Pages

0

Bila Pam Tak Berfungsi

Khamis lepas dilanda ke'cuak'kan bila pam aku yang dipanggil 'Encik Taff' a.k.a. Rumble Tuff tak berfungsi.

1st session aku adalah sebelum pergi kerja, jam 7 pagi. Peh. Peh. Peh. Cik B dah bengkak sebelah, yang sebelah lagi Ammar baru je nyusu. Cuba untuk bertenang. Tapi terserlah jua bila hincik suami tanya kenapa. "Pam rosak." Sambil senyum tak ilkhlas. Huhuu. Aku hanya mampu marmet sekejap sebab dah lambat nak pergi keje, setakat tak nak bagi bengkak sangat. Dapat la 2oz. Normally 1st session dapat 4-5oz.

Kebetulan hari tu aku nak ke Shah Alam, pergi dengan suami. So berharap la sempat balik Klang pinjam pam kakak ipar tuk 2nd session. Sambil tu dah halo2 opismet nak pinjam pam sementara nak servis hincik taff.

Petang singgah Klang jap, kebetulan kak ipar pn tak kerja. Alhamdulillah, lega dapat pam susu semua. Hincik taff pn aku bawak, so saje try ngan power adapter Autumnz Bliss.

"Teeeeett"

Idop!

Hati punya la lega. Sebab maksudnye yang rosak hanya lah power adapter nye, bukan pam. Just beli wayar baru, tak perlu hantar pam utk servis. Syukur. Senyum.

Esoknye suami ke Shah Alam, kirim la pegi kedai One Baby World. Wayar Rumble Tuff tu berharga RM54.00. Boleh tahan regenye. Huhu. Bayor aje lahh. Wayar yang rosak tu pun dah 2 tahun umurnye. Layak ganti baru kot. Janji bukan pam yang rosak. Syukur. Senyum.

Alhamdulillah. ^_^


0 comments:

Post a Comment

Back to Top