Pages

0

Bebel. Bebel.

Assalamualaikum wbt~
Bismillahirrahmanirrahim~

Sekarang waktu yang agak rilex di opis. Sejak mengembalikan tugas 'berat' kepada yg hak, kadang-kadang terbit rasa rindu dengan tugas tu. Selama 2 tahun pikul kerja yang selalu buat aku termenung dan terpacul ayat "argh..rasa nak berhenti kerja!". Hahaa. Dasyat. Tapi ni memang betul sebab bos aku yang berpangkat 41 pun merasakan benda yg sama waktu kami buat kerja sama2. 

Kini, kerja aku agak rilek. Laporan bulanan yang kadang2 buat aku stress sebab tak 'tally' @ seimbang, laporan penuaian dan kerja2 segera yang diberikan bos. Ditambah dengan keadaan diri yang dah berbadan dua, lagi lah mereka tak bagi turun ladang. Ada masa awal pregnant, aku buat pemeriksaan ladang. Penyelia ladang dah cuak, asyik tanya "Boleh ke, jan? Ok ke?".. Hehee. terima kasih kerana perihatin yea. Yang seronoknye bila mengandung ni, time buat pemeriksaan ladang, bila sebut nama makanan, terus wakil sayrikat carikan. Haha. Aku asyik sebut je kerepek pisang tanduk, tau2 esoknya ade 3 peket kerepek pisang dalam pick-up. Hahaa.. Best. 


Sekarang, dah masuk minggu ke 28. Dah 7 bulan. Dan yang paling terasa sangat perubahan sekarang adalah susah tidur lena. Tidur memang mengadap kiri sebab nak kurangkan bengkak kaki. Tapi bila nak tukar posisi ke kanan atau terlentang, mesti jaga sebab nak berpusing dengan perlahan. Huhuu. Pastu cari bantal nak ampu kaki. Tido memang bantal kiri kanan. 

Dan yang harunya, start malam tadi dah mula makin teruk. Dah susah nak tidur. Pinggang dan belakang badan sakit. Terus letak bantal kat pinggang. Tu pun tak boleh lena jugak. pusing kanan, pusing kiri, sampai suami tanya. Last2 beliau offer sapu minyak panas ngan urut badan. Padahal waktu aku terpusing2 tu, dah start nangis dah sebab pikir macam mana nak tidur ni, badan dah sakit-sakit. Suami tak perasan sebab dah mati kan lampu. Masa suami urut tu pun air mata turun lagi sebab terharu ade suami yang urut. Incik suami tak perasan, cuma ingat aku selsema. Aku pun angguk je bila suami tanya selsema ke. Hehe. Malu nak kata nangis. Hehee. Sebelum baring, suami pesan. Kalau rasa sakit lagi, kejut dia. Alahai, i love you sangat!!

Pas urut tu, badan hangat je..tapi kejap je dah boleh lena. Alhamdulillah. Terima kasih sangat2 kat suami.

Sekarang (berapa banyak sekarang nih? Hehee), waktu lunch break, aku peruntukkan untuk tidur sahaja. Aku kena tidur siang untuk cover tidur malam. Huhuu. Dah siap bawak bantal dalam surau. Semalam melantak lepak dalam surau dari waktu zohor sampai asar. Hambik! Bos semua takde, harus la aku berfoya2 dalam surau. Kehkehkehh! Ampun bos. Kali ni je..

Malam ni harap boleh tidur dangan baik. Incik suami, nanti urut kaki pulak yea. I LOVE YOU!!

wassalam~

0 comments:

Post a Comment

Back to Top