereka bercuti di Cameron. Benarkah? Aku ada Seth Tan? Heheh. Berangan.

Suprise bunga yang Seth Tan bagi sepulangnya mereka dari Cameron. Aku dapat Bantal Strawberry. Sama Sweet la kan? 

2 comments:

Anonymous said...

amboi2 ... berbunga2 hati sekarang ni nampak nya yerrrr .... hikhikhikhik

Eyzan Encha said...

heheh..
ape lah sangat jika nak dibandingkan dengan hati bunga2 puan wanie.
cewah. heheh

Post a Comment

Back to Top