Pages

0

Rezeki

Rabu petang dapat jemputan dari syarikat pengeluar Beras. (rase2 nye syarikat ape? heheh) Jamuan makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram. Aku bab makan mane pernah kata 'TAK'. semua boleh saja. Hehe. Dasar kuat makan. Yumm!!

Selepas jam 5 ptg, aku dan housemate Kak Maz bersiap. Terus Solat Asar di surau opis dan bergerak ke Jeram. Sampai agak awal jugak la. Diorang amik port kt tepi pantai. Peh, ni 1st time datang Jeram siang. Selalu makan malam. (dah selalu sangat. hehe). Kali ni datang dapat tengok pantai di waktu petang. Cantik sangat. SubhanaAllah. Tapi rugi sebab tak bawak camera. Kak Maz pun tertinggal HP canggih dia. Huhu. So, permandangan terindah diwaktu itu hanya tersimpan dalam memori kepala aku. Hehe.

Lauk yang ade terhidang - Butter Prawn, Kerabu mangga, Kangkung tumis, sambal sotong, sambal Ketam (my fevret), Tomyam, Ikan Terubuk (fevret En. Rafee) dan Ikan Jenahak Bakar dan Ikan Kerapu 3 rasa. 

Kerabu mangga dia memang best. Sedap. Selama ni takde order plak. Ni baru 1st time makan. Aku macam biasa hadap 2 ekor ketam. Penuh pinggan ngan kaki ketam. Heheh. Sedap. Pastu ngan Kerabu Mangga. Tomyam dia pun sedap. Seb baik tak order Tomyam Ketam. Kureng sket. Cuma agak kecewa sebab tak order sotong Goreng Tepung. Huhuu. Nak yang tuuuuu. Sedap!! Tapi dapat Sambal sotong pun, ngap jugak beberapa ring. Hehe. 

Masuk je waktu Maghrib, kami beransur pulang. Terima kasih banyak2 kat pegawai2 BERNAS yang belanja makan. Dia kata masuk dalam KPI part belanja2 makan  ni. Eh, ade macam tu ke?

Tapi aktiviti aku ngan Kak Maz tak berakhir di situ. Kami solat Maghrib di Masjid Jeram. Sangat seronok dan bersyukur sebenarnya. Sebab? Dapat solat jemaah di Masjid. Alhamdulillah. Seronok sangat. Terima kasih Allah, sebab bagi peluang Solat berjemaah semalam. 

Tempat seterusnya, kami singgah di Dewan Serbaguna Sg. Buloh, Kuala Selangor (bukan KL je ade Sg Buloh). Sebab aku ternampak Banner Jualan Rorine mase on dway nak g Jeram. Heheh. So, kami singgah cuci mata ape yang patut. Kak Maz berjaya membeli 2 pasang kasut. Aku? Takde yang berkenan. Suke kat beg tapi dah diskaun 30% pun harga RM 150. Eemmmm...takyah kot. Hehe. Cuci mata je.

Kul 9 malam baru gerak balik, masih bercita2 nak singgah Karnival Tg Karang kat sebalah Balai Polis. Tapi kami tunda sebab.....dah la pakai baju kurung lagik, kompom la belom mandi. Dah tu dengan konfidennye nak g merayau kat Karnival tu? Dah..dah.. Balik Eyzan..Badan dah busuk masam, ade hati nak merayau lagik. Balik!!!



*En.Din tegur pas makan "Cik Ejan, dah ke?". Aku "Belom." sambil geleng2 kepala. En.Din menepuk dahi. "Ya Allah, anak dara nih. Makan tak cukup2". Aku "Hahahaa". Sengih sambil minum fresh oren. (^_^)

0 comments:

Post a Comment

Back to Top